Produk Kecantikan Perniagaan Yang Melahirkan Paling Ramai Jutawan Di Malaysia


Kecantikan adalah aset dan lambang kewanitaan. Sifat wanita itu pula yang cemburu apabila melihat wanita lain yang seusia dengannya tetapi masih cantik adalah merupakan perkara biasa dan tidak dapat dinafikan yang wanita pada zaman sekarang agak prihatin terhadap kecantikan mereka dan mahu sentiasa kelihatan anggun dan awet muda.

Gambar hiasan

Ini semua kerana mereka mahu orang yang tersayang menjadi lebih sayang kepada mereka, bimbang pasangan mereka akan mencari wanita yang lebih baik agaknya.

Setiap wanita mengimpikan kulit yang halus mulus, putih bersih dan gebu agar dapat menyerlahkan kejelitaan mereka dan tampak lebih menawan. Ada juga yang mahukan diri mereka kelihatan ramping seperti pada zaman usia muda mereka.

Untuk mendapat kecantikan yang diingini, ada yang sanggup berhabis wang sampai beribu-ribu ringgit setiap bulan khusus untuk membeli produk-produk kecantikan diri yang terdapat dalam pasaran.

Malah, perniagaan barangan kecantikan diri ini, sememangnya telah lama bertapak di negara kita.

Syarikat-syarikat yang menawarkan produk kecantikan diri ini terlalu banyak dan adakalanya kita seperti sedang menyaksikan satu gelombang besar dalam industri perniagaan barangan kecantikan diri dengan penubuhan syarikat-syarikat yang menjual produk kecantikan dan penghasilan jualan bagi satu-satu perniagaan itu ada kalanya mencecah jutaan ringgit setahun.

Penubuhan syarikat-syarikat yang menawarkan produk kecantikan diri ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pengedar-pengedarnya untuk mengubah kehidupan mereka.

Ada pengedar yang telah berjaya memperoleh pendapatan lima angka dan ramai lagi yang akhirnya telah berjaya bebas daripada cengkaman beban kewangan.

Namun kini, terdapat juga produk kecantikan diri yang mengandungi bahan beracun yang tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Masyarakat perlu lebih peka dan berhati-hati kerana ada dalam kalangan pengasas produk ini yang lebih mengutamakan keuntungan syarikat semata-mata dan kurang memberi penekanan kepada kesucian produk dan hanya memandang sebelah mata terhadap kesan sampingan produk ke atas pengguna.

Terdapat beberapa faktor yang boleh dikaitkan dengan kejayaan jutawan produk kecantikan diri ini, antaranya:-

1. Wujudnya sistem sokongan kerajaan yang berperanan memberikan sumber-sumber maklumat, memberi peluang-peluang perniagaan dan dana-dana bantuan kerajaan seterusnya membantu memberi impak yang positif kepada penglibatan usahawan produk kecantikan diri ini.

2. Ekonomi negara Malaysia yang stabil dan kewujudan sistem francais menggalakkan peningkatan usahawan dalam bidang ini.

3. Produk kecantikan antarabangsa yang ada dalam pasaran memerlukan kos yang tinggi untuk dimiliki, tetapi produk usahawan tempatan pula sememangnya direka untuk di sasarkan kepada semua golongan termasuk pertengahan dan bawahan.

4. Produk kecantikan usahawan tempatan kebanyakannya adalah berasaskan herba dan barangan yang halal. Dengan pembinaan kilang tempatan pula, kapasiti dan operasi pengeluaran produk dapat dipertingkatkan.

4. Kisah silam usahawan tempatan yang hidup mereka susah ketika zaman kanak-kanak menjadi pembakar semangat untuk mereka terus berusaha mengubah kehidupan yang lebih baik tanpa mengenal erti putus asa.

5. Dugaan yang hebat sebelum dan selepas memulakan perniagaan menjadikan mereka cekal dalam mengharungi onak dan duri dalam bidang perniagaan ini.

6. Taraf penghidupan yang tinggi daripada segi ekonomi, contohnya memiliki kereta dan rumah mewah, mendapat pendapatan bulanan 5–6 angka menjadi daya penarik untuk seseorang itu menceburi bidang perniagaan produk kecantikan diri.

Kesimpulan

Wanita dan kecantikan sangat sinonim. Kedua-duanya tidak akan terpisah dan tidak boleh dipisahkan. Sebut sahaja tentang kecantikan kita pasti akan mengaitkannya dengan wanita.

Kecantikan juga secara tidak langsung telah membantu para usahawan produk kecantikan memajukan perniagaan mereka.

Ada sesetengah antara mereka ini yang telah pun bergelar jutawan kosmetik.

Untuk menjadi jutawan, corak minda dan jiwa mereka telah berubah. Untuk menjadi jutawan, mereka menekankan aspek disiplin dan juga perancangan yang bijak.

Untuk menjadi jutawan, ia tidak datang sekelip mata malahan perlu disertakan dengan usaha-usaha yang lain.

Kebanyakan mereka, walaupun sudah bergelar jutawan, tetapi tidak lupa pada asal-usul.

Dalam melihat kejayaan wanita yang terlibat dalam perniagaan kecantikan, selalunya kita hanya melihat kisah kejayaan mereka.

Tetapi pastinya di sebalik cerita kejayaan akan ada terselit liku-liku kepayahan dalam mengharungi hidup dan perniagaan.

Syabas diucapkan kepada yang telah berjaya, namun bagi yang masih merangkak, jadikanlah cerita-cerita hebat mereka sebagai pedoman kejayaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
5 Cara Menjadi Kaya Walaupun Makan GajiKenapa Allah Tidak Menjadikan Semua Orang Jutawan?
sumber: usahawan



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/06/jual-produk-kecantikan-jika-mahu-jadi-jutawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mula Berniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Wanita Malaysia Ini Kini Luaskan Perniagaan Sehingga Ke Qatar

Mula Berniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Wanita Malaysia Ini Kini Luaskan Perniagaan Sehingga Ke Qatar

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 481 hits
Mula Berniaga Nasi Lemak Tepi Jalan Wanita Malaysia Ini Kini Luaskan Perniagaan Sehingga Ke Qatar Siapa sangka dari hanya berniaga nasi lemak di tepi jalan wanita ini akhirnya membuka cawangan sehingga ke Doha Qatar Apa yang menariknya dia ...
Singapura Tarik Semula Produk Air Mineral Yang Diimport Dari Malaysia Kerana Kandungan Bakteria

Singapura Tarik Semula Produk Air Mineral Yang Diimport Dari Malaysia Kerana Kandungan Bakteria

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 717 hits
Pihak berkuasa Singapura telah menarik semula jenama air mineral dari Malaysia yang mengandungi bakteria alam sekitar yang lazimnya terdapat dalam tanah air dan bahan kumbahan Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 12 Jun 2019 Agensi Ma...
Isu Penarikan Semula Produk Air Minuman Berbungkus Jenama Starfresh Keluaran Malaysia Dari Pasaran Singapura

Isu Penarikan Semula Produk Air Minuman Berbungkus Jenama Starfresh Keluaran Malaysia Dari Pasaran Singapura

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 342 hits
KUALA LUMPUR 15 Jun Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum mengenai isu penarikan balik produk air minuman berbungkus jenama Starfresh keluaran Malaysia dari pasaran Singapura sebagaimana yang dilaporkan di laman sesawang Singapore...
Pons Produk Minyak Zaitun Premium Extra Virgin Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Pons Produk Minyak Zaitun Premium Extra Virgin Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 450 hits
AssalamualaikumKorang mesti sudah sedia tahu manfaat minyak zaitun untuk kecantikan Namun kalau korang hendak tahu minyak zaitun mempunyai manfaat yang lain yang mungkin korang belum ketahui Sha ingin kongsikan satu produk minuman kesihatan...
Keyakinan Perniagaan Jepun Terhadap Malaysia Merosot

Keyakinan Perniagaan Jepun Terhadap Malaysia Merosot

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 306 hits
KEYAKINAN perniagaan di Malaysia dalam kalangan syarikat Jepun yang beroperasi di sini terus merosot pada separuh pertama 2019 namun mereka menjangkakan separuh kedua bertambah baik Ini merupakan hasil tinjauan yang dijalankan oleh Dewan Pe...
Rakyat Malaysia Ke 25 Paling Seksi Di Dunia

Rakyat Malaysia Ke 25 Paling Seksi Di Dunia

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 397 hits
Malaysia berada di tangga ke 25 sebagai negara paling seksi di dunia dengan menjadikan pereka kasut terkenal kelahiran negara ini Jimmy Choo dan model Amber Chia sebagai contoh selebriti seksi tempatan Amber Chia Kedudukan itu menjadikan Ma...
Labuan Tempat Paling Harmoni Di Malaysia

Labuan Tempat Paling Harmoni Di Malaysia

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 422 hits
Labuan tempat paling harmoni di MalaysiaWilayah Persekutuan Labuan adalah kedua di Kawasan Labuan merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 91 64 km2 Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai 2 1 2 jam penerbangan da...
Penyelidik Antarabangsa Dakwa Malaysia Antara 10 Buah Negara Paling Banyak Mencemarkan Laut

Penyelidik Antarabangsa Dakwa Malaysia Antara 10 Buah Negara Paling Banyak Mencemarkan Laut

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 392 hits
Seperti yang kita tahu lebih daripada 70 permukaan Bumi adalah air dan 96 5 daripada bekalan air dunia berpunca daripada lautan Namun kadangkala kita terlupa bahawa di dalam lautan luas itu juga ada makhluk Tuhan yang bernyawa dan perlu dil...
Negara Paling Seksi Di Dunia Malaysia Ke 25

Negara Paling Seksi Di Dunia Malaysia Ke 25

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 920 hits
Malaysia mengambil mahkota yang lain di pentas global dan kali ini percaya atau tidak untuk negara ke 25 yang paling seksi di dunia Keperibadian seperti Tan Sri Michelle Yeoh pelakon Henry Golding dan model Amber Chia mungkin meletakkan kam...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya