Prk C Highlands Murugiah Ganti Sivarrajh


Kasthuri Jeevendran
Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah.
KUALA LUMPUR – Khabar angin dalam kalangan ahli MIC malah komponen Barisan Nasional (BN), antara calon bagi merebut kerusi P078 Cameron Highlands adalah Naib Presiden MIC sendiri, Datuk T. Murugiah.

Sebelum ini, MIC tampak lebih yakin dengan meletakkan Datuk C. Sivarrajh kembali bagi kerusi tersebut selepas pembatalan kemenangan November lepas apatah lagi pemimpin itu dikatakan bukan sahaja aktif di Cameron Highlands malah amat disenangi kerana kelantangan beliau.

Malaysia Gazette yang menghubungi sumber mendapati, ketika ini walaupun ada beberapa nama seperti Ahli Jawatankuasa Pusat MIC yang lantang seperti P. Punithan dan bekas calon Naib Presiden MIC, R. Ramalinggam juga menjadi sebutan.

Namun hampir pasti Murugiah yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika masih bersama MyPPP adalah calon ‘boleh menang’ bagi memenangi kerusi tradisi parti itu.

Murugiah bagaimanapun ketika dihubungi ‘mengunci mulut’ dan enggan mengulas mengenainya.
Beliau memaklumkan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran akan membuat keputusan dalam masa terdekat berkemungkinan esok.

“Biar presiden yang membuat keputusan, ketika ini kemenangan adalah menjadi fokus kita. Saya tidak dapat berikan apa-apa komen ketika ini kerana tidak pasti tentang apa-apa berhubung keputusan beliau lagi. Kita jangan main agak-agak tapi tunggu keputusan rasmi sahaja,” katanya.

Mengikut hieraki dan logik ketika ini, antara yang layak untuk bertanding sebenarnya adalah Murugiah kerana kepimpinan tertinggi lain sudah ada memegang jawatan masing-masing.

Antaranya, presiden merupakan Yang Dipertua Dewan Negara, Timbalan Presiden, Datuk M.
Saravanan adalah Ahli Parlimen Tapah ketika ini, Naib Presiden pertama, Datuk T. Mohan kini adalah Ahli Dewan Negara, Sivarrajh pula hilang kelayakan untuk bertanding pilihan raya untuk tempoh lima tahun akan datang.

Naib Presiden ketiga yang juga mendapat undian sebanyak 5,984 menewaskan tujuh pencabar lain adalah Murugiah.

Secara logiknya, beliau berkemungkinan akan mendapat peluang untuk bertanding di PRK Cameron Highlands tetapi pada masa yang sama, Murugiah juga merupakan antara yang popular ketika menerajui Biro Aduan di Jabatan Perdana Menteri satu ketika dulu.

Malah, persaingan akan menjadi lebih menarik seandainya ‘bos lama’, Presiden MyPPP, Tan Sri M Kavyeas juga bertanding untuk kerusi yang sama kerana umum mengetahui bagaimana kedua-dua pemimpin ‘bercakaran’ ketika dalam parti itu dulu sebelum Murugiah di pecat pada 2009.

Sejak PRU-14, krisis perebutan kerusi Cameron Highlands sudah wujud antara MIC dan MyPPP, susulan Kayveas berpendirian parti itu patut diberikan mandat bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands.

BN kemudian bertindak meletakan Sivarraajh selepas beberapa siri perbalahan sehingga menyebabkan MyPPP berpisah kepada dua kumpulan.

Sivarraajh menewaskan empat calon lain iaitu calon DAP, M Manogran, yang meraih 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud (PAS – 3,587 undi); Mohd Tahir Kassim (Berjasa – 81 undi) dan B Suresh Kumar (PSM – 680 undi) dengan undian sebanyak 10,307.

Bagaimanapun, PRK Cameron Highlands terpaksa diadakan semula, susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Sivarraajh selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

Malah Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah memutuskan untuk tidak membenarkan Sivarrajh bertanding untuk tempoh lima tahun akan datang selain daripada hilang kelayakan untuk mengundi bagi tempoh sama. –MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/prk-c-highlands-murugiah-ganti-sivarrajh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Camreon Highlands Cabaran Besar Buat Wan Rosdy

Prk Camreon Highlands Cabaran Besar Buat Wan Rosdy

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 412 hits
KUANTAN Pemilihan Pengerusi Barisan Nasional Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands BN bertepatan dengan situasi semasa Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Ab Hamid Nazah...
Dap Pahang Mahu Manogaran Tanding Prk Cameron Highlands

Dap Pahang Mahu Manogaran Tanding Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 318 hits
PETALING JAYA DAP Pahang mencadangkan peguam M Manogaran bertanding dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands dijadualkan pada 26 Jan Pengerusi DAP negeri Leong Ngah Ngah berkata Manogaran calon terbaik kerana beliau sudah bekerja dengan
Prk Cameron Highlands Jangan Cuba Rasuah Pegundi Sekali Lagi

Prk Cameron Highlands Jangan Cuba Rasuah Pegundi Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 448 hits
PRK Cameron Highlands Jangan cuba rasuah pegundi sekali lagiPosted By on December 21 2018Timbalan Pengerusi DAP Pahang M Manogaran yang menang dalam petisyen pilihan raya ke atas kerusi parlimen Cameron Highlands baru baru ini memberi amara...
Keputusan Sivarraajh Layak Bertanding Prk Cameron Highlands Ditentukan Sebelum Penamaan Calon

Keputusan Sivarraajh Layak Bertanding Prk Cameron Highlands Ditentukan Sebelum Penamaan Calon

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 343 hits
THE MALAYSIAN TIMES PUTRAJAYA Keputusan sama ada Datuk C Sivarraajh layak bertanding Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands akan diumumkan sebelum hari penamaan calon yang dijadualkan pada 12 Jan 2019 kata Pengerusi Suruhanjaya Pilih...
Prk Cameron Highlands Hari Mengundi 26 Jan Penamaan 12 Jan

Prk Cameron Highlands Hari Mengundi 26 Jan Penamaan 12 Jan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 355 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilhan Raya SPR hari ini mengumumkan 26 Januari 2019 sebagai hari mengundi bagi Pilihanraya Kecil Cameron Highlands Menurut Pengerusinya Azhar Azizan Harun pengumuman itu dibuat selepas SPR menerima perakuan daripada M...
Psm Kemungkiann Tidak Bertanding Prk Cameron Highlands

Psm Kemungkiann Tidak Bertanding Prk Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 393 hits
PETALING JAYA Parti Sosialis Malaysia tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil Cameron Highlands yang ditetapkan 26 Januari ini kata seorang bekas Ahli Parlimen parti itu Dr Michael Jeyakumar Devaraj berkata walaupun PSM belum membuat ...
Bakal Pengantin Panik Gara Gara Prk Cameron Highlands Guna Dewan Yang Ditempah Ini Reaksi Spr

Bakal Pengantin Panik Gara Gara Prk Cameron Highlands Guna Dewan Yang Ditempah Ini Reaksi Spr

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 392 hits
Bakal Pengantin Panik Gara gara PRK Cameron Highlands Guna Dewan Yang Ditempah Ini Reaksi SPRBakal Pengantin Panik Gara gara PRK Cameron Highlands Guna Dewan Yang Ditempah Ini Reaksi SPR
Prk Cameron Highlands Rompakan Siang Hari Ph

Prk Cameron Highlands Rompakan Siang Hari Ph

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 349 hits
MALAYSIAKINI Setiausaha Agung Umno Annuar Musa menyifatkan pilihan raya kecil diadakan di atas padang yang tidak rata dan mendakwa Pakatan Harapan melakukan rompakan siang hari dalam PRK berkenaan Annuar berkata demikian sebagai membalas ci...
Prk Cameron Highlands Kayveas Lawan Calon Dap

Prk Cameron Highlands Kayveas Lawan Calon Dap

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 423 hits
PETALING JAYA Tan Sri M Kayveas dijangka akan bertanding di kerusi Parlimen Cameron Highlands pada pilihan raya kecil 26 Januari ini Menurut sumber bekas presiden MyPPP itu akan membuat pengumuman rasmi dalam masa terdekat termasuk parti ma...
Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

More Action Needed To Combat Vaping By Students

Top 10 Hotel Berdekatan Klia Bermula Rm70

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maksud Gambar Sekadar Hiasan

Ets Diselenggara Secara Berkala

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini