Prn Johor Bn Lepasi 28 Kerusi Majoriti Mudah


 


JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) dijangka menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu ini dengan menguasai sekurang-kurangnya 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pelbagai isu berjaya ditangani sejak kempen bermula 26 Februari lalu.
Utusan Malaysia difahamkan parti yang paling lama memerintah negara itu dijangka mampu meraih antara 30 hingga 34 kerusi namun berdepan laluan sukar mencapai majoriti dua pertiga 38 kerusi ekoran tentangan hebat daripada parti-parti pembangkang.
Beberapa isu ‘panas’ berbangkit dalam kempen PRN Johor yang kini sudah terjawab, dipercayai menjadi faktor momentum kepada BN mendahului parti-parti pesaing menjelang pengundian Sabtu ini.
Pembukaan sempadan 1 April depan yang akhirnya merungkai persoalan kepada rakyat Johor, isu berkisar kebajikan peneroka Felda serta manifesto `air percuma’ dicetuskan parti lawan yang diperjelas kedudukan sebenar kepada pengundi, meletakkan BN sekurang-kurangnya melepasi majoriti mudah 28 kerusi.
Peratusan keluar mengundi turut menjadi penentu kemenangan – jika di bawah 70 peratus berkemungkinan memihak kepada BN khususnya UMNO yang memiliki kekuatan akar umbi.
Seorang pemimpin kanan BN berkata, pecutan akhir jentera menjawab beberapa isu peneroka Felda dan janji-janji dibangkitkan parti lawan di kawasan kelabu termasuk kepada pengundi atas pagar berjaya dilakukan dengan baik.
“Untuk BN melepasi 28 kerusi insya-Allah, (cuma) ke dua pertiga agak sukar,” kata pemimpin berkenaan semalam.
Sementara itu, berdasarkan maklumat war room (bilik perang) beberapa parti, mereka mengakui sukar memecahkan dominasi BN berikutan isu-isu yang dimainkan sepanjang kempen berkisar Pusat, sekali gus kurang menggamit perhatian masyarakat setempat.
“Sentimen atau label `kluster mahkamah’ tiada kaitan dengan calon-calon yang bertanding di Johor. Lagipun kes-kes yang dikaitkan dengan beberapa pemimpin parti sedang diuruskan perbicaraannya oleh mahkamah.
“Masyarakat dan pengundi lebih memikirkan kebajikan mereka selain kestabilan dan kemakmuran negeri,” kata sumber sebuah parti.
Dalam pada itu, difahamkan, kerusi Endau yang dimenangi BN pada PRU14 mungkin sukar dipertahankan memandangkan penyandangnya yang kemudian lompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Alwiyah Talib bertanding lagi di situ atas tiket Perikatan Nasional (PN).
“Pengaruhnya masih kuat dan disenangi pengundi. Cabaran calon BN, Mohd. Youzaimi Yusof mungkin sukar,” kata sumber.
Namun BN dipercayai merampas semula beberapa kerusi yang kalah pada 2018 antaranya Kemelah, Tenang, Tangkak, Semerah dan Kempas.
“Calon PKR, Khuzzan Abu Bakar di Semerah meraih majoriti 98 undi dalam PRU14 tetapi kali ini BN mengetengahkan calon muda dikenali ramai, Mohd. Fared Khalid yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO negeri serta peguam,” katanya.
Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) dijangka menang paling maksimum 16 kerusi dengan majoriti disumbangkan oleh kawasan kubu kuat DAP manakala dua dari Parti Amanah Negara (Amanah).
PKR yang menggunakan logo sendiri pula dijangka meraih dua kerusi, sekali gus gabungan PH dan PKR memperoleh 18 kerusi DUN.
Antara kerusi yang akan dimenangi PH adalah Jementah, Bentayang, Skudai, Senai, Johor Jaya dan Yong Peng.
“Kerusi Bukit Batu dan Pemanis pula mungkin menjadi milik PKR,” jelasnya.
Mengenai cabaran PN, tambah sumber, percubaan gabungan Bersatu, Pas dan Gerakan itu untuk menguasai kawasan kelabu khususnya kategori kerusi DUN marginal dan majoriti Melayu dijangka tidak kesampaian.
“Hanya Bukit Kepong, Gambir dan Endau ditandingi Bersatu mampu dimenangi mereka. Pas dan Gerakan sukar menang di Johor.
“Gambir dan Bukit Kepong adalah kubu kuat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.
Mengenai eksperimen julung kali Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam pilihan raya ini yang mempertaruhkan tujuh kerusi, parti pimpinan Syed Saddiq Abdul Rahman dijangka mampu membuat kejutan di Puteri Wangsa.
“Walaupun calonnya, Amira Aisya Abd Aziz dilihat masih mentah, Muda dipercayai akan mendapat undi daripada para penyokong PH,” kata sumber.
Berdasarkan pengamatan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong kepada akhbar ini Selasa lalu, beliau sendiri tidak pasti keupayaan Muda untuk menang.
“Kerana sebagai parti baharu, Muda memerlukan masa meraih sokongan, apatah lagi masih dilihat parti suasana bandar.
“Bagi Pas dan parti lain seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) pula, penglibatan mereka tidak memberi kesan kepada keputusan pilihan raya kerana bukanlah faktor besar politik di Johor,” kata Pengerusi DAP Johor itu. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/03/prn-johor-bn-lepasi-28-kerusi-majoriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Rasmi Umno Bn Menang Prn Johor Capai Majoriti Mudah

Tidak Rasmi Umno Bn Menang Prn Johor Capai Majoriti Mudah

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 190 hits
freemalaysiatoday com March 12 2022 8 54 PMPenyokong Barisan Nasional bersorak meraikan kemenangan gabungan itu di bilik gerakan BN untuk PRN Johor PETALING JAYA Barisan Nasional yang diterajui Umno memenangi PRN Johor malam ini untuk menub...
Keputusan Rasmi Prn Johor Bn Menang Di 40 Kerusi Dun Iaitu Lebih Dua Pertiga Majoriti

Keputusan Rasmi Prn Johor Bn Menang Di 40 Kerusi Dun Iaitu Lebih Dua Pertiga Majoriti

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 256 hits
JOHOR BAHRU Suruhanjaya Pilihan Raya mengesahkan Barisan Nasional memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Johor malam ini Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata jumlah pengundi yang keluar meng...
Keputusan Prn Johor Bn Kekal Mendahului Di 42 Kerusi

Keputusan Prn Johor Bn Kekal Mendahului Di 42 Kerusi

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 405 hits
JOHOR BAHRU Barisan Nasional mendahului majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Negeri Johor Menerusi keputusan tidak rasmi setakat jam 8 00 malam pada Sabtu BN dilihat mendahului sebanyak 42 daripada 56 kerusi DUN yang dip...
Pembahagian Kerusi Dan Kerjasama Ph Muda Dalam Prn Johor

Pembahagian Kerusi Dan Kerjasama Ph Muda Dalam Prn Johor

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 171 hits
KENYATAAN MEDIA PEMBAHAGIAN KERUSI DAN KERJASAMA PH MUDA DALAM PRN JOHOR 1 Pada awalnya AMANAH PKR dan DAP telah mengagihkan kesemua 56 kerusi DUN Johor di antara komponen parti parti Pakatan Harapan AMANAH diberikan 20 PKR 20 dan DAP 16 ke...
Tidak Rasmi Bn Menang Majoriti 2 3 Dalam Prn Johor

Tidak Rasmi Bn Menang Majoriti 2 3 Dalam Prn Johor

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 161 hits
PETALING JAYA Johor menyaksikan tsunami politik sekali lagi namun memihak kepada Barisan yang diterajui Umno Gabungan itu menang selesa dengan majoriti 2 3 untuk menubuhkan kerajaan negeri baharu menurut keputusan tidak rasmi Desas desus Pa...
Prn Johor Ku Li Ramal Tiada Parti Menang Majoriti

Prn Johor Ku Li Ramal Tiada Parti Menang Majoriti

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 165 hits
SHAH ALAM Di sebalik keyakinan UMNO dan Barisan Nasional bakal menang Pilihan Raya Negeri Johor esok dengan majoriti lebih dua pertiga Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah pula berpendirian berbeza dengan menjangkakan ti...
Prn Johor Warisan Boleh Perintah Johor Dengan 6 Kerusi

Prn Johor Warisan Boleh Perintah Johor Dengan 6 Kerusi

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 169 hits
Shafie Apdal minta rakyat Johor tolak kerajaan terdahulu Habis tu rakyat Johor mahu sokong siapa
Prn Johor Warisan Umumkan Parti Itu Akan Tanding Di Enam Kerusi Dun Pada 12 Mac Ini

Prn Johor Warisan Umumkan Parti Itu Akan Tanding Di Enam Kerusi Dun Pada 12 Mac Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 315 hits
JOHOR BAHRU Parti Warisan Sabah mengumumkan akan bertanding enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri Johor 12 Mac ini Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerusi akan ditandinginya adalah Pekan Nanas Bekok Mahkota Johor Jaya Bukit B...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever