Prk Kimanis Pertembungan 2 Proksi


PRK Kimanis Pertembungan 2 Proksi | "Hidup mati pun, saya tetap BN," luah salah seorang penduduk tempatan Kimanis di sebuah kedai makan, semalam

Ia menarik perhatian penulis yang ketika itu sedang menikmati coto special yang merupakan makanan popular di daerah itu

Lantas kami bertegur sapa dan penulis beramah mesra dengan penduduk tempatan itu. Kedai makan berkenaan disyorkan oleh seorang sahabat yang sebelum ini bertugas di Sabah


"Saya dari semenanjung, saya tidak tahu politik Kimanis ini memihak kepada siapa," ujar penulis dengan niat ingin tahu pandangan penduduk tempatan dengan lebih mendalam

Jelas bagi penduduk tempatan itu dan rakannya yang lain, mereka tetap memilih BN kerana dilihat banyak jasa gabungan itu ditaburkan buat warga Kimanis jika dibanding parti pemerintah hari ini

"Bila saya mahu minta bantuan, penghulu tanya saya: Kita dari mana? Sedangkan saya sudah lebih 30 tahun bermastautin di Kimanis," katanya

Politik Sabah berbeza
Ya, di atas kertas Kimanis dilihat didominasi oleh BN. Memang tidak boleh disangkal bahawa Kimanis adalah salah satu kubu kuat BN di Sabah.

PRK Kimanis Pertembungan 2 Proksi
Apatah lagi caloh yang bertanding sebelum ini bekas menteri luar Anifah Aman adalah adik kepada bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman. Pastinya pengaruh dua nama ini saja cukup kuat di Kimanis

Bagaimanapun keupayaan Warisan juga tidak boleh dipandang enteng. Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam kalangan rakyat Sabah

Politik Sabah cukup unik, ia tidak seperti di Semenanjung Malaysia, setiap kawasan mempunyai pengaruh yang berbeza mengikut suku kaumnya

Kimanis sinonim dengan 'etnik Brunei' yang dilihat lebih kepada kemelayuan dan sudah pasti mereka lebih cenderung kepada BN yang ditunjangi Umno, apatah lagi calon BN juga daripada etnik yang sama

PRK Kimanis kali ini cukup menarik. Warisan ingin menyekat kebangkitan BN dari semenanjung, sekali gus membuktikan bahawa hanya parti tempatan saja yang boleh memimpin Sabah

Sementara BN bukan saja mahu meneruskan momentum kemenangan besar di Tanjung Piai, malah membuktikan bahawa Umno masih lagi utuh di Sabah meskipun segerombolan wakil rakyat dan bekas pemimpinnya menyertai Bersatu

PRK Kimanis juga menarik kerana ia akan menyaksikan pertembungan secara "anak jantan" satu lawan satu antara Warisan dan BN, agak pelik juga kerana tiada calon bebas bertanding dalam PRK ini

Jika kita perhalusi secara mendalam lagi, PRK Kimanis adalah pertembungan antara calon proksi membabitkan Musa dan Shafie. 
Pertembungan secara gentleman ini akan menjadi kayu ukur terhadap pengaruh siapa yang paling kuat.

PRK Kimanis Pertembungan 2 Proksi
Pertahan maruah
Umum mengetahui bahawa Musa dan Shafie merupakan seteru yang tidak boleh bertentang muka. Perebutan jawatan ketua menteri cukup hebat selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu antara dua tokoh itu

PRK Kimanis menjadi gelanggang kepada dua tokoh politik ini untuk membuktikan keupayaan dan pengaruh mereka sekali lagi

Meskipun Musa sudah menyepi bersama Umno dan begitu juga Anifah yang sudah meninggalkan Umno, namun di belakang tabir mereka memberi penuh sokongan penuh kepada BN kerana sedar Kimanis adalah "maruah" yang harus dipertahankan

Calon BN, Mohamad Alamin dan calon Warisan Karim Bujang, adalah "ayam sabung" kepada dua tokoh ini yang kini sedang bertarung dalam gelanggang PRK Kimanis

Bersatu, umpama duri dalam daging buat Warisan, kesetiaan parti serpihan Umno itu terhadap Warisan tidak boleh dijangka kerana mereka sebelum ini berseteru dalam PRU-14 lalu

Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut dilihat akan memainkan peranan penting dalam menentukan pemenang PRK Kimanis nanti

Walaupun Adun Membakut, Mohd Arifin Mohd Arif merupakan wakil rakyat Bersatu, harus diingat bahawa beliau adalah bekas wakil rakyat Umno dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas ketua menteri Sabah sebelum ini

Jadi, apakah mungkin Arifin akan setia dengan Warisan ataupun mungkin akan mensabotaj Karim? Umum mengetahui bahawa Adun Membakut itu turut menaruh minat untuk bertanding di kerusi parlimen Kimanis itu

Penulis difahamkan Umno telah mendapat jaminan daripada Arifin yang telah berjanji untuk memberi kemenangan kepada Mohamad.

PRK Kimanis Pertembungan 2 Proksi
Bagaimanapun Arifin menafikan khabar angin itu dan menjelaskan beliau akur dengan arahan pucuk pimpinan partinya

"Ya, pimpinan sudah buat keputusan bahawa yang akan bertanding di Kimanis adalah Warisan, jadi Bersatu akur dengan keputusan yang akan dibuat dan telah diarahkan oleh presiden kita dan pengerusi pun merestui, kita akan sokong Warisan

"Saya (dari) Bersatu, saya sokong Warisan. Kita dapat arahan daripada ketua dan di peringkat pusat kita akan sokong Warisan," jelas Arifin ketika ditemui semalam

Sementara BN, meskipun tampak menguasai Kimanis, mereka risau dengan "serangan akhir" Warisan yang mungkin akan mengubah pola sokongan pengundi. - mk



Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

Iklan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2020/01/prk-kimanis-pertembungan-2-proksi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Kimanis Calon Parti Warisan Sabah Ialah Karim Bujang

Prk Kimanis Calon Parti Warisan Sabah Ialah Karim Bujang

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 507 hits
PRK Kimanis Calon Parti Warisan Sabah Ialah Karim Bujang Ketua Bahagian Kimanis Parti Warisan Sabah Karim Bujang diumumkan sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal membuat pengumuma...
Prk Kimanis Mohamad Alamin Dipilih Calon Bn

Prk Kimanis Mohamad Alamin Dipilih Calon Bn

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 397 hits
BERNAMA KIMANIS Ketua UMNO Kimanis Datuk Mohamad Alamin dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis Pengerusi BN Sabah yang juga Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin membuat pengumuman calon BN i...
Prk Kimanis Pertandingan Satu Lawan Satu Antara Bn Warisan

Prk Kimanis Pertandingan Satu Lawan Satu Antara Bn Warisan

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 411 hits
Diterbitkan Hari ini 9 54 pagiBERITAPRK KIMANIS Pilihan Raya Kecil Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Warisan Karim Bujang dan calon BN Mohamad Alamin Ini selepas tiada calon bebas hadir di pusat penamaan calon di...
Ph Saman Dan Menang Kes Dengan Kerajaan Ph Jadilah Prk Kimanis

Ph Saman Dan Menang Kes Dengan Kerajaan Ph Jadilah Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 335 hits
KITA perlu ingat bahawa PRK Kimanis ini hanya berlaku kerana PH telah saman dan menang kes dengan kerajaan PH Ini ialah setelah PH gagal membuktikan bahawa Ahli Parlimen BN rasuah pengundi sehingga PH diperintah oleh Mahkamah untuk membayar...
Prk Kimanis Zuraida Janjikan 8 Balai Bomba Baru Di Sabah

Prk Kimanis Zuraida Janjikan 8 Balai Bomba Baru Di Sabah

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 377 hits
KIMANIS Lapan lagi balai bomba dan penyelamat baharu akan dibina di Sabah tahun ini kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin Beliau berkata BBP baharu berkenaan akan dibina di Putatan Kudat Merotai Nabawan Lahad Datu ...
Prkkimanis Jadikan Prk Kimanis Satu Lagi Referendum Rakyat Nyatakan Tak Puas Hati Annuar

Prkkimanis Jadikan Prk Kimanis Satu Lagi Referendum Rakyat Nyatakan Tak Puas Hati Annuar

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 405 hits
Pengarah Operasi Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Kimanis Tan Sri Annuar Musa berkata PRK Kimanis adalah satu lagi referendum untuk rakyat menyatakan ketidakpuasan hati kepada kerajaan Jelas beliau rakyat khususnya pengundi di Kimanis...
Bekas Adun Pilihan Umno Sabah Untuk Prk Kimanis

Bekas Adun Pilihan Umno Sabah Untuk Prk Kimanis

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 437 hits
Bung Moktar Radin umum calon Umno Sabah di pejabat parti itu di Kimanis hari ini KIMANIS Umno hari ini mengesahkan bekas Adun Bongawan Mohamad Alamin calonnya untuk pilihan raya kecil Kimanis 18 Jan ini Ketua Umno Kimanis itu disebut sebut ...
Isu Pas Sementara Sabah Akan Kuburkan Bukan Saja Calon Warisan Dalam Prk Kimanis Malah Parti Warisan Akan Terkubur

Isu Pas Sementara Sabah Akan Kuburkan Bukan Saja Calon Warisan Dalam Prk Kimanis Malah Parti Warisan Akan Terkubur

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 732 hits
Isu Pas Sementara Sabah yang kerajaan Pakatan Harapan jadikan sebagai dasar kononnya untuk membantu Pendatang Asing Tanpa Izin menjadi duri dalam daging bukan saja di PRK Kimanis malah bakal meruntuhkan kerajaan Warisan di Sabah Rakyat Saba...
Prk Kimanis Yakin Umno Akan Tewas Di Tangan Warisan

Prk Kimanis Yakin Umno Akan Tewas Di Tangan Warisan

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 297 hits
Calon Parti Warisan Sabah mempunyai kelebihan untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil Kimanis yang akan diadakan tidak lama lagi Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah Datuk Seri Hajiji Noor melihat tiada masalah untuk calo...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur