Prk Slim River Warga Felda Tuntut Janji Lama Kerajaan


PRK Slim River : Warga Felda Tuntut Janji Lama Kerajaan | Peneroka Felda Trolak Utara menggesa kerajaan persekutuan supaya menunaikan janji-janji yang dibuat sebelum ini termasuk projek perumahan generasi kedua, bantuan tabung penanaman semula, tabung khairat kematian serta menambah baik kemudahan-kemudahan asas di kawasan mereka

Tinjauan Malaysiakini di Felda Trolak Utara baru-baru ini mendapati bahawa kawasan penempatan semula yang ditubuhkan pada awal 70-an itu masih mempunyai kekurangan kemudahan asas seperti ketiadaan lampu jalan dan sering dinaiki banjir

Terletak sejauh 21 kilometer dari pekan Slim River, kawasan ini yang mempunyai sebanyak 2,636 pengundi kini dilabel oleh penduduk setempat sebagai "kembali hidup" dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini

"Kalau sebelum ini Trolak Utara sangat sunyi. Cuma pekan Trolak Utara (kawasan deretan kedai) akan ada orang. Tetapi, sekarang kita boleh nampak banyak pemimpin, agensi kerajaan masuk ke sini

PRK Slim River : Warga Felda Tuntut Janji Lama Kerajaan 
"Nampaknya, Trolak Utara 'kembali hidup' kerana PRK Slim," kata Masri Salleh, seorang peneroka generasi pertama dari Felda Trolak Utara

Memperkenalkan dirinya sebagai Pengerusi Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia cawangan Felda Trolak Utara, Masri yang kini berusia 70 tahun, menyatakan rasa tidak puas hati dengan beberapa janji sebelum ini yang menurutnya tidak ditunaikan

Masri juga mendakwa Felda menjadi 'tenat' selepas Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) diperkenalkan oleh bekas perdana menteri Najib Abdul Razak

"Saya masuk ke sini pada bulan Disember 1972. Setahu saya Felda beroperasi dengan baik sehingga (bekas perdana menteri) Najib Razak memperkenalkan FGV

"Apabila Najib tubuhkan FGV ramai peneroka tidak setuju untuk menyerahkan tanahnya. Ini kerana Felda ketika itu sangat selesa. Peneroka boleh dikatakan hidup dalam keadaan sederhana

"Tetapi, apabila peneroka tidak setuju, maka kami diberikan kononnya wang 'bonus' daripada Felda sebanyak RM15,000. Jadi, ramai nak RM15,000 itu dan bersetuju untuk memberi tanah miliknya kepada FGV

"Akhirnya Felda dalam keadaan tenat," katanya

Tambahnya, peneroka juga ditawarkan RM3,000 dalam bentuk saham (800 unit) dengan janji tidak perlu bayar balik

"Tapi, sekarang ini peneroka terpaksa menanggung hutang setiap bulan untuk membayar wang pinjaman saham itu," katanya lagi

FGV adalah sebuah syarikat pertanian dan komoditi pertanian global Malaysia ditubuhkan pada tahun 2017 dan merupakan anak syarikat milik penuh Felda

Namun, FGV dikritik hebat selepas terlibat dengan beberapa kontroversi dan skandal yang melibatkan pengurusan, kakitangan, dan warga kerjanya

Saham FGV yang pada mulanya dijual pada harga RM3.80 seunit, tetapi menjunam lebih kurang RM1.20 seunit sahaja

PRK Slim River : Warga Felda Tuntut Janji Lama Kerajaan 
Tak dapat jual saham
Peneroka juga merungut bahawa mereka tidak dapat menjual saham selepas mendakwa hanya boleh menjual satu lot (satu lot sama dengan 1,000 unit) sedangkan peneroka mempunyai 800 unit sahaja

Menurut Masri lagi, sebanyak 74 peneroka di Felda Trolak Utara yang mengusahakan sendiri tanah tidak mendapat sebarang bantuan daripada Tabung Penanaman Semula

"Tabung Penanaman Semula ini adalah untuk membeli benih, menanam semula, membeli baja dan sebagainya

"Tapi, bila kita membuat permohonan dengan Felda, mereka kata kena tunggu selepas empat tahun? Mengapa ini berlaku? Kenapa perlu menunggu empat tahun?" soalnya

"Tabung itu adalah wang peneroka. Itu adalah hak peneroka. Wang pendapatan peneroka disimpan setiap bulan dijadikan modal membiayai untuk penanaman semula. Jadi, apa terjadi dengan wang itu," tambahnya lagi

Selain itu, Masri juga memberitahu bahawa peneroka Felda Trolak Utara menghadapi kesukaran menerima wang Tabung Khairat Kematian

"Setiap peneroka meninggal dunia, warisnya diberi RM10,000. Selepas memberitahu kematian, (cuma) dibayar RM3,000, dan bakinya RM7,000 akan dibayar kemudian. Tapi, apa yang sekarang ini bila berlaku kematian wang ini tidak ada

"Bila kita telefon pengurus tabung ini, kami diberitahu bahawa Felda tidak ada wang tunai. Kami ada enam atau tujuh keluarga di sini, warisnya belum menerima bakinya selepas menunggu beberapa bulan," katanya

Rumah Generasi Kedua masih tidak dibina
Sementara itu, seorang warga Felda generasi kedua berkata isu perumahan generasi kedua masih satu isu penting di sini

"Rumah generasi kedua dilaungkan sejak tahun 2004. Kalau tak silap saya sehingga sekarang peneroka Trolak Utara tak nampak bayang di mana rumah generasi kedua

"Saya menuntutkan hak rumah generasi kedua sekurang-kurangnya beri tapak kepada kami atau pun Felda bangunkan rumah generasi kedua dan boleh menjual rumah kepada generasi kedua dengan harga mampu beli," kata Anuar Sidek Zakaria

PRK Slim River : Warga Felda Tuntut Janji Lama Kerajaan 
Berusia 50 tahun, Anuar yang merupakan ayah kepada empat anak itu berkata bahawa Rumah Bestari yang dipromosikan oleh kerajaan tidak mampu dibeli oleh peneroka atau warga Felda

"Sedangkan kita bekerja sektor perladangan kita tahu kita bukan bawah B40, lebih teruk daripada B40. Dan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan untuk B40 saya tidak setuju

"Rumah Bestari yang dikatakan memang tak mampu dibeli oleh golongan-golongan yang berpendapatan bawah RM2,000 ini dan apa yang dibuat oleh kerajaan adalah untuk orang berada sahaja

"Kami generasi kedua duduk di Felda tak dapat apa-apa. Dah hampir 43 tahun saya tak nampak apa-apa perubahan di Trolak Utara ini sama sahaja

"Rumah yang dibuat hasil peneroka sendiri bukannya daripada Felda bagi," tegasnya lagi

Manakala, rakan Anuar, Abd Malik, 37, memberitahu bahawa generasi kedua Felda mula berhijrah ke kawasan bandar kerana tiada peluang pekerjaan di Felda

Menurut Abd Malik, ramai pemuda dan warga Felda mula keluar dari Felda kerana pendapatan yang rendah

"Saya 10 adik beradik di keluarga saya. Kini cuma saya dan adik saya tinggal dengan emak saya di sini. Yang lain, dah kahwin itu semua dah ada rumah di luar

"Walaupun ada tanah, tetapi tidak ada peluang untuk berjaya,' katanya

"Selain itu, kemudahan asas masih tidak mencukupi. Taman permainan sudah rosak. Jalan raya tidak ada lampu. Sering dinaiki banjir

"Saya harap, kalau boleh wakil rakyat baru selesaikan janji-janji ini dibuat sebelum ini," tambahnya.





Berminat beriklan di web Addin?Klik link di bawah:-http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2020/08/prk-slim-river-warga-felda-tuntut-janji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Slim River Bn Salah Guna Sekolah Untuk Berkempen

Prk Slim River Bn Salah Guna Sekolah Untuk Berkempen

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 293 hits
PRK Slim River BN Salah Guna Sekolah Untuk Berkempen Kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Slim yang masuk hari ketiga menyaksikan pengerusi Umno Perak Saarani Mohammad berkempen bagi pihak calon BN Mohd Zaidi Aziz dalam satu majl...
Dr Mahathir Memperlekehkan Peneroka Felda Dalam Ceramah Kempen Prk Slim

Dr Mahathir Memperlekehkan Peneroka Felda Dalam Ceramah Kempen Prk Slim

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 356 hits
Dalam ceramah kempen PRK Slim pada hari Khamis lepas dalam program sepetang bersama Tun Dr Mahathir di Pusat Bandar Felda Gunung Besout 3 Dr Mahathir sekali lagi memperlekehkan masyarakat peneroka Felda dengan menganggap masyarakat peneroka...
Wakil Calon Bebas Prk Slim Buat Laporan Polis

Wakil Calon Bebas Prk Slim Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 352 hits
15 total views 15 views today TANJUNG MALIM Seorang wakil kepada calon Bebas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim hari ini membuat laporan polis berkaitan sebuah pameran kerjaya yang berlangsung di kawasan itu semalam Amirul Fairuz...
Kesan Prk Slim Kepada Politik

Kesan Prk Slim Kepada Politik

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 330 hits
Kawasan Dewan Undangan Negeri Slim yang terletak dalam kawasan Parlimen Tanjung Malim Perak menjadi tumpuan selepas pemergian penyandangnya Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib daripada Barisan Nasional pada 15 Julai lalu Keunikannya...
Perang Poster Bendera Kurang Menyengat Di Prk Slim

Perang Poster Bendera Kurang Menyengat Di Prk Slim

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 310 hits
TANJUNG MALIM Bila sebut kempen pilihan raya ramai pasti membayangkan perang poster dan bendera yang cukup meriah menghiasi kawasan sekeliling Namun suasana pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim kelihatan agak suam suam kuku wa...
Prk Slim Adalah Pertandingan Antara Mentor Dan Protege

Prk Slim Adalah Pertandingan Antara Mentor Dan Protege

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 276 hits
Sepanjang 5 hari mengikuti pergerakan calon BN Saudara Mohd Zaidi Aziz bolehlah saya katakan ia adalah pertandingan adik abang Mohd Zaidi Aziz adalah abang dan mentor kepada calon bebas lambang pokok no 1 yang boleh disebut sebagai protege ...
Prk Slim Jentera Bersatu Bantu Kempen Calon Bn

Prk Slim Jentera Bersatu Bantu Kempen Calon Bn

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 307 hits
TAPAH Jentera parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia bergerak seiring bagi membantu perjalanan kempen calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Fa
Prk Slim 267 Anggota Polis Mengundi Awal Esok

Prk Slim 267 Anggota Polis Mengundi Awal Esok

papar berkaitan - pada 24/8/2020 - jumlah : 373 hits
TANJUNG MALIM Seramai 267 anggota polis akan mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim esok Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Ikmalrudin Ishak berkata kesemua pengundi awal itu akan menunaikan tanggungjawab mereka d...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun