Ibu Bapa Boleh Praktikkan Tip Ini Jika Bimbang Anak Tidak Hormat Guru


Ibu bapa mana yang tidak mengidamkan anak-anak yang berilmu dan beradab. Paling penting sudah tentulah kita mahu anak-anak kita menghormati guru-guru mereka. Tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik supaya murid-murid menggunakan akal dengan bermoral.
Setiap ibu bapa mengimpikan dan mengharapkan anak-anak mereka, mempunyai akhlak yang baik, mendengar kata, tidak melawan ibu bapa dan taat akan suruhan agama. Cara guru dan ibu bapa mendidik mungkin berbeza.
Ibu Bapa Boleh Praktikkan Tip Ini
Bagaimanapun pengalaman guru-guru mendidik memang kita tidak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6-7 orang anak kita sendiri. Mereka pula sudah mendidik 6 -7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri. Justeru, kena terima dengan hati terbuka apabila anak kita dihukum. Mudah-mudahan kita dapat membantu membentuk anak-anak dalam masyarakat yang perihatin.
Jika Bimbang Anak Tidak Hormat Guru Tanamkan dalam hati kita bahawa; 1. Anak kita bukan baik sangat.
Walau di rumah dia taat, dia mungkin nakal di belakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tidak jangka.
2. Bukan anak kita seorang sahaja dalam kelas itu.
Kita di rumah paling banyak anak 6- 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Bayangkan kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam itulah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.
3. Anak kita juga pandai menipu.
Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita anak kita. Dia mungkin menipu. Tidak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.
4. Anak kita layak dimarah.
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Karakter dia di rumah dan di sekolah tidak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.
5. Ingat semula kenapa kita hantar dia ke sekolah.
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tidak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tidak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tidak boleh dididik.
6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.
Jika tidak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tidak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tidak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tidak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.
Kita perlukan guru-guru. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geografi, biologi dan sebagainya. Kita mengharapkan guru mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.
8. Duit bukan segalanya.
Kita mungkin kaya. Tapi duit tidak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tidak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.
9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru lah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru-guru itu ruang untuk membantu kita.
10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 -7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 -7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru-guru. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al-Quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. Amal kita?
12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tidak apa. Asalkan tidak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.
13. Guru-guru sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru-guru untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru-guru anak-anak kita.
Justeru itu, berlapang dadalah. Ilmu itu bukan bilangan “A”. Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.
Sumber: Sekolah Rendah Islam Alor Setar (Facebook)
The post Ibu Bapa Boleh Praktikkan Tip Ini Jika Bimbang Anak Tidak Hormat Guru appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-bapa-boleh-praktikkan-tip-ini-jika-bimbang-anak-tidak-hormat-guru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tip Jadi Ibu Bapa Yang Cool Barulah Tugas Mendidik Anak Jadi Mudah

Tip Jadi Ibu Bapa Yang Cool Barulah Tugas Mendidik Anak Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 166 hits
perlu melaksanakan tanggungjawab mendidik anak dengan seikhlas hati Semuanya bakal dipertanggungjawabkan ke atas mereka di akhirat kelak merupakan cermin terbaik kepada anak anak Dalam mendidik anak anak juga perlu menjadi contoh teladan de...
Anak Perfectionist Ibu Bapa Perlu Beri Perhatian Tumpuan Supaya Anak Lebih Tenang

Anak Perfectionist Ibu Bapa Perlu Beri Perhatian Tumpuan Supaya Anak Lebih Tenang

papar berkaitan - pada 16/1/2024 - jumlah : 151 hits
Bila ada anak yang perfectionist ibu bapa perlu bersedia untuk memberi perhatian dan tumpuan yang lebih kepada mereka Dalam masa yang sama ibu bapa juga tidak perlu menekan anak dengan jangkaan dan harapan yang tidak realistik kerana bimban...
Anak Suka Melawan Ibu Bapa Hilang Sabar Ini Fakta Mesti Ambil Tahu

Anak Suka Melawan Ibu Bapa Hilang Sabar Ini Fakta Mesti Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 238 hits
Bila yang masih dibangku suka melawan bukan sahaja jadi hilang sabar tetapi juga sedih yang dijaga dengan penuh kasih sayang akhirnya mula bercakap menyakitkan hati selain menunjukkan perlakuan yang menguji kesabaran Anak Suka Melawan Ibu B...
Ibu Bapa Yang Nak Pakaikan Anak Istimewa Pendakap Gigi Hadamkan Dulu Info Ini

Ibu Bapa Yang Nak Pakaikan Anak Istimewa Pendakap Gigi Hadamkan Dulu Info Ini

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 242 hits
Bagi ibu bapa yang berhajat untuk memakaikan pendakap gigi pada anak mereka yang istimewa ada beberapa perkara yang perlu diambil tahu Pendakap gigi untuk kanak kanak berkeperluan khas adalah disifatkan sebagai rawatan elektif untuk mereka ...
Anak Yatim Menjadi Jutawan Sekelip Mata Selepas Kematian Ibu Bapa Yang Dilanggar Pemandu Lori Mabuk

Anak Yatim Menjadi Jutawan Sekelip Mata Selepas Kematian Ibu Bapa Yang Dilanggar Pemandu Lori Mabuk

papar berkaitan - pada 6/1/2024 - jumlah : 317 hits
hidup dalam kemiskinan setelah kematian ibu bapa mereka dalam kemalangan jalan raya Mereka tinggal di rumah usang bersama nenek mereka yang uzur Mereka tidak tahu bahawa ibu bapa mereka telah mengambil insuran hayat dan meninggalkan hibah u...
Anak Sudah Mula Tumbuh Gigi Kekal Inilah Masa Sesuai Ibu Bapa Tukar Ubat Gigi Orang Dewasa

Anak Sudah Mula Tumbuh Gigi Kekal Inilah Masa Sesuai Ibu Bapa Tukar Ubat Gigi Orang Dewasa

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 181 hits
Apabila anak sudah mula tumbuh gigi kekal ini bermakna sudah tibalah masanya untuk ibu bapa menukarkan ubat gigi orang dewasa Anak sudah boleh mula berhenti menggunakan ubat gigi kanak kanak Menurut Doktor Gigi Dr Izaza Mohd Zan ramai ibu b...
Abaro Kasut Sekolah Unik Dan Praktikal Pilihan Ibu Bapa

Abaro Kasut Sekolah Unik Dan Praktikal Pilihan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 167 hits
Kasut sekolah ABARO merupakan kasut sekolah pilihan ibu bapa masa kini kerana mempunyai ciri ciri yang terkini dan praktikal dalam setiap rekaan kasut mereka Ianya telah berada di pasaran sejak tahun 2001 lagi dan menjadi pilihan ramai ibu ...
Anak Berebut Mainan Sampai Bergaduh Mama Papa Jangan Marah Marah Ini Tip Cara Atasi

Anak Berebut Mainan Sampai Bergaduh Mama Papa Jangan Marah Marah Ini Tip Cara Atasi

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 133 hits
suka berebut mainan sampai bergaduh memang boleh buat mama dan papa jadi marah marah Walaupun ada banyak lagi mainan yang lain untuk dipilih mainan yang satu itu juga yang direbutkan Situasi sebegini memang biasa dihadapi oleh mama dan papa...
Ibu Diikat Dibelasah Anak Kerana Petik Kubis

Ibu Diikat Dibelasah Anak Kerana Petik Kubis

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 272 hits
UtusanonlineWANITA warga emas diikat pada tiang elektrik oleh anaknya di Odisha AGENSI nbsp NEW DELHI Seorang wanita warga emas didakwa dibelasah dan diikat pada tiang elektrik oleh anak lelakinya hanya kerana memetik sayur kubis bunga dari...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm