Prn Dan Tanda2 Bahayanya Kepada Umno


 
Apabila Zahid Hamidi tampil membuat gesaan kepada penyokong Najib Razak agar menyokong calon-calon yang mewakili kerajaan perpaduan pada PRN akan datang ini, ia secara tidak langsung memberi gambaran memang wujud kecenderungan golongan terbabit untuk tidak memberi sokongan.

Dikatakan kecenderungan itu kian berkembangan berikutan mereka kecewa kerana UMNO dilihat tidak serius memperjuangkan pembebasan Najib.

Dalam hal ini, Zahid Hamidi, tiada sebab untuk segelintir pihak berfikiran bahawa tiada usaha-usaha dilakukan oleh UMNO untuk membela bekas Perdana Menteri itu.

Sambil menekankan soal perundangan dan pilihan raya mesti diasingkan, Zahid Hamidi mengingatkan, Najib sendiri mahu sokongan diberikan kepada kerajaan sekarang.

“Najib sendiri melalui anak-anak beliau menyatakan bahawa dukungan mesti diberikan kepada kerajaan perpaduan sekarang ini.

“Najib meminta bukan sahaja penyokong beliau tetapi juga rakyat supaya mendukung kerajaan perpaduan ini,” tambahnya lagi.

Sekiranya kecenderungan penyokong Najib yang dikatakan tidak mahu memberi sokongan itu gagal ditangani dengan sebaiknya, ini adalah petanda bahaya kedua kepada UMNO dalam menghadapi PRN pada 12 Ogos depan.

Sebelum ini, MCA dan MIC telah bersatu hati memberi petanda bahaya pertama kepada UMNO apabila sama-sama sependirian tidak mahu menyertai atau meletakkan calon pada PRN enam negeri akan datang ini.

Walaupun dilaporkan masih sedia membantu BN, MCA dan MIC sebaliknya menegaskan, keputusan itu diambil kerana mereka ingin fokus menghadapi PRU16 akan datang.

Hakikatnya, di sebalik MCA dan MIC dilaporkan memberi jaminan untuk tetap membantu calon-calon kerajaan perpaduan yang bertanding, tetapi tentulah jaminannya itu terlalu longgar untuk diyakini kerana tiada calon mereka yang turut bertanding.

Siapa nak marah jika mereka tidak turun berkempen atau jika turun pun, sekadar jalan-jalan cari makan saja?

Dengan tidak meletakkan calon dalam PRN ini, yang ternampak ialah MCA dan MIC mahu meletakkan beban kekalahan PRN ini kepada UMNO secara sendirian untuk menanggungnya.

Mungkin kerana sudah menyedari, kalau bertanding pun akan kalah, termasuk majoriti calon-calon UMNO juga dipercayai akan turut kalah, maka dengan tidak menyertai PRN akan membebaskan MCA dan MIC daripada turut sama terpalit dengan kekalahan itu.

Di waktu yang sama, selain sentimen rakyat kepada UMNO didapati masih dingin, terdapat kelompok dalam UMNO sendiri yang dikesan turut enggan berjuang dengan bersungguh-sungguh bagi memenangkan parti.

Mereka ingin menjadikan PRN ini sebagai hukuman kepada Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang bertindak memecat dan menggantung keahlian sejumlah pemimpin yang dipercayai boleh menggugat kedudukannya pada pemilihan UMNO yang lalu.

Kalau dibiarkan dan ia berkembang, perkara ini akan menjadi petanda bahaya ketiga kepada UMNO dalam PRN nanti.

Dalam erti kata lain, selain PRN nanti merupakan referendum tidak rasmi kepada Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri, ia juga merupakan “titian silatul mustakim” kepada kedudukan Zahid Hamidi.

Jika keputusan buruk diterima UMNO pada PRN nanti, Zahid Hamidi pasti akan menerima tekanan lebih kuat, baik atas kedudukannya sebagai Presiden UMNO atau sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan yang diterajui Anwar yang dilihat berdegar-degar melawan rasuah, tapi timbalannya sendiri masih berulang alik ke mahkamah.

Yang nyata, PRN ini akan menjadi penentuan sama ada keberadaan Zahid Hamjdi diterima oleh pengundi atau sebaliknya.

Melihatkan sentimen di lapangan ketika ini, UMNO benar-benar dilihat dalam bahaya dan sungguh kritikal untuk memenangi kerusi yang munasabah.

Daripada 245 kerusi yang dipertandingkan dalam PRN nanti, BN dilaporkan akan bertanding sekitar 110 kerusi atau 45 peratus daripadanya, soalnya – dengan pukulan demi pukulan datang menimpa ini, berapa kerusikah mampu dimenangi UMNO? – ShahbudinHusin 07/07/2023.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/prn-dan-tanda2-bahayanya-kepada-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Umno Jadi Penumpang Di Selangor

Prn Umno Jadi Penumpang Di Selangor

papar berkaitan - pada 24/6/2023 - jumlah : 152 hits
Agihan kerusi yang sedikit diperuntukan oleh Pakatan Harapan kepada UMNO di Selangor pada Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi memberi isyarat parti itu sekadar menjadi penumpang Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Om...
Benarkah Prn Kali Ini Umno Bakal Tertiarap

Benarkah Prn Kali Ini Umno Bakal Tertiarap

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 177 hits
Shahbudin Husin PRN DAN TANDA2 BAHAYANYA KEPADA UMNOApabila Zahid Hamidi tampil membuat gesaan kepada penyokong Najib Razak agar menyokong calon calon yang mewakili kerajaan perpaduan pada PRN akan datang ini ia secara tidak langsung member...
Prn Pulau Pinang Dap Sah Tanding 19 Kerusi Dun Umno Hanya 6 Kerusi

Prn Pulau Pinang Dap Sah Tanding 19 Kerusi Dun Umno Hanya 6 Kerusi

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 179 hits
agendaily com12 07 2023Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata tiada masalah beri jawatan kepada UMNO jika calon mereka menang PRN nanti Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang menyaksikan UMNO hanya akan bertanding enam kerusi Dewan Undan...
Umno Johor Adakan Konvensyen Selepas Prn

Umno Johor Adakan Konvensyen Selepas Prn

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 147 hits
Ketua Umno Johor Khaled Nordin berkata konvensyen peringkat negeri itu dijangka diadakan selepas PRN enam negeri selesai JOHOR BAHRU Umno Johor akan mengadakan konvensyen bagi memastikan isu pembangunan dan kemajuan di Johor dapat dijayakan...
Najib Rm114 Juta Dirampas Milik Umno Bukan Saya

Najib Rm114 Juta Dirampas Milik Umno Bukan Saya

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 120 hits
FMT ReportersKUALA LUMPUR Bekas Presiden Umno Najib Razak berkata dia diamanahkan dengan RM114 juta oleh parti itu untuk digunakan dalam PRU pada 2018 dan menegaskan amaun itu bukan sebahagian daripada asetnya Dalam jawapan kepada permohona...
I Won T Entertain Khairy S Criticisms Says Umno Veep

I Won T Entertain Khairy S Criticisms Says Umno Veep

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 284 hits
Umno vice president Khaled Nordin says the party should not expect Khairy Jamaluddin to sing praises about them PETALING JAYA Umno vice president Khaled Nordin said he would no longer entertain comments by Khairy Jamaluddin saying the forme...
Umno Gelap Atau Terang Bukan Lagi Urusan Khairy

Umno Gelap Atau Terang Bukan Lagi Urusan Khairy

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 191 hits
Sama ada UMNO gelap atau terang pasti sekali ia bukan urusan Khairy Jamaluddin lagi Sama ada UMNO tidak jumpa cahaya dihujung terowong pun bukan urusan Khairy lagi Namun seolah olah ada tugasan yang perlu dilaksanakan atau misi arahan pihak...
Alleged Klia Corruption Umno Youth Told Not To Let Things Go

Alleged Klia Corruption Umno Youth Told Not To Let Things Go

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 179 hits
MCA Youth has reminded Umno Youth that it is their responsibility to address abuse of power such as the corruption allegations regarding Immigration Department officers at the Kuala Lumpur International Airport The wing warned its BN peers ...
Kota Kinabalu Umno Leaders Claim Corruption In Party Poll

Kota Kinabalu Umno Leaders Claim Corruption In Party Poll

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 345 hits
A group of Kota Kinabalu division Umno leaders and members suspect an element of corruption in a recent party election here Parti Warisan Sabah dissident Zulfikar Zulkifli representing the division s branch leaders at a press conference in ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp