Prn Sarawak Dijangka Tengah Dis Atau Lebih Awal Naib Presiden Pbb


Oleh Bernama PRN Sarawak dijangka pada pertengahan Disember atau lebih awal. GAMBAR HIASAN NAIB Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dr Annuar Rapaee berkata, beliau menjangkakan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak akan diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan bulan Disember ini.
DR ANNUAR RAPAEE Beliau berkata, perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya Proklamasi Darurat di Sarawak ditamatkan memberi laluan kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sekali gus menamatkan penantian untuk PRN12 yang akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.
“Paling lambat saya rasa hari mengundi akan diadakan pada pertengahan bulan Disember. Tapi ianya boleh diadakan lebih awal daripada itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mengulas kebimbangan berlaku peningkatan kes COVID-19 semasa pilihan raya itu kelak, Dr Annuar yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam merangkap Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu berkata, aktiviti kempen harus diberikan tumpuan yang kritikal kerana penularan boleh berlaku.
“Penularan akan dapat dielakkan sekiranya tiada rapat umum. Buat masa ini, hanya 100 orang sahaja yang dibenarkan untuk menghadiri mana-mana perhimpunan dan bagi pilihan raya itu sendiri, ia tiada isu,” katanya.
Beliau berkata proses mengundi dilakukan dalam keadaan yang amat teratur walaupun bukan pada masa penularan COVID-19.
Katanya, ketika masih dalam pandemik ini, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan proses mengundi teratur tiada sebab penularan COVID-19 tidak dapat dikawal.

“Mengundi ini bukan macam orang pergi ke pasar. Semuanya dalam keadaan teratur. Yang menjadi kerisauan ialah aktiviti berkempen melibatkan jumlah hadirin yang besar dan boleh menjadi tidak terkawal dalam soal pematuhan SOP,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka itu.
Dr Annuar juga berkata sama ada mengundi atau tidak, SOP mencegah penularan COVID-19 harus diteruskan dan melalui pengamatannya, orang ramai sudah selesa bergerak ke mana sahaja yang menandakan bahawa mereka sudah membiasakan diri dengan pematuhan itu.
Menyentuh persiapan kempen jentera pilihan raya PBB DUN Nangka, beliau berkata pihaknya sudah mengadakan persiapan sejak tiga tahun lepas.
“Saya akan menggunakan pendekatan kempen secara digital dan multimedia. Kempen secara bersemuka bagi hadirin kurang 100 akan dijalankan secara minimum,” katanya yang turut melibatkan golongan muda dalam penyaluran bahan kempen melalui media sosial.
Sementara itu, pakar perlembagaan, Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata Kerajaan Negeri Sarawak telah terbubar secara automatik kerana telah mencapai tempoh matang dan Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu dilaksanakan.
‘’Apabila Proklamasi Darurat ditamatkan dan Ordinan Darurat diungkai maka terbubarlah Dewan Undangan Negeri Sarawak.
‘’Menurut Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak, apabila dewan undangan bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dewan undangan itu bubar dan dewan undangan yang baharu hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh itu,’’ katanya kepada Bernama.- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/prn-sarawak-dijangka-tengah-dis-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dun Sarawak Mungkin Bubar Beberapa Hari Lagi Kata Naib Presiden Pbb

Dun Sarawak Mungkin Bubar Beberapa Hari Lagi Kata Naib Presiden Pbb

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 205 hits
October 21 2021 Kenyataan Naib Presiden PBB Abdul Karim Rahman Hamzah hadir beberapa jam selepas Ketua Menteri Abang Johari Openg merangkap Presiden PBB menafikan perkara itu PETALING JAYA Seorang pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu me...
Prn Sarawak Dijangka Disember Ini

Prn Sarawak Dijangka Disember Ini

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 449 hits
PRN Sarawak akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN Untuk video penuh sila layari https bit ly 3GSnqkH Follow kami di TikTok sinarharianonline SinarHarian BuletinTikTok
Keputusan Prn Melaka Akan Menunjukkan Sama Ada Umno Quyub Atau Masih Ada Pengundi

Keputusan Prn Melaka Akan Menunjukkan Sama Ada Umno Quyub Atau Masih Ada Pengundi

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 339 hits
Saya amat tertunggu keputusan prn melakaSaya juga berdoa supaya semua parti bertanding kerana kita nak tau apa ada dalam pemikiran rakyatJika umno bersendirian seperti sedia kala kita nak tengok berapa kekuatan mereka ada dan belum tentu um...
Tiga Naib Presiden Pas Berjawatan Menteri Pertahan Jawatan

Tiga Naib Presiden Pas Berjawatan Menteri Pertahan Jawatan

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 306 hits
Tiga penyandang naib presiden PAS masing masing berjaya mempertahankan jawatan mereka dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi sesi 2021 2023 yang diadakan sempena Muktamar PAS ke 67 di Kuala Terengganu Mereka terdiri daripada Idri...
Prn Sarawak 125 000 Undi 18 Dinafikan Hak

Prn Sarawak 125 000 Undi 18 Dinafikan Hak

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 355 hits
NGO Undi 18 dan Undi Sarawak menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya dan pihak pihak berkaitan agar menunda Pilihan Raya Negeri Sarawak ke tahun hadapan Menurut kedua dua NGO terbabit PRN pada tahun ini akan menghilangkan hak anak muda 18 tahun u...
Kadar Kos Tunai Haji Dijangka Diketahui Sebelum Awal Tahun Hadapan

Kadar Kos Tunai Haji Dijangka Diketahui Sebelum Awal Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 214 hits
Ahmad Marzuk tidak tolak kemungkinan kadar meningkat TAMPIN Kadar kos menunaikan ibadah haji dijangka diketahui sebelum awal tahun hadapan kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Marzuk Shaary Bagaimanapun beliau berkat...
Terkini Sarawak Tiada Pengumuman Pembubaran Dun Prn Melaka Norhizam Bukan Calon Ph

Terkini Sarawak Tiada Pengumuman Pembubaran Dun Prn Melaka Norhizam Bukan Calon Ph

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 262 hits
Pejabat Ketua Menteri Sarawak menjelaskan tiada sidang media pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri akan diadakan esok SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www as
Prn Melaka Sama Ada Kekal Berkerjasama Dengan Umno Atau Tidak Pas Tetap Bersedia

Prn Melaka Sama Ada Kekal Berkerjasama Dengan Umno Atau Tidak Pas Tetap Bersedia

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 498 hits
KUALA LUMPUR Sama ada kekal bekerjasama dengan UMNO atau sebaliknya PAS sudah membuat persediaan sewajarnya kata salah seorang pemimpin parti itu hari ini Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pada dasarnya mereka mah...
Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Macam Mana Orang Malaysia Boleh Buat Rm10k Sebulan Guna Hanya Satu Pautan

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

11 Tahun Tergendala Pm Anwar Mahu Pembinaan Sekolah Sukan Perlis Disegerakan

Muhyiddin Yassin Risau Kerjasama Bn Amp Ph Makin Diterima Rakyat Asyraf Wajdi