Prn Melaka Akhirnya Untuk Siapa



MELAKA merupakan negeri kedua selepas Sabah sejak 2018 untuk memutuskan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila keabsahan kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali diuji dengan penarikan sokongan oleh empat ahli DUN. Ia menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri.
Walaupun ramai beranggapan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak perlu diadakan sekiranya peristiwa di DUN Perak 2009 dijadikan nota kaki ataupun peletakan jawatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri; namun Yang di-Pertua Negeri sudah memberi persetujuan pembubaran DUN. Hatta, Suruhanjaya Pilihan Raya membuat keputusan untuk mengadakan PRN ini pada 20 November 2021 dengan penamaan calon pada 8 November 2021. Tempoh 12 hari kempen dibenarkan walaupun secara tidak langsung kempen sudah bermula lama. Bermakna larangan berkempen besar-besaran dengan mengambil kira apa yang berlaku di Sabah bersesuaian dalam konteks semasa.
Amalan demokrasi subur dengan mengadakan PRN dan parti, calon dan jentera perlu kreatif untuk mendekati pelbagai kumpulan pengundi. Dalam meraikan kebebasan berpilihan raya, tidak bermakna keselamatan pengundi boleh diambil sia-sia. Apakah parti dan kepimpinan tidak berfungsi selama ini sehingga memerlukan waktu kempen untuk mendekati pengundi.
Sekiranya tanggungjawab dilaksanakan, pasti pengundi sudah membuat keputusan siapa yang akan dipangkah. Barangkali tumpuan berlebihan kali ini adalah untuk membawa pengundi luar dan atas pagar yang bermotivasi rendah untuk pulang.
Beberapa senario perlu dijadikan asas untuk memahami pemetaan PRN ini. Pertama, jika Barisan Nasional (BN) dan UMNO menang; adakah ia akan digunakan sebagai asas untuk bergerak solo? Kedua, jika Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu menang, apakah akan wujud intervensi berbeza di PRU15? Ketiga, keupayaan Pakatan Harapan (PH) untuk menang tidak boleh diketepikan kepada hanya memerlukan beberapa kerusi untuk membentuk kerajaan negeri andainya PN dan BN tidak menjadi pilihan.
Keempat, DUN yang tergantung dengan ketiadaan pemenang jelas boleh juga berlaku sekiranya pertandingan lebih dua penjuru berlaku. Strategi meletakkan calon Bebas berhadapan dengan musuh politik sebagaimana di Sabah boleh berulang.Gelagat pengundi boleh menentukan jalur pemangkahan. Pengundi setia pada parti akan kekal, cumanya bagaimana pengundi tegar Pas akan menentukan undi mereka jika ‘wahyu’ parti diutamakan.
Ada juga pengundi suka pada calon dan pemilihan calon mestilah bersesuaian dengan demografi dan geografi 28 kerusi DUN. Yang penting, metodologi untuk mendekati pengundi atas pagar yang mungkin kecewa dengan apa yang sedang berlaku atau keluar untuk melakukan ‘undi protes’. Di samping itu, menamakan calon ketua menteri sangat penting kali ini kerana tumbangnya kerajaan ini adalah persengketaan ke atas kedudukan ketua menteri yang dibuat oleh bekas ketua menteri serta dikatakan ada yang amat berminat dengan jawatan tersebut.
Adly Zahari sudah dinamakan oleh PH, bagaimana dengan PN dan BN? Peranan elit politik membesar di PRN ini dan menarik untuk menyaksikan pertembungan sosok politik baik dalam negeri mahupun dari pusat. Apakah personaliti akan menenggelamkan populariti parti kali ini?
PRN ini adalah kali pertama di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dilema beliau akan dirasai. Begitu juga dengan kehadiran Datuk Seri Mohd Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Zahid Hamidi danDatuk Seri Anwar Ibrahim. PRN Melaka bukan kayu pengukur kepada PRU15 tetapi jika diteliti sepenuhnya, ia wajar dijadikan analisis bentuk kerjasama yang akan terbentuk nanti. Peratusan keluar mengundi boleh menjadi kayu pengukur kepada pemenangnya nanti.
Dengan Bajet 2022 dibentangkan; apakah MoU menjadi taruhan di PRN ini di samping hubungan PN, BN dan Muafakat Nasional serta perpecahan UMNO-Bersatu. Apakah ini kemuncak kepadanya selepas permulaannya dihidu di PRN Sabah?
*Profesor Dr Sivamurugan Pandian ialah pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
PRN Melaka akhirnya untuk siapa?
Baca Artikel Menarik:
Bajet 2022: Mana rancangan kembalikan semula simpanan KWSP – Tok Mat PAS Berlagak Seperti Wanita Tercantik Di Melaka Wagyu Tomahawk Bersalut Emas Berharga RM6,888 Raih Perhatian Netizen PRN Melaka: BN Bawa Kemakmuran, Pemimpin Berkaliber Dan Pengalaman Meta nama baru Facebook Islam boleh menang – Khabib Almy Nadia tak rela anak jadi ‘bahan ujikaji’ Umno jangan masuk lubang biawak kali kedua – Puad Asyraf jawab kritikan Mokhtar Senik Pelanggan Maybank dakwa duit dalam bank hilang ‘1980-an dulu satu episod RM800, sekarang RM250, kenapa kejam!’ Dewan Ulama PAS bidas Muhyiddin, lambang pilihan raya dasar parti Resepi asam pedas ikan kembung pekat Shopee 11.11 : Jualan Hebat kembali Sajat dikecam pakai bikini Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ada berita gembira kerjasama UMNO, Pas, Bersatu – Tuan Ibrahim

The post PRN Melaka akhirnya untuk siapa? appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/31/prn-melaka-akhirnya-untuk-siapa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akhirnya Kami Boleh Terima Logo Ph Di Prn Melaka Tapi Tolonglah Tolak 4 Adun Katak Di Melaka

Akhirnya Kami Boleh Terima Logo Ph Di Prn Melaka Tapi Tolonglah Tolak 4 Adun Katak Di Melaka

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 197 hits
Siapa sebenarnya yang kemaruk sangat mahu bawa masuk Adun2 katak di Melaka itu ke dalam PH untuk dicalonkan dalam PRN nanti Semua keputusan poll yang telah dibuat samada di FB twitter mahupun media2 sosial yang lain majoriti menolak kesemua...
Prn Melaka Perebutan Kuasa Ph Dan Umno Rakyat Kini Yang Susah

Prn Melaka Perebutan Kuasa Ph Dan Umno Rakyat Kini Yang Susah

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 216 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menggadaikan prinsipnya menolak mereka yang melompat parti Krisis politik Melaka berpunca daripada perebutan kuasa sesama UMNO dan ditambah pula dengan blok pembangkang Pakatan Harapan bersekongko...
Prn Melaka Ketika Pandemik

Prn Melaka Ketika Pandemik

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 135 hits
SELARAS tugas dan tanggungjawab yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan tarikh tarikh penting bagi Pilihan Raya Negeri Melaka Setelah lebih dua tahun Covid 19 melanda dunia sekali lagi Malaysia...
Bolehkah Bn Menang Prn Melaka

Bolehkah Bn Menang Prn Melaka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 200 hits
SETAKAT ini masih belum ada tanda tanda Barisan Nasional terutamanya UMNO akan mewujudkan sebarang kerjasama dengan mana mana parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka Kalau itu berlaku mungkin pada 8 November nanti kita akan...
Prn Melaka Pn Tanding Semua Kerusi Apa Pendirian Pas Soal Puad

Prn Melaka Pn Tanding Semua Kerusi Apa Pendirian Pas Soal Puad

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 286 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi berkata Bersatu kali ini sudah tentu banyak bergantung kepada jentera PAS yang lebih lama bertapak di Melaka PETALING JAYA Seorang pemimpin Umno mempersoalkan pendirian PAS selepas Perikatan Na...
Umno Sabah Sedia Bantu Parti Berdepan Prn Melaka Bung Mokhtar

Umno Sabah Sedia Bantu Parti Berdepan Prn Melaka Bung Mokhtar

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 212 hits
UMNO Sabah Sedia Bantu Parti Berdepan PRN Melaka Bung Mokhtar KOTA KINABALU 23 Okt UMNO Sabah akan menghantar jenteranya bagi membantu calon calon UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan Raya Negeri Melaka yang dijadualkan bakal diadakan pa...
Prn Melaka Zahid Di Nasihatkan Berunding Jangan Pertaruh Nasib Politik Melayu Islam

Prn Melaka Zahid Di Nasihatkan Berunding Jangan Pertaruh Nasib Politik Melayu Islam

papar berkaitan - pada 24/10/2021 - jumlah : 283 hits
SHAH ALAM Pemimpin Pas meminta Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berunding bersama semua parti Melayu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyataka...
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan