Prk Kkb Belum Muktamad Kata Dap Selangor Berkait Spekulasi Letak Calon Wanita Melayu


 
Ng Sze Han berkata DAP dan parti dalam kerajaan perpaduan telah bersedia berdepan PRK Kuala Kubu Baharu.PETALING JAYA: DAP Selangor masih belum memutuskan senarai pendek calonnya untuk mewakili Pakatan Harapan (PH) pada PRK Kuala Kubu Baharu di sebalik khabar angin mengatakannya bakal menampilkan seorang wanita Melayu.
“Belum muktamad,” kata Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han kepada FMT mengulas spekulasi itu.
Sumber memaklumkan FMT, wanita yang memegang jawatan ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor itu antara calon berpotensi bakal diketengahkan DAP pada PRK diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.
Pada PRN Ogos tahun lalu, Lee dari DAP yang mewakili kawasan itu sejak 2013 menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.
DUN Kuala Kubu Baharu yang terletak di bawah Parlimen Hulu Selangor merangkumi 46% pengundi Melayu diikuti Cina (30%), India (18%) and lain-lain (5%).
Parlimen Hulu Selangor dikuasai PN pada PRU15 yang turut menawan DUN Hulu Bernam dan Batang Kali.
Mengulas sama ada jumlah pengundi Melayu yang ramai akan menjadi faktor DAP mempertimbangkan meletakkan calon Melayu, Ng berkata: “Semua wakil rakyat kerajaan perpaduan mewakili seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, begitu juga calon bakal bertanding.”
Beliau yang juga exco Selangor berkata DAP dan parti dalam kerajaan perpaduan telah bersedia berdepan PRK itu.
Sementara itu, Naib Ketua Wanita PH Juwairiya Zulkifli berharap calon wanita terus dikekalkan mewakili gabungan itu pada PRK terbabit bagi meneruskan kesinambungan perjuangan Lee.
“Saya secara peribadi sokong calon wanita dikekalkan untuk terus perjuangan Lee.
“Kita akan cadang kepada pucuk pimpinan tetapi terpulang kepada DAP kerana mereka yang bertanding dan mewakili PH di kerusi itu,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/03/prk-kkb-belum-muktamad-kata-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalah Teruk Tapi Umno Selangor Belum Celik Mata Kata Tengku Zafrul

Kalah Teruk Tapi Umno Selangor Belum Celik Mata Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 7/4/2024 - jumlah : 184 hits
freemalaysiatoday com 06 Apr 2024Tengku Zafrul Aziz dakwa tiada usaha gigih dibuat Umno Selangor untuk menguatkan kedudukannya selepas prestasi teruk PRN Tengku Zafrul Aziz berkata beliau pernah mencadangkan beberapa langkah untuk mengembal...
Teo Potential Candidates From Dap Women Named For Kkb By Election

Teo Potential Candidates From Dap Women Named For Kkb By Election

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 227 hits
Several DAP women s wing members have been named as potential candidates to represent Pakatan Harapan in the upcoming Kuala Kubu Baharu by election on May 11 DAP Women chief Teo Nie Ching said the final decision on the candidate will be det...
Umno Dalam Situasi Sukar Berkait Isu Stoking Kalimah Allah Kata Zaid

Umno Dalam Situasi Sukar Berkait Isu Stoking Kalimah Allah Kata Zaid

papar berkaitan - pada 4/4/2024 - jumlah : 203 hits
freemalaysiatoday com 04 Apr 2024 10 40 AMBekas menteri undang undang berkata Umno terlalu angkuh untuk mengakui kesilapan tetapi akan berdepan tindak balas pada masa depan Bekas menteri undang undang Zaid Ibrahim berkata tindakan boikot te...
Mca Dap Diseru Jumpa Komuniti Melayu Islam Untuk Tahu Perasaan Mereka Mengenai Isu Stoking Kalimah Allah

Mca Dap Diseru Jumpa Komuniti Melayu Islam Untuk Tahu Perasaan Mereka Mengenai Isu Stoking Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 453 hits
Stoking kalimah Allah Jumpa komuniti Melayu Islam Pemuda Umno seru sayap MCA DAPAkmal Saleh minta Pemuda MCA dan DAP bertemu komuniti Melayu Islam untuk tahu perasaan mereka FMT ReportersPETALING JAYA Pemuda Umno meminta sayap MCA dan DAP b...
Selangor Pn Confident In Wresting Kuala Kubu Baharu From Dap

Selangor Pn Confident In Wresting Kuala Kubu Baharu From Dap

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 420 hits
Selangor Perikatan Nasional is convinced they can win the upcoming Kuala Kubu Baharu by election Its state youth chief Mohamed Sukri Omar said one of the factors that can lead them to victory is the majority of voters who are Malay We are c...
Prk Kuala Kubu Baharu Laluan Sukar Bagi Ph Dap

Prk Kuala Kubu Baharu Laluan Sukar Bagi Ph Dap

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 175 hits
PRK Kuala Kubu Baharu yang telah ditetapkan tarikh pengundiannya pada 11 Mei depan diramalkan akan menjadi laluan getir kepada PH yang dijangka mengekalkan calon daripada DAP bertanding di kawasan tersebut Tarikh 11 Mei yang dipilih SPR itu...
Azmin Mahu Jadi Calon Prk Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi

Azmin Mahu Jadi Calon Prk Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi

papar berkaitan - pada 23/3/2024 - jumlah : 142 hits
MOHD IZZATUL IZUAN TAHIRZulkafperi Datuk Seri Mohamed Azmin AliKUALA SELANGOR Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Dr Zulkafperi Hanafi mendakwa Pengerusi Perikatan Nasional Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disebut sebut sebagai calon ke...
Letak Orang Kena Pada Tempatnya

Letak Orang Kena Pada Tempatnya

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 86 hits
La Jo Ir Kategori pencapaian luar biasa dari ratusan juta kerugian setahun sebelumnya ke ratusan juta untung setahun kemudian Bila kroni tak dibenarkan campur tangan perniagaan ada harapan untung Bila letak orang yg betul di tempatnya jgnlh...
Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Tarikh 16 Mei Yang Diingati

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bisnes A Bisnes B

Y Gen Dining By Architects Eat A Multi Sensory Culinary Sanctuary In Melbourne

Vin Populi Next Door Rezen Studio S Intimate Italian Inspired Wine Bar In Fremantle

Yb Wong Chen Says Opposition Parties Now In Govt Embraced Money Politics

Awas Polis Tiada Kaitan Dengan Iklan Dapatkan Semula Wang

Akmal Slams Anwar On Obsession With Najib Netizens Clap Back On Rule Of Law