Mentaliti PasukanBermain secara menyerang jika anda fikir pasukan bola sepak anda lebih bagus berbanding pasukan lawan.Bermain secara bertahan jika anda fikir pasukan lawan lebih hebat.Anda akan beroleh lebih banyak peluang untuk jaringkan gol jika bermain secara menyerang, dan sebaliknya.Tetapi jika anda bermain secara menyerang apabila bertemu pasukan lebih hebat, anda akan memberi pasukan lawan lebih banyak peluang menjaringkan gol.Bermain menyerang habis-habisan patut dilakukan hanya apabila pasukan anda ketinggalan pada lewat permainan, ini adalah kerana taktik ini akan menjadikan pertahanan anda sangat lemah berbanding peluang menjaringkan gol.Jangan bermain secara "catenaccio" kecuali jika anda hanya mahukan gol anda tidak dibolosi. Taktik ini menyebabkan serangan pasukan anda terjejas teruk berbanding peningkatan kekebalan pertahanan anda. Guna taktik ini hanya di akhir perlawanan untuk menutup peluang lawan jaringkan gol. Catenaccio adalah taktik yang fokus kepada pertahanan, ia juga dipanggil sebagai taktik "rantai".Tumpu SeranganDalam permainan bola sepak anda boleh fokus kepada belah mana serangan dilakukan.Ada 4 strategi iaitu tumpu seimbang, tumpu tengah, tumpu kiri, dan tumpu kanan.Gunakan tumpu serangan apabila anda ada seorang pemain yang super hebat dan anda mahukan bola dihantar kepadanya.Atau apabila anda tahu bahagian mana pasukan lawan lemah.Tumpu serangan hanya mempengaruhi siapa terima bola, dan bukan siapa yang jaringkan gol.<top>|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |