Prkp078ch Jangan Rendahkan Orang Asli Calon Bn Beritahu Parti Lawan


Hanya tinggal 3 hari lagi hari mengundi pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands, calon Barisan Nasional (BN), Ramli Mohd Noor optimis beliau mendapat sokongan kira-kira 6,000 Orang Asli di kawasan Parlimen itu.
Calon berketurunan Orang Asli itu berkata mereka letih dengan sikap lawannya yang mengandaikan komuniti itu menagih pemberian daripada kerajaan, menyifatkannya sebagai merendah-rendahkan kaumnya.
“Hormati dan hargai mereka. Mereka tak perlukan apa-apa pemberian. Adakah kamu nampak mereka meminta-minta dan merayu-rayu?
“Tidak, mereka percaya kepada semangat sukarelawan, dan itu menjelaskan kesudian mereka membantu kami pada pilihan raya kecil ini.
“Saya secara peribadi tidak percaya pada pemberian kerana ia mendekatkan kita pada rasuah. Dalam erti kata lain, ia diterjemahkan sebagai ‘tiada duit, tiada kerja’,” katanya kepada FMT.
Walaupun partinya mempunyai sumber yang terhad, katanya, beliau yakin mampu menang kerana “semangat” yang ada di sana.
“Kita pernah lihat bagaimana parti ‘hampir kalah’ menang pilihan raya lalu. Dalam hal ini, mengambil hati rakyat secara peribadi, terutama pengundi, amat penting.
“Mungkin kita tidak ada sumber secukupnya tetapi kita ada semangat untuk menang,” katanya.
Ramli, 61, adalah suku Semai dari Kuala Menson, Ringlet. Bapanya daripada suku Semai dari Cameron highlands dan ibunya suku Temiar dari Gua Musang, Kelantan yang tinggal di penempatan Orang Asli di Gombak, Selangor.
Beliau akan melawan calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran dan 2 calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong seng Yee pada PRK ini.
Ditanya mengenai calon lawan, Ramli berkata beliau “sangat menghormati” mereka dan merasakan setiap mereka menyumbang kepada rakyat dengan cara tersendiri.
Bagaimanapun, beliau percaya sebagai “anak tempatan” beliau mampu menang di sana.
“Walaupun sibuk berkhidmat dalam pasukan polis di banyak negeri, saya akan pulang ke Cameron Highlands sekiranya ada masa,” kata bekas pegawai kanan polis itu.
“Saya suka bersama kawan-kawan dan keluarga daripada suku saya.
“Hati saya di sini, dan orang Cameron Highlands mengetahuinya.”
Ramli berkata jika terpilih, beliau tidak akan berasa kekok selaku ahli Parlimen pembangkang di Parlimen yang dikuasai PH.
Rancangannya untuk Cameron Highlands, Ramli mahu menangani kebanjiran pendatang haram terutama di sektor perladangan kerana ia memerlukan “perhatian khusus”.
“Beberapa pengendali ladang dilindungi pihak berkuasa atau pihak tertentu. Kita mesti tangani masalah itu sama sekali. Ini bukan politik tapi realiti sosial.
“Untuk mencapainya, kerajaan dan pembangkang harus bekerjasama secara padu untuk membasmi masalah itu,” katanya.
Beliau juga mempunyai rancangan untuk menambah baik keadaan lalu lintas tetapi ia akan didedahkan kemudian.
Ditanya mengenai isu alam sekitar di mana pernah terjadinya beberapa insiden sebelum ini, Ramli berkata usaha sedang dijalankan untuk melindungi alam sekitar oleh kerajaan BN sebelum ini.
Beliau mengakui masalah “pencerobohan alam sekitar” sering berlaku di Cameron Highlands tetapi beliau akan menghuraikan masalah itu dengan lebih lanjut pada masa akan datang.
Ramli merupakan satu-satunya Orang Asli yang memegang jawatan tertinggi dalam pasukan polis, yang bersara sebagai asisten komisioner selepas 34 tahun berkhidmat.
Jawatan terakhirnya ialah Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Beliau dilatih di Quantico, akademi kebangsaan Biro Penyiasatan Persekutuan AS.
Dari segi pencapaian akademik, beliau lulus dengan kepujian kelas pertama dalam Pengajian Perniagaan dari University of East London dan mengikuti bidang kedoktorannya dalam bidang yang sama.
FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/01/23/prkp078ch-jangan-rendahkan-orang-asli-calon-bn-beritahu-parti-lawan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Tertipu Ini Beda Tabung Gas Elpiji Asli Dan Oplosan

Jangan Tertipu Ini Beda Tabung Gas Elpiji Asli Dan Oplosan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 225 hits
Unit Manager Communication dan CSR Pertamina MOR III Dewi Sri Utami mengimbau masyarakat lebih cerdas dalam setiap membeli LPG oplosan dapat dilihat dari plastik penutup tabung
Jika Menang Calon Bn Akan Jadi Ahli Parlimen Orang Asli Pertama

Jika Menang Calon Bn Akan Jadi Ahli Parlimen Orang Asli Pertama

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 348 hits
Astro Awani Mohamad yakin BN mampu mengekalkan kerusi Parlimen Cameron Highlands walaupun tidak lagi meletakkan calon daripada MIC Gambar fail TANAH RATA Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands akan menjadi Orang As...
Prk Cameron Highlands Selepas Calon Dap Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Pakatan Harapan Ugut Tok Batin Pula

Prk Cameron Highlands Selepas Calon Dap Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Pakatan Harapan Ugut Tok Batin Pula

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 641 hits
Selepas Manogaran Hina Orang Asli Dan Melayu Kini Taktik Ugut Digunakan PH Calon DAP M Manogaran yang bersikap rasis apabila melabelkan Orang Asli sebagai Kuih yang tidak akan di beli Orang Melayu kini Pakatan Harapan mula menggugut Tok Bat...
Spr Minta Tegur Calon Ph Pakai Baju Logo Parti Masuk Pusat Mengundi

Spr Minta Tegur Calon Ph Pakai Baju Logo Parti Masuk Pusat Mengundi

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 330 hits
Pihak pemantau pilihan raya diminta menegur calon Pakatan Harapan M Manogaran dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands pagi ini jika dilihat memakai pakaian mempunyai logo parti Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun berkat...
Bn Letakkan Calon Orang Asli Tanding Di Cameron Highlands

Bn Letakkan Calon Orang Asli Tanding Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 612 hits
LIPIS Tidak sampai 24 jam lagi teka teki siapa calon Barisan Nasional yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands akan terjawab apabila pengumuman berhubung perkara itu dijadual akan dilakukan di ibu negara esok...
Prkch Kami Nak Beritahu Datuk Najib Kami Akan Undi Calon Bn Pengundi Cameron Highlands

Prkch Kami Nak Beritahu Datuk Najib Kami Akan Undi Calon Bn Pengundi Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 385 hits
Walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak bukan lagi Perdana Menteri namun masih ramai yang begitu teruja untuk bertemunya apabila mengetahui beliau akan turun berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands Ternyata aura Najib masih terlalu ...
Orang Melayu Tak Beli Kuih Orang Asli Prk C Highlands Calon Ph

Orang Melayu Tak Beli Kuih Orang Asli Prk C Highlands Calon Ph

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 412 hits
Orang Asli Camern Highland KUALA LUMPUR 9 Jan Calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands M Manogaran yakin Barisan Nasional tidak akan dapat mengekalkan kerusi itu walaupun sekiranya meletakkan calon dalam kalangan Oran...
Jangan Sampai Dibeli Ph Pesan Bn Pada Orang Asli

Jangan Sampai Dibeli Ph Pesan Bn Pada Orang Asli

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 283 hits
Diterbitkan Hari ini 9 02 pagiPRK CAMERON Anggota Majlis Tertinggi Umno Noh Omar mengingatkan pengundi Orang Asli berkenaan taktik yang mungkin digunakan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk mendapatkan undi mereka Berucap dalam acara di kub...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Send Unlimited Emails With 100 Delivery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh