Prn Johor Perang Badar Pencetus Semangat Juang Wanita Pn


agendaily.com12/2/2022
Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Ketua Wanita PN Datuk Seri Rina Harun bersama sayap wanita gabungan itu pada pelancaran Jentera Wanita PN Negeri Johor, malam tadi.

Sayap Wanita Perikatan Nasional (PN) akan menjadikan peristiwa Perang Badar sebagai pencetus semangat perjuangan, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketuanya Datuk Seri Rina Harun berkata perjuangan Wanita PN yang terdiri daripada tiga komponen utama Bersatu, PAS dan Gerakan dalam tempoh 30 hari akan datang, cukup getir untuk menghadiah kemenangan buat PN.

Oleh itu, jentera Wanita PN wajar membiarkan saja sesiapa yang mencebik kerana wanita PN mempunyai iltizam yang kuat, katanya pada Pelancaran Jentera Wanita PN Negeri Johor, malam tadi. Pelancaran disempurnakan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jentera PRN Johor bagi PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan dua Timbalan Ketua Wanita PN, Senator Nuridah Mohd Salleh serta Janice Wong Oi Foon.

“Saya rasa amat teruja melihat lebih 800 jentera wanita PN daripada Srikandi, Muslimat PAS dan Wanita Perikatan hadir memenuhi dewan dan sudah siap siaga berjuang untuk menghadapi PRN Johor tidak lama lagi.

“Sebenarnya persiapan kami menghadapi PRN dengan mendekati dan berkhidmat bakti kepada masyarakat sudah lama dilakukan bukan menjelang PRN sahaja,” katanya.

Ketua Srikandi Bersatu itu berkata:

“Jentera wanita PN perlu mengambil roh dan semangat perang Badar dalam berdepan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) yang jauh lebih ramai dalam Pilihan Raya Negeri Johor.

“Walaupun bilangan jentera Wanita PN dijangka jauh lebih kecil berbanding jentera Wanita BN, itu bukan ukuran atau penghalang untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PN.

“Jadikan peristiwa Perang Badar pada zaman Nabi Muhammad SAW sebagai pedoman. Seramai 313 tentera Islam menewaskan tentera musuh yang jauh lebih ramai.”

Memetik BH, Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, semua jentera wanita daripada tiga parti komponen PN perlu bersatu hati dan bergerak seiring sebagai satu pasukan.

Beliau berkata, wanita PN perlu membuang imej lemah, sebaliknya bersedia menunjukkan semangat juang tinggi dan bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengira masa dan waktu.

“Wanita PN kena bagi tahu suami, anak dan keluarga tempoh sebulan ini, mahu fokus kepada membantu kemenangan buat parti,” katanya.
Sebahagian anggota sayap Wanita Perikatan Nasional yang hadir pada pelancaran Jentera Wanita PN Negeri Johor, malam tadi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/prn-johor-perang-badar-pencetus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Perang Sebenar Bermula 12 Mac Ini

Prn Johor Perang Sebenar Bermula 12 Mac Ini

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 233 hits
KINI tumpuan seluruh rakyat Malaysia akan beralih kepada Pilihan Raya Negeri Johor yang akan dilaksanakan pada 12 Mac depan Pilihan raya itu akan membuka tirainya pada 26 Februari manakala tarikh mengundi awal pada 8 Mac Seramai 2 597 742 p...
2 Menteri Bersatu Masuk Umno Hanya Perang Psikologi Prn Johor Kata Hamzah

2 Menteri Bersatu Masuk Umno Hanya Perang Psikologi Prn Johor Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 279 hits
freemalaysiatoday com February 10 2022 2 06 PMHamzah Zainudin berkata perang psikologi orang politik adalah untuk kepentingan parti mereka PUTRAJAYA Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin berkata spekulasi dua menteri daripada parti itu a...
Prn Johor Warisan Umum Bakal Bertanding

Prn Johor Warisan Umum Bakal Bertanding

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 298 hits
PONTIAN Parti Warisan Sabah dijangka akan membuat keputusan untuk turut bertanding sama dalam Pilihan Raya Negeri Johor dalam tempoh beberapa hari akan datang Naib Presidennya Datuk Junz Wong berkata pihaknya telah siap melakukan kajian lap...
Parti Pejuang Dijangka Kalah Besar Di Prn Johor

Parti Pejuang Dijangka Kalah Besar Di Prn Johor

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 247 hits
PETALING JAYA Dua penganalisis meramalkan parti Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad akan tewas pada pilihan raya negeri Johor terutamanya jika parti itu bertanding bersendirian di 42 kerusi Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangs...
Prn Johor Manifesto Bn Merangkumi Setiap Peringkat Usia Kata Adham

Prn Johor Manifesto Bn Merangkumi Setiap Peringkat Usia Kata Adham

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 231 hits
Dr Adham Baba berkata fokus utama manifesto BN akan turut menyentuh penyediaan pendidikan yang lebih baik selain fokus kepada taraf hidup rakyat yang lebih baik JOHOR BAHRU Barisan Nasional akan menampilkan manifesto pilihan raya negeri Joh...
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2025 Yang Ke 68

Gara Gara Mulut Celupar Rumah Ahmad Sahroni Jadi Sasaran Amukan Rakyat Patung Iron Man Rm120 000 Turut Dijarah

Beli Putu Bambu Juriah Di Ayer Hitam

Kemalangan Maut Babitkan Jurutera Elektrik Pemandu Lori Tangki Direman

Kemerdekaan Yang Bermakna Salam Kemerdekaan 2025

Joseph Dresa Nyewa Pintu Besi Chord

Hiburan Penyanyi Wanita Jual Gambar B Gel Terdesak Nak Bayar Hutang Kad Kredit Rm300k Ditawar Rm4600 Untuk Satu Gambar

Gol Tunggal Ifedayo Lonjak Ktrw


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selidik Sebelum Kahwin Bukan Setakat Hati Tapi Juga Poket

Merdeka Dalam Jiwa

Turning Life S Transitions Into Opportunities With Trusted Estate Sales Services

Zara Qairina Amp Syamsul Haris Dua Kubur Digali Semula Demi Keadilan Tak Pernah Terjadi

Ucapan Panglima Tentera Udara Ketika Ketuai Terbang Lintas Buat Ramai Meremang

Polis Thailand Tahan Rakyat Malaysia Bawa Senjata Api Ratusan Peluru