Prkrantau Maruah Umno Survival Ph


PILIHAN Raya Kecil Rantau pada 13 April ini amat penting kepada Barisan Nasional ( BN) khususnya UMNO dalam membangkitkan martabat dan maruah parti yang difitnah pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei tahun lalu.
Kemenangan BN di Rantau adalah manifestasi penolakan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PH) yang tidak menunaikan janji di samping menarik balik segala bantuan dan kemudahan untuk golongan yang memerlukan.
Sikap menaburkan janji kosong PH membuat rakyat naik mual apatah lagi sikap pemimpin mereka yang gemar menyalah orang lain.
Mereka seolah-olah hilang tujuan termasuk tiada dasar baharu yang konkrit membangunkan negara.
Anggota Kabinet yang lemah dan tidak berwibawa menyebabkan usaha memperkenalkan dasar mendapat tentangan rakyat malah dasar itu ‘lebih kepada kulit dan bukan isinya’.
Tambahan pula ada beberapa pemimpin PH yang menipu sijil kelayakan akademik mereka.
MOMENTUM KEMENANGAN


Dalam PRK kali ini, BN mencalonkan semula Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden UMNO manakala calon PH adalah Dr. S. Streram. Beliau daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Momentum kemenangan BN bermula di PRK Cameron Highlands dan seterusnya di Semenyih. Sudah tentu jentera BN akan bekerja keras untuk memastikan BN terus mendapat kemenangan berturut-turut.
Setakat ini, jentera kedua-dua pihak sudah mula bergerak di mana BN diterajui sendiri oleh Tok Mat manakala PH diketuai oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelbagai ceramah umum diadakan oleh BN dan PH di Rantau sejak dua minggu lalu yang secara langsung mengajak pengundi memilih calon mereka.
Tok Mat yang juga ADUN Rantau sejak tiga penggal telah membuka command centre dan menggerakkan jentera cawangan di Bahagian Rembau yang disifatkan sebagai ‘orang pangkal’ yang bertanggungjawab memulakan langkah dan membantu pasukan negeri atau bahagian angkat.
Kerjasama antara UMNO-Pas akan memberikan kelebihan kepada BN berikutan apa yang dipaparkan di Cameron Highlands dan Semenyih. Ini yang merisaukan PH dan menjadi mimpi buruk kepada DAP, parti komponen PH.
Selain itu, sebagai bekas Menteri Besar, Tok Mat telah banyak membantu rakyat Negeri Sembilan khususnya dan Rantau khasnya termasuk isu tanah dan tempat beribadat kaum India.
Bagi PH terutama Anwar, mereka pasti mahu menang selepas calon DAP dan PPBM gagal di Cameron Highlands dan Semenyih.
Anwar tentu mahu calon pilihannya menang bagi memapar beliau berwibawa dan mampu mengambilalih sebagai Perdana Menteri ke-8 daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad.
TAKTIK LICIK
Malah Anwar menyatakan hasratnya berkampung di Rantau untuk membongkar segala kelemahan dan kebobrokan BN.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna BN atau UMNO memandang rendah terhadap kemampuan PH, terutama menggunakan taktik licik dan mengelirukan pengundi.
Jentera pilihan raya UMNO perlu berhati-hati dalam gerak kerjanya. Paling penting ialah meyakinkan pengundi bahawa kerajaan baru ini tidak mampu menunaikan permintaan rakyat berbanding kerajaan BN sebelum ini.
Perha­tian rakyat juga harus dialih­kan dari­pada dakyah politik PH yang secara terus-menerus menyalahkan kerajaan BN sebagai helah untuk menutup kepincangannya sendiri.
Kenaikan harga barang, kemerosotan nilai ringgit, kehilangan aset negara, rancangan menjual aset rakyat dan kelemahan pentadbiran ekonomi perlu menyedarkan rakyat bahawa PH hanya menyandar politik tangkap muat serta rapuh.
Dengan menggunakan secara berterusan isu 1MDB, menyalahkan #bossku, sebenarnya tiada kerja khusus dirangka untuk menyusun program membangunkan ekonomi rakyat yang resah hadapi krisis kenaikan sara hidup.
Ini terutama penurunan harga komoditi seperti minyak sawit dan getah yang diusahakan jutaan peneroka FELDA dan pekebun kecil.
Kepada siapakah rakyat dapat menyandarkan harapan? Adakah suara mereka didengari kerajaan?
Isu perbalahan kaum juga kian menjadi-jadi di bawah PH.
Merebaknya perbalahan agama, kaum serta LGBT hanya berlaku sejak PH mengambil alih Putrajaya, dan ia dilihat tidak menjanji hukuman setimpal ke atas mereka yang melakukannya.
Di Parlimen, wakil mereka lebih banyak menyuarakan isu remeh-remeh dan menyerang peribadi wakil pembangkang dan tidak sedikit pun berbahas mengenai rakyat. Inikah yang rakyat mahukan?
DISEDARKAN DARI MIMPI
Pengundi Rantau mesti terus disedarkan daripada mimpi mereka. Kedatangan Anwar bukan untuk menolong orang Rantau tetapi sekadar menonjolkan beliau calon terbaik mengganti Dr. Mahathir serta Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Azmin Ali.
Nasib orang Rantau akan terbiar dek perebutan kuasa di peringkat nasional. Selepas selesai PRK Rantau, semuanya balik ke Kuala Lumpur. Yang akan tinggal ialah Tok Mat. Bagi Tok Mat, hidup dan matinya adalah untuk orang Rantau 
kerana beliau berasal dari sana.
Percubaan untuk menukar kerajaan pada PRU-14 lalu ternyata memperosokkan mereka ke dalam dilema kehidupan yang kian kronik.
PRK Rantau akan bertindak sebagai wake up call kepada lena yang panjang ini. Ia adalah medan di antara mencari kebenaran dan pembohongan.
Rakyat sudah mulai sedar, dan adalah diharapkan mereka akan bingkas bangun memperbetulkan keadaan sebelum semuanya punah!
Bagi kita undi mesti diberikan kepada Tok Mat yang pasti bukan saja akan mewakili mereka. Malah beliau akan bersuara tentang resah gelisah terhadap pentadbiran kerajaan sepenggal yang tidak keruan.
DATUK DR. SHAMSUL ANUAR NASARAH ialah Ketua Penerangan UMNO.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/03/28/prkrantau-maruah-umno-survival-ph/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nga Stands By His Umno Pas Cooperation Equals Terrorism Remark

Nga Stands By His Umno Pas Cooperation Equals Terrorism Remark

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 165 hits
Perak DAP chief Nga Kor Ming has rebuffed Selangor PAS Youth s demand that he apologise for a recent remark that PAS Umno unity could lead to a Taliban like state What do I need to apologise for Nga said when met at the Dewan Rakyat lobby H...
Mokhtar Pas Umno Sebenarnya Tak Pernah Bermusuh

Mokhtar Pas Umno Sebenarnya Tak Pernah Bermusuh

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 294 hits
MALAYSIAKINI Sedangkan dua pihak yang bermusuh pun diajar Islam supaya disambut tangan yang menghulurkan damai apatah lagi Umno yang tidak bermusuh dengan PAS kata Ketua Ulama PAS Pahang Mokhtar Senik hari ini Kata anggota Jawatankuasa Pusa...
Akhirnya Jufazli Checkmate Meraung Seperti Pondan Ini Kata Exco Pemuda Umno

Akhirnya Jufazli Checkmate Meraung Seperti Pondan Ini Kata Exco Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 1037 hits
Baru baru ini tular facebook live aktivis lantang Jufazli Shi Ahmad ditahan polis pada jam 3 pagi di kediaman beliau Penahanan tersebut sudah pasti mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk ahli politik Tidak terkecuali seorang Exc...
Nik Nazmi Harapan Shouldn T Dance To Umno Pas Tune

Nik Nazmi Harapan Shouldn T Dance To Umno Pas Tune

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 204 hits
Pakatan Harapan should not dance to Umno and PAS tune despite the current momentum of the cooperation between the two parties Setiawangsa MP Nik Nazmi Nik Ahmad said today Recently after Harapan s defeat in and there have been demands for H...
Jamal Umno Antara Pemegang Ap Dakwa Lim Lip Eng

Jamal Umno Antara Pemegang Ap Dakwa Lim Lip Eng

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 372 hits
Jamal Umno antara pemegang AP dakwa Lim Lip EngPosted By on March 19 2019Lim Lip Eng mendakwa syarikat yang dikaitkan dengan ahli politik kontroversi Umno Jamal Yunos merupakan antara yang tersenarai dalam 128 pemegang Lesen Import baru yan...
Umno Tetap Saman 30 Wakil Rakyat Lompat Parti Kata Annuar Musa

Umno Tetap Saman 30 Wakil Rakyat Lompat Parti Kata Annuar Musa

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 385 hits
KUALA LUMPUR 19 Mac Umno tetap akan menyaman 30 bekas wakil rakyatnya yang keluar parti selepas pilihan raya umum 9 Mei kata setiausaha agung Tan Sri Annuar Musa Tan Sri Annuar Musa akan menulis kepada firma guaman untuk memfailkan permohon...
Pas Umno Adik Beradik Mana Boleh Kahwin

Pas Umno Adik Beradik Mana Boleh Kahwin

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 424 hits
KL PAS dan UMNO tidak akan berkahwin kerana kerjasama kedua dua parti itu umpama ikatan adik beradik yang diharamkan melangsungkan perkahwinan Presidennya Datuk Seri Hadi Awang berkata penggabungan PAS dan UMNO adalah haram umpama perbuatan...
Ph Kampar Lapor Bekas Ketua Pemuda Umno Wp Pada Polis

Ph Kampar Lapor Bekas Ketua Pemuda Umno Wp Pada Polis

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 296 hits
Pada 18 Mac 2019 Syed Saddiq Mohon PDRM siasat Tidak melambangkan seorang pemimpin Umno Perbezaan pendapat itu biasa jangan sampai keterlaluan katanya
It S Better To Vote One Of Our Own Kind A Day In The Life Of Umno Scarred Rantau

It S Better To Vote One Of Our Own Kind A Day In The Life Of Umno Scarred Rantau

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 367 hits
It was a very hot afternoon in Rantau yesterday Yup I went and spent the whole day there Woke up in the morning and just decided to have a look at the place It s a typical small town with rows of shophouses along the main trunk road and vil...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas