Prn Sabah Calon Keadilan Dun Klias Gemar Bertemu Rakyat


 





BEAUFORT - Calon KEADILAN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, Abdul Rahman Yakub mengakui gemar bersemuka dengan rakyat dari rumah ke rumah ketika berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 
Beliau berkata, hampir semua tempat di Klias sudah dilawati dan ternyata pendekatan itu memberikan kesan apabila sepanjang berkempen, penerimaan pengundi cukup baik dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.
 
"Saya banyak menggunakan kaedah rumah ke rumah untuk berjumpa dengan orang ramai. Ada juga saya pergi ke kedai makan dan berjumpa dengan orang dari meja ke meja dan berbual sekejap.




"Saya fikir cara ini lebih peribadi, sebab kalau pendekatan berceramah itu hanya bersifat satu hala iaitu kita bercakap orang mendengar.

 
"Bukannya kaedah ceramah itu tidak baik, tapi saya rasa pendekatan saya ada 'personal touch'," katanya kepada Suara KEADILAN.
 
Rahman juga berpendapat pendekatan pengundi ke pengundi adalah selari dengan SOP dalam menangani COVID-19.
 
"Dalam keadaan wabak COVID-19, susah untuk kita mengumpul orang. Ada syarat-syaratnya serta melibatkan pematuhan penjarakan sosial.
 

"Sebab itu, cara bersemuka dengan setiap pengundi lebih praktikal dan sesuai dalam masa-masa mencabar ini, COVID-19 pun sedang meningkat di Sabah.

 
"Jadi apabila saya perkenalkan diri, ia akan menjadi bualan orang, mereka akan sebut nama calon dan akan jadi buah mulut sebelum hari mengundi.
 
"Tengok kepada gaya bahasa dan badan pengundi, kebanyakannya menunjukkan sokongan yang baik," katanya.


Rahman merupakan satu-satunya calon yang kembali bertanding di DUN Klias selepas bertanding kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.
 
Malah, KEADILAN sendiri kembali bertanding di DUN Klias, selepas kerusi itu dipertandingkan oleh Warisan pada PRU-14 namun tewas kepada penyandang, Isnin Aliasnih.
 
Rahman mengakui ia bukanlah satu keputusan yang mudah setelah lama tidak bertanding sebagai calon.
 
Namun, pencalonan beliau mendapat sokongan daripada Presiden Warisan sendiri, Datuk Seri Shafie Apdal.




"Terus-teranglah, saya lebih suka membantu kawan-kawan menjadi calon. Tapi kali ini saya diminta secara peribadi oleh kepimpinan Ketua Menteri Sabah supaya bertanding di DUN Klias.

 
"Saya tidak pernah bermimpi mahu menjadi calon lagi kerana kita fokus kepada perkara lain tetapi bila diminta oleh Ketua Menteri dengan sebegitu rupa, saya harus menyahut cabaran walaupun persiapan kurang serba-serbi.
 
"Sebenarnya, kita baru mulakan persiapan awal dalam menghadapi pilihan raya, tiba-tiba persiapan awal itu belum selesai sudah bubar dewan, jadi kita semua terperangkap dalam keadaan tidak bersedia.
 
"Walaubagaimanapun, kita hadapi apa pun masalah dan rintangan insya-Allah, mudah-mudahan kalau tuhan izinkan tidak ada perkara mustahil. Persiapan kurang tetapi kemenangan itu tidak mustahil," katanya.
 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/prn-sabah-calon-keadilan-dun-klias.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Gabungan Rakyat Sabah Meletakkan 92 Calon Di 73 Dun

Prn Sabah Gabungan Rakyat Sabah Meletakkan 92 Calon Di 73 Dun

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 1637 hits
PRN SABAH PERTEMBUNGAN CALON CALONGABUNGAN RAKYAT SABAH A LATAR BELAKANG Pada mulanya Perikatan Nasional dan Barisan Nasional sahaja yang bersekutu di Sabah Akhirnya tertubuhlah GABUNGAN RAKYAT SABAH yang dianggotai oleh BN PN dan PBS dan P...
Prn Sabah Keadilan Lancar Jentera Dun Sook

Prn Sabah Keadilan Lancar Jentera Dun Sook

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 453 hits
KEADILAN melancarkan jentera parti di Dewan Undangan Negeri Sook menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September ini Jentera itu bakal dikemudi oleh Ketua KEADILAN Cabang Pensiangan Raymond Ahuar yang juga merupakan Ketua Angkatan Mud...
Prn Sabah Keadilan Berdepan Pertandingan 10 Penjuru Di Dun Inanam

Prn Sabah Keadilan Berdepan Pertandingan 10 Penjuru Di Dun Inanam

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 378 hits
Calon KEADILAN Peto Galim berdepan cabaran getir apabila beliau mengesahkan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri Inanam akan melibatkan pertandingan 10 penjuru Malah Peto akan bertanding buat pertama kali sebagai calon dan akan berdepan deng...
Prn Sabah Calon Dun Tamparuli Underdog Tapi Yakin Boleh Ambil Hati Pengundi

Prn Sabah Calon Dun Tamparuli Underdog Tapi Yakin Boleh Ambil Hati Pengundi

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 389 hits
KEADILAN berdepan dengan pertandingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri Tamparuli pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 Calon DUN Tamparuli Alijus Sipil mendapat tentangan sengit dari tiga calon lain iaitu penyandang kerusi Jahid ...
Prn Sabah 447 Calon Bertanding Di 73 Dun

Prn Sabah 447 Calon Bertanding Di 73 Dun

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 471 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya menerima 447 kertas pencalonan untuk bertanding di 73 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri Sabah 26 Sept ini selepas tempoh penamaan berakhir 10 pagi tadi Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata daripada jumlah itu ...
Calon Keadilan Dun Klias Kesal Ada Pengundi Disogok Dengan Wang

Calon Keadilan Dun Klias Kesal Ada Pengundi Disogok Dengan Wang

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 294 hits
Calon KEADILAN DUN Klias Abdul Rahman Yakub meluahkan rasa terkilan dengan sikap sesetengah calon yang cuba meraih undi rakyat dengan sogokan wang Beliau berkata setiap calon seharusnya bertanding dengan mengamalkan budaya politik yang siha...
Prn Sabah Penyokong Usno Baru Dialu Alukan Undi Calon Keadilan

Prn Sabah Penyokong Usno Baru Dialu Alukan Undi Calon Keadilan

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 278 hits
Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan tiada kerjasama rasmi dengan Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu Baru namun menyeru penyokongnya supaya mengundi calon KEADILAN Ini berikutan wujud khabar angi...
Pm Tidak Patut Ugut Rakyat Sabah Calon Calon Keadilan

Pm Tidak Patut Ugut Rakyat Sabah Calon Calon Keadilan

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 302 hits
Tujuh calon KEADILAN meluahkan rasa terkilan terhadap kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah olah hanya akan memberi bantuan kepada Sabah jika pengundi memilih parti kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Negeri Saba...
Prn Sabah Keadilan Mahu Bertanding 14 Kerusi Tawar Calon Berwibawa

Prn Sabah Keadilan Mahu Bertanding 14 Kerusi Tawar Calon Berwibawa

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 356 hits
Parti Keadilan Rakyat ingin meletakkan calon di 14 kerusi DUN Sabah dalam Pilihan Raya Negeri pada 26 September ini Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah Simsudin Sidek berkata walaupun parti pernah bertanding jumlah kerusi...
Anwar Convenes Urgent Cabinet Meeting To Tackle Us Tariff Fallout

From Fair Credit To Excellent Credit How Primerates Helps You Find The Right Card

Tragedi Letupan Challenger Milik Nasa

Kebakaran Putra Heights Polis Sahkan Terdapat Aktiviti Korek Tanah

Pencuri Kabel Maut Dalam Bumbung Pasar Siti Hajar

Mesyuarat Khas Menteri Ekonomi Asean Bincang Implikasi Tarif As

Berpesak Berkekek

Kes Culik Polis Lepas Tembakan Untuk Selamatkan Mangsa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Kari Ayam Kuah Roti Jala Yang Sedap

Streetlight Biarkan Chord

From Pas Donating Rm100 To Cyberbullying Sim S Adopted Child Is Now Depressed

Agong Visits Putra Heights Blaze Site

Has Azam Baki Overstayed His Welcome Should He Oblige If Pmx S Offers A 3rd Extension

Pengumuman Penting Berkaitan Page Orang Wangsa Maju