Prkkimanis Kimanis Tak Semudah Sandakan Buat Ph Kata Penganalisis




Penganalisis politik meramalkan berlaku pertarungan sengit antara pembangkang dan kerajaan pimpinan Warisan pada pilihan raya kecil (PRK) Kimanis, berbanding PRK Sandakan yang menyaksikan kemenangan besar Pakatan Harapan (PH) pada Mei lalu.
Lee Kuok Tiung, pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), berkata walaupun sesetengah parti seperti PBS dan SAPP masih belum memutuskan untuk bertanding, namun perpaduan antara parti pembangkang di negeri itu dilihat meningkat.
“Selepas satu setengah tahun, rakyat dapat melihat prestasi kerajaan hari ini. Sesetengah mereka mungkin gembira, namun ada yang merasakannya lebih teruk.
“Agak mencabar untuk Warisan-PH-Upko menjanjikan kepada pengundi bahawa mereka akan atau boleh melakukan lebih baik. Ia akan menjadi tugas berat buat mereka untuk menang,” katanya kepada FMT.
Pada PRU14, Stephen Wong daripada DAP memenangi kerusi Sandakan dengan majoriti lebih 10,000 undi, namun beliau meninggal dunia pada 28 Mac lalu akibat serangan jantung.
Anak perempuan mendiang, Vivian Wong kemudian bertanding dalam PRK Parlimen itu dan memenanginya dengan majoriti lebih besar iaitu sebanyak 11,521 undi.
Kerusi Kimanis dikosongkan selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya bahawa kemenangan Anifah Aman dalam PRU14 tidak sah.
Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin mengesahkan Barisan Nasional (BN) akan mempertahankan Kimanis, yang merupakan kubu kuat Umno, manakala Presiden Warisan Shafie Apdal membayangkan partinya akan bersaing untuk kerusi itu.
Menurut Lee, BN mempunyai peluang cerah berdasarkan kemenangan besar dalam PRK Tanjung Piai baru-baru ini.
“PRK Kimanis akan menjadi kayu pengukur sokongan pengundi terhadap Warisan dan PH di Sabah, dan di Malaysia Timur pada umumnya,” katanya.
Sementara itu, pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tony Paridi Bagang bersetuju PRK Kimanis akan memperlihatkan trend terkini sokongan pengundi kepada kerajaan negeri, namun keputusannya nanti tidak akan sama dengan apa yang berlaku dalam PRK Tanjung Piai.
“Dinamik politik di Semenanjung tidak sama (seperti di Sabah),” katanya.
Beliau bagaimanapun mengakui kemenangan BN dalam PRK baru-baru ini dapat meningkatkan semangat pengundi-pengundi di Sabah.
“Persoalannya, adakah BN Sabah sama seperti sebelumnya, kerana semua parti komponen tempatan meninggalkan gabungan itu selepas PRU14?”
Beliau berkata pihak yang bertanding berkemungkinan memainkan isu Perjanjian Malaysia 1963 dan royalti minyak.
“Tetapi pihak pembangkang mungkin mempunyai artileri tambahan kerana mereka boleh memanfaatkan isu Pas Sementara Sabah (PSS),” katanya, merujuk kepada dokumen yang akan dikeluarkan kepada warga asing mulai Jun depan.
Pilihan calon parti juga penting, katanya.
“Sekiranya terdapat pertarungan lebih daripada 2 pihak, kita akan dapat melihat perpecahan dalam kalangan pengundi Bumiputera Islam.
“Pengundi Bumiputera bukan Islam, khususnya Kadazandusun Murut, mungkin menterjemahkan undi mereka sebagai undi protes, memandangkan sentimen terhadap pendatang tanpa izin dan isu PSS,” ujarnya.
Sama ada Anifah akan mempertahankan kerusi yang didudukinya selama 3 penggal sejak 2004, adalah faktor lain untuk dipertimbangkan, katanya.
“Persoalan pertama ialah, adakah dia bertanding? Kedua, adakah dia akan bertanding sebagai bebas atau melalui salah satu parti pembangkang, sudah tentu selain daripada UMNO!”
FMT




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/12/04/prkkimanis-kimanis-tak-semudah-sandakan-buat-ph-kata-penganalisis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepimpinan Anwar Diragui Selepas Adegan Buruk Kongres Pkr Kata Penganalisis

Kepimpinan Anwar Diragui Selepas Adegan Buruk Kongres Pkr Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 343 hits
Kongres Nasional PKR melabuhkan tirainya hujung minggu lalu di Melaka tetapi jelas perpecahan berlaku apabila presiden parti itu Anwar Ibrahim dan timbalannya Mohamed Azmin Ali tidak bersama pada hari terakhir kongres Semasa kongres ramai p...
Segera Rombak Kabinet Kata Penganalisis Politik

Segera Rombak Kabinet Kata Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 551 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu segera melakukan rombakan Kabinet bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan Penganalisis politik dari Kolej Undang undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Univer...
Kemelut Pkr Boleh Halang Anwar Jadi Pm Kata Penganalisis

Kemelut Pkr Boleh Halang Anwar Jadi Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 347 hits
PETALING JAYA Dua penganalisis mengingatkan bahawa peluang presiden PKR Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri berdepan risiko berikutan perbalahan terbuka antara penyokong beliau dengan penyokong timbalan presiden parti itu Mohamed...
Bersatu Mahu Letak Calon Di Kimanis Terserah Kata Shafie

Bersatu Mahu Letak Calon Di Kimanis Terserah Kata Shafie

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 533 hits
Apa yang lebih penting calon terbabit mampu menang kata ketua menteri Sabah
Kehilangan Baru Beri Isyarat Negatif Kestabilan Pkr Kata Penganalisis

Kehilangan Baru Beri Isyarat Negatif Kestabilan Pkr Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 325 hits
November 24 2019Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian PETALING JAYA Ketiadaan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian pada konvensyen parti itu di Miri semalam memberi isyarat negatif mengenai kestabilan parti kata penganalisis politik Azmi Hassan dari U...
Prkkimanis Umno Umum Bertanding Di Kimanis

Prkkimanis Umno Umum Bertanding Di Kimanis

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 372 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan partinya akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Parlimen Kimanis selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan kemenangan bekas menteri Anifah Aman pada pilihan raya umum ke 14 lalu Ki...
Speaker Boleh Bertindak Ke Atas Ahli Parlimen Enggan Isytihar Harta Kata Latheefa

Speaker Boleh Bertindak Ke Atas Ahli Parlimen Enggan Isytihar Harta Kata Latheefa

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 318 hits
Speaker boleh bertindak ke atas ahli Parlimen enggan isytihar harta kata Latheefa nbsp
Mengapa Aku Kata Jalur Gemilang Berbucu 5 Itu Sengaja Dibuat

Mengapa Aku Kata Jalur Gemilang Berbucu 5 Itu Sengaja Dibuat

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 953 hits
Foto Infografik Jalur GemilangPada umumnya bendera Malaysia atau nama khasnya Jalur Gemilang boleh dilihat dan didapati dengan sangat mudah dalam carian internet google misalnya Mustahil untuk sesiapa pun akan terlepas pandang tentang perka...
Kata Cut Tari Jelang Pernikahannya Dengan Richard Kevin Doain Yang Terbaik

Kata Cut Tari Jelang Pernikahannya Dengan Richard Kevin Doain Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 342 hits
Sebentar lagi Cut Tari akan melepas masa jandanya dengan seorang pria tampan bernama Richard Kevin Mereka dikabarkan akan menikah 12 Desember 2019 mendatang
Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia

Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb

Hajiji S Strategic Moves Reshape Sabah S Politics In 2024 A Year Of Political And Infrastructure Transformation

5 Pelajaran Berharga Daripada Surah Al Mulk

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep