Prn Keadilan Selangor Ikrar Pertahan Sokongan Masyarakat India


 





Wakil masyarakat India dari 22 cabang KEADILAN seluruh Selangor hari ini berikrar mempertahankan sokongan masyarakat India kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.





Menurut Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat India Datuk Menteri Besar Selangor, Dr Gunaraj George, wakil wakil masyarakat India telah membincangkan beberapa strategi untuk membantu mengekalkan PH dan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkuasa di Selangor.





"Kami seluruh pimpinan 22 Cabang bersetuju menyokong penuh Datuk Seri Amirudin sebagai Menteri Besar (MB).





"Untuk PRN kami menyediakan penceramah Tamil yang akan mengadakan ceramah di kawasan masing masing. Juga program turun padang dari rumah ke rumah akan dibuat oleh anggota KEADILAN, di mana kempen ini sangat efektif dan kita perlu turun.





"Kerajaan Selangor di bawah PH selama 3 penggal ini telah membawa banyak perubahan dan semalam kita difahamkan Selangor berjaya mencapai 25% KDNK negara, di mana kerajaan Selangor di bawah Datuk Seri Amirudin menunjukkan prestasi cukup baik," katanya dalam sidang media petang tadi.





Selain itu, menurut Dr Gunaraj, 47 program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) selangor juga telah dipekenalkan dan mungkin program tersebut masih rakyat yang belum tahu.





Kempen PRN jentera PH katanya akan turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan kepada rakyat yang layak tetapi masih belum mendaftar dengan program IPR tersebut.





Beliau juga menjelaskan program Jelajah Ehsan Rakyat yang menjual bahan makanan asas dengan harga subsidi akan diteruskan sehingga keadaan kenaikan harga barang kembali seperti sediakala.





Bagi masalah khusus masyarakat India, kata Ahli Dewan Negeri Sentosa itu banyak masalah yang telah berjaya diselesaikan sepanjang 5 tahun lalu PH berkuasa.





"Sekolah Tamil contohnya, kita mendapat sokongan yang baik dari Kerajaan Negeri. Minggu hadapan sekolah Tamil dan Cina kita dapat (diumumkan) peruntukan dari Kerajaan Negeri.





"Pelajar India juga akan ditempatkan sebanyak 200 orang dari keluarga kurang kemampuan, kita akan beri bantuan asrama. Asrama telah dibina dan minggu depan MB akan umum berita baik," katanya.





Untuk gerak kerja pilihanraya pula, Dr Gunaraj berkata hal itu telah berjalan sejak Pilihan Raya Umum pada November 2022 lalu dan akan dilakukan dengan lebih mantap bagi mempertahankan negeri.





"Gerak kerja jentera di setiap cabang sebelum ini telah dimulakan. Semua cabang telah kerja keras pada PRU, sekarang Kerajaan Negeri Selangor kita perlu pertahankan.





"Pimpinan cabang sedia sokong, pastikan jentera cabang dimantapkan untuk kekalkan PH," katanya.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/prn-keadilan-selangor-ikrar-pertahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Exco Selangor Tak Pertahan Kerusi Dalam Prn

Tiga Exco Selangor Tak Pertahan Kerusi Dalam Prn

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 423 hits
MalaysiakiniTiga Exco Selangor dilaporkan tidak akan mempertahankan kerusi mereka dalam PRN akan datang bagi memberi laluan kepada muka baru dan memberi tumpuan kepada tanggungjawab lain Menurut Utusan Malaysia tiga Exco tersebut adalah Ten...
Prn Selangor Tarikh Pilihan Raya Negeri Selangor

Prn Selangor Tarikh Pilihan Raya Negeri Selangor

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 330 hits
Menteri Besar Selangor telahpun mengumumkan tarikh pembubaran DUN Selangor secara rasmi pada 23 Jun iaitu dua hari lebih awal daripada tempoh mandat dan ini bermakna Pilihan Raya Negeri Selangor mestilah diadakan dalam tempoh 60 hari setela...
Seperti Dijangka Dr M Setuju Tingkat Sokongan Kepada Pn Untuk Prn

Seperti Dijangka Dr M Setuju Tingkat Sokongan Kepada Pn Untuk Prn

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 152 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bersetuju untuk meningkatkan sokongan kepada Perikatan Nasional pada PRN 12 Ogos depan Menerusi pertemuan bersama Pengerusi PN Muhyiddin Yassin semalam mereka berdua juga ...
Prn Umno Jadi Penumpang Di Selangor

Prn Umno Jadi Penumpang Di Selangor

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 345 hits
Agihan kerusi yang sedikit diperuntukan oleh Pakatan Harapan kepada UMNO di Selangor pada Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi memberi isyarat parti itu sekadar menjadi penumpang Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Om...
Amanah Tepis Tuntutan Kerusi Ketua Pemuda Hulu Selangor

Amanah Tepis Tuntutan Kerusi Ketua Pemuda Hulu Selangor

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 276 hits
Lynelle ThamKUALA LUMPUR Kepimpinan Amanah menepis tuntutan oleh ketua Pemuda Hulu Selangor yang mahu sama ada DUN Hulu Bernam atau Batang Kali diberikan kepada parti itu sebagai pendapat peribadi Naib Presiden Adly Zahari berkata kerajaan ...
Kepala Air Di Hulu Selangor 1 Wanita Ditemui Lemas

Kepala Air Di Hulu Selangor 1 Wanita Ditemui Lemas

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 370 hits
FMT ReportersBomba masih mencari seorang lagi mangsa PETALING JAYA Seorang wanita ditemui lemas dalam kejadian kepala air di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak dekat Kuala Kubu Bharu Dalam kejadian 5 30 petang itu mangsa belum dikenal pas...
Ambil Iktibar Kejatuhan Umno Bn Di Selangor Pada 2008 Noh

Ambil Iktibar Kejatuhan Umno Bn Di Selangor Pada 2008 Noh

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 315 hits
agendaily com20 06 2023Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar menjangkakan UMNO akan kalah teruk pada PRN akan datang setelah parti itu berkawan dengan DAP Kejatuhan UMNO Barisan Nasional di Selangor pada Pilihan R...
Pn Banking On Azmin S Influence To Win In Selangor Say Analysts

Pn Banking On Azmin S Influence To Win In Selangor Say Analysts

papar berkaitan - pada 22/6/2023 - jumlah : 342 hits
Perikatan Nasional is counting on Azmin Ali to exert his influence in Selangor to enable the party to make significant inroads at the upcoming state election PETALING JAYA Perikatan Nasional is seeking to leverage on Azmin Ali s influence i...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee