Prof Dr Muhaya Kongsi Tip Eratkan Kasih Sayang Adik Beradik Didik Anak Ada Seninya


Berkasih sayang sesama adik beradik seharusnya diterapkan dalam jiwa anak-anak bagi mewujudkan hubungan yang sihat. Ibarat air yang dicincang tidak akan putus, begitulah hubungan dengan adik beradik.
Ibu bapa juga harus menunjukkan contoh yang baik pada anak-anak. Maka sebab itulah ibu bapa juga perlu mempunyai hubungan yang baik dengan adik beradik. Hubungan antara adik beradik adalah hubungan yang kekal dan tak tidak akan pernah berubah.
Prof Dr Muhaya Kongsi Tip Eratkan Kasih Sayang Adik Beradik Perkongsian Datuk Prof Dr Muhaya mengenai cara didikan Islam dalam diri anak-anak supaya kasih sayang terjalin utuh antara adik beradik ini harus dijadikan panduan bersama.
Namun sebelum itu, ibu bapa perlu memberikan pendidikan akidah bagi anak didahulukan dengan mengenalkan Allah swt dan menanamkan kecintaan terhadapNya.
Apabila anak-anak telah jelas mengenai akidah, mudah untuk ibu bapa menyuruh anak solat dan sebagainya. Ia sekali gus  menjadi cerminan sebagai ikatan kasih sayang dikalangan adik beradik.

Didik Anak Ada ‘Seninya’ Ikuti LAPAN cara bagaimana untuk mendidik anak supaya mempunyai kasih sayang antara adik beradik.
1.Elak pergaduhan
Apabila wujud pergaduhan antara adik beradik, tanya kepada anak, adakah ia bagus atau tidak. Ambil gambar semasa bergaduh atau rekod suara jeritannya. Rekodkan. Manakala rekodkan semasa anak dalam keadaan gembira. Bandingkan dan tanya kepada anak-anak, adakah ia sikap yang baik? Berikan penjelasan yang mudah untuk anak-anak fahami bahawa pergaduhan tidak memberikan sebarang kebaikkan dalam kehidupan.
2.Beri pujian
Jika anak-anak memperlihatkan perilaku yang baik, berikan pujian. “Baiknya anak mama.” Tujuan cara ini supaya ia menjadi budaya iaitu berbuat baik akan diberi pujian. Namun jika sebaliknya jangan jadikan ia isu besar. Anak-anak sengaja buat-buat nakal dan bergaduh kerana inginkan perhatian daripada ibu bapa.
3.Minta maaf
“Ajar anak untuk mengucap perkataan ‘minta maaf’ tetapi paksa mereka. Dalam hal ini, ibu bapa harus menjadi contoh. “Mama minta maaf. Tadi mama jerit dan garang!”. Apabila anak melihat ibu bapa berbuat demikian, anak-anak akan mengikutinya.

HAKIKATNYA PADA USIA BAWAH ENAM ATAU TUJUH 7 TAHUN ANAK-ANAK AKAN MENYERAP APA YANG DILIHAT DAN DIDENGAR. JADI IA AKAN JADI HABIT DALAM DIRI ANAK. 4.Kongsi makanan
Mendidik anak mengenai perkongsian makanan melibatkan perasaan. Ibu bapa akan menjadi contoh bukannya memberi contoh. Apabila ada makanan, ibu bapa akan berkongsi dengan anak. “Rasa happy tak bila mama kongsi makanan dengan kakak? Bila kakak kongsi dengan adik, mesti adik happy kan”. Fokus tentang emosi iaitu kegembiraan apabila mendapat kebaikkan. Pendekatan ini akan mendidik anak tentang kebaikkan iaitu jika ada orang berbuat kebaikkan, tentu ada orang akan buat baik kepada kita. Fokus kepada kebaikkan, jangan marah kepadanya.
5.Bagi pilihan
Pergaduhan ekoran berebut barang permainan adalah perkara biasa. Namun selain marah kita boleh memberitahu kepada anak seperti, “Ok takpe adik nak main dulu, lepas puas main boleh kongsi dengan kakak ye.” Cara ini ibu bapa memberi pilihan kepada anak bukannya menunjukkan perbahanan atau pertelingkahan.
PENTING SETIAP IBU BAPA MENGGUNAKAN PENDEKATAN KELEMBUTAN SEMASA MEMBESARKAN ANAK.
Begitu juga jika keluar ke pasaraya membeli makanan, misalnya, “ adik nak beli tak untuk kakak.” Cara ini secara tidak langsung memupuk sikap suka memberi dalam dirinya.
6.Aktiviti mengaji
Biarpun waktu mengaji tetap boleh mengikat kasih sayang adik beradik. Waktu mengaji ini dilakukan bersama-sama, ibu bapa boleh sediakan jurnal iaitu berapa banyak helaian yang sudah dibaca atau buat peraduan berkaitan aktiviti mengaji.
7.Sembahyang berjemaah
Cara ibadah pula ialah melakukan sembahyang secara berjemaah dan jadikan ia sebagai habit iaitu apabila azan,katakan kepada anak, Allah memanggil kita, untuk mengucapkan terima kasih kita kena solat. Cara ini mudah untuk anak-anak faham. Kemudian setelah solat berjemaah, peluk antara satu sama lain.
8.Alam sekeliling
Bagi persekitaran pula, lakukan aktiviti harian seperti, “wow cantikknya langit, siapa buat? Allah! Siapa buat adik, Allah!, Siapa buat mata? Allah! Ibu bapa boleh kuatkan akidah anak-anak dengan alam sekeliling.
Kesimpulannya, untuk mendidik anak-anak mempunyai kasih sayang antara adik beradik, ibu bapa haruslah menjadi seorang yang penyayang. Dengan ini mudah untuk kita sayang kepada anak. Justeru, anak yang disayangi akan belajar menyayangi anak yang dikongsi, belajar untuk berkongsi.
Artikel ini diolah daripada artikel asal KELUARGA
 
 
 
The post Prof Dr Muhaya Kongsi Tip Eratkan Kasih Sayang Adik Beradik, Didik Anak Ada ‘Seninya’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/prof-dr-muhaya-kongsi-tip-eratkan-kasih-sayang-adik-beradik-didik-anak-ada-seninya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedap Nama Baby Adik Hari Ketujuh Kelahiran Dayah Bakar Kongsi Nama Anak Kedua

Sedap Nama Baby Adik Hari Ketujuh Kelahiran Dayah Bakar Kongsi Nama Anak Kedua

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 162 hits
Selamat menimang cahaya mata keduanya pada 29 Disember yang lalu genap hari ketujuh kelahirannya pengacara Dayah Bakar berkongsi pilihan nama buat anak lelaki keduanya Dayah dan suami sepakat memilih nama yang cukup indah iaitu Armand Muham...
Yang Penting Dia Kena Dapatkan Kasih Sayang Ibu Ayah Fizi Ali Sebak Terlalu Rindu Anak

Yang Penting Dia Kena Dapatkan Kasih Sayang Ibu Ayah Fizi Ali Sebak Terlalu Rindu Anak

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 131 hits
Perbincangan sulh bagi sebutan hadanah atau hak penjagaan anak antara penyampai radio Hot FM Fizi Ali dan bekas isterinya Shakilla Khoriri menemui jalan buntu kerana tiada kata sepakat Namun menerusi perkongsian Fizi bapa kepada Ameena Sofi...
Macam Muka Mommy La Ayda Jebat Nabil Kongsi Wajah Anak Kedua Botakkan Kepala Bernazar

Macam Muka Mommy La Ayda Jebat Nabil Kongsi Wajah Anak Kedua Botakkan Kepala Bernazar

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 209 hits
Selepas hampir sebulan melahirkan anak keduanya pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir tampil berkongsi wajah comel anak kedua mereka Aali Mateen Menerusi Instagram Ayda dan Nabil juga turut berkongsi gambar pertama mereka sekeluarga...
Anak Susah Makan Ibu Ini Kongsi Menu Khas Untuk Anak Berat Badan Bawah Garis Normal

Anak Susah Makan Ibu Ini Kongsi Menu Khas Untuk Anak Berat Badan Bawah Garis Normal

papar berkaitan - pada 8/1/2024 - jumlah : 133 hits
Bila anak susah makan mama mulalah risau Kena pula anak pula jenis memang cerewet dalam bab memilih makanan lagilah pening mama dibuatnya Kebanyakan anak yang cerewet makan ini kurang berat badan disebabkan pemilihan makanan yang terhad Tap...
Doakan Kandungan Saya Shila Amzah Kongsi Berita Gembira Kini Hamil Anak Sulung Bersama Ubai

Doakan Kandungan Saya Shila Amzah Kongsi Berita Gembira Kini Hamil Anak Sulung Bersama Ubai

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 155 hits
Penyanyi terkenal Shila Amzah memaklumkan satu berita gembira buat peminatnya apabila dia kini sedang hamil hasil perkongsian hidupnya bersama suami Ubai Perkhabaran mengujakan itu telah dikongsikan Ubai dan Shila di laman TikTok dan Instag...
Ibu Bapa Boleh Praktikkan Tip Ini Jika Bimbang Anak Tidak Hormat Guru

Ibu Bapa Boleh Praktikkan Tip Ini Jika Bimbang Anak Tidak Hormat Guru

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 270 hits
mana yang tidak mengidamkan yang berilmu dan beradab Paling penting sudah tentulah kita mahu kita menghormati guru guru mereka Tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik supaya murid murid menggunakan akal dengan bermoral Setiap ...
Anak Isteri Terjaga Ciri Ciri Suami Tip Top Rumah Tangga Mesti Aman Bahagia

Anak Isteri Terjaga Ciri Ciri Suami Tip Top Rumah Tangga Mesti Aman Bahagia

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 186 hits
Tak perlukan suami yang kacak cukup hanya seorang suami yang mampu jalankan tanggungjawabnya membimbing isteri dan anak ke jalan Allah dan menyediakan kelengkapan cukup sempurna sebagai tanggungjawab dan amanah hidupnya Itu kemahuan seorang...
Saya Bapa Kepada Empat Anak Azizulhasni Timang Anak Keempat Teruja Kongsi Tarikh Lahir Sama

Saya Bapa Kepada Empat Anak Azizulhasni Timang Anak Keempat Teruja Kongsi Tarikh Lahir Sama

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 131 hits
Tahniah diucapkan buat jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang yang selamat menimang cahaya mata keempatnya Tambah manis lagi si kecil itu berkongsi tarikh lahir yang sama dengan bapanya iaitu pada 5 Januari lalu Menurut perkon...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias