Prism X270 Monitor Mampu Milik Yang Terbaik Untuk Permainan
Ampa pernah tak dengar jenama PRISM+? Mungkin ada yang nampak mamu buat ulasan model PRISM+ X290 ataupun nampak iklan depa kat merata tempat.
PRISM+ ni merupakan jenama monitor dari jiran negara kita, iaitu Singapura yang mana telah pun menapak produk depa dekat pasaran negara kita. Produk depa ni jugak merupakan salah satu pilihan utama penduduk rakyat Malaysia yang mana nak cari monitor untuk bekerja, main permainan, tengok graf matawang dan banyak lagi.
Terima kasih pada pihak PRISM+ yang mana sudi bekerjasama lagi kali ke-2 dengan kami dan maka dengan ini, kita teruskan ulasan mengenai produk yang depa hantaq, iaitu PRISM+ X270.
Spesifikasi Monitor
Saiz Skrin
27-inci
Ukuran
Tinggi 367mm, lebar 616mm (tanpa stand)
Kelengkungan
1500R
Berat
Anggaran 4.85kg (tanpa stand)
Resolusi Tertinggi
DisplayPort: 1920 x 1080 @ 165Hz
HDMI: 1920 x 1080 @ 120Hz
Nisbah Aspek
16:9
Nisbah Kontras
3000:1
Masa Tindak Balas
1ms MPRT
Sokongan Warna
16.7 juta, 8-bits, 102% sRGB
Kecerahan
250cd/m2
Teknologi Cahaya Belakang
E-LED
Sudut Pandangan
178° (H) / 178° (V)
Jenis Panel
VA, Samsung
Port dan Sambungan
1x DP 1.2, 2x HDMI 1.4
Teknologi Pencegahan Pengoyakan
AMD FreeSync, kemampuan G-Sync
Keserasian VESA
75mm x 75mm
Apa ada dalam kotak
Kabel kuasa, kabel DisplayPort dan tapak tersuai untuk keserasian VESA
Ciri-ciri
Gameplus, ECO (mod visual), sinar biru rendah, bebas kerlipan, Bezel-Sifar, DCR dan cahaya biru pada belakang monitor.
PRISM+ X270 ni merupakan monitor permainan yang bersaiz 27 inci dengan paparan melengkung yang mana kadar lengkungan dia 1500R, mempunyai kadar segar sehingga 165Hz, warna gamut 102% sRGB yang mana nisbah kontras sebanyak 3000:1 untuk hitam manis, putih berseri dan meriah dengan warna untuk santapan mata, dan banyak lagi.
Sebelum kami teruskan ulasan, nak habaq mai yang PRISM+ X270 ni ada 3 jenis tau. Iaitu;
X270
X270 240Hz
X270 PRO
Apa beza ketiga-tiga model tersebut? Depa ni lebih kurang lagu ni la;
X270 = Biasa
X270 240Hz = Menarik, ada sokongan HDR dan kasar segar sehingga 240Hz
X270 PRO = Luar Biasa, ada sokongan HDR dan WQHD, luas mata memandang.
Menarik kan yang dua model tu? Tapi jangan kecewa nah sebab ulasan kami hat biasa tu, X270. hahahaha
Sebelum tu, kami nak habaq yang monitor kami guna sebelum ni, Acer XV240Y P. Jadi tobat rasa beza dengan PRISM+ X270 sebab panel skrin dan fungsi mereka berbeza. Kecuali X270 240Hz dan X270 PRO.
Nota: Kami guna monitor ni hampir sebulan.
Reka Bentuk
Monitor PRISM+ X270
Terdapat pelapis matte pada skrin yang rasa lembut disentuh, cantik dipandang. Tidak seperti skrin monitor yang lain yang mana menggunakan pelapis ‘glossy’, apabila tiba babak gelap, boleh nampak muka sendiri dalam skrin. Ia menggunakan konsep reka bentuk minimalis dan anggun.
Sisi belakang monitor PRISM+ X270
Kami sedikit kecewa dengan bingkai monitor ni sebab dia pakai plastik. Ya, jenama lain pun ada yang guna bingkai plastik, tapi PRISM+ X270 ni lain dari yang lain. Walaupun luaran dia biasa tapi isi dalam luar biasa! Bak kata Wahid Senario, “luar setinggan, dalam kondo”.
Eh, ada lampu biru laaa
Tapi dia ada lampu biru di bahagian tapak vesa. (berkelip-kelip atau normal)
Butang
Butang pada PRISM+ X270, tapi sayang tiada label dekat sini
Butang dia tak banyak, ada 5 yang mana mempunyai fungsi mereka tersendiri serta ada lampu penunjuk warna biru. Iaitu
Menu/Pilih
Bawah
Atas
Keluar
Kuasa
Butang dia agak mengelirukan sebab tiada label kerana ia berpandukan pada OSD (On-Screen Display). Tapi jika ampa raba butang tu, butang kuasa terdapat tektur yang membezakan ia dengan butang yang lain.
I/O Port
Port I/O yang terdapat pada PRISM+ X270
PRISM+ X270 mempunyai port Kuasa (DC), 1x DP 1.2, 2x HDMI 1.4, dan Suara (Audio). Jika ampa guna ke semua port yang ada, boleh akses setiap port dalam OSD.
Salah tolak sudut pandangan akan korbankan kabel DisplayPort.
Cuma kami nak nasihatkan hati-hati tolak PRISM+ X270 ke atas sebab jika silap cara, jadi lagu ni la. Kabel DP kami hampir barai disebabkan terlebih condong PRISM+ X270 ke atas dan kabel stress sikit.
Untuk elak perkara ni terjadi dekat ampa, beli la monitor arm. Bukan setakat kabel selamat, malah bebas nak ubah kedudukan monitor mengikut citarasa ampa.
Skrin
Monitor atas ialah Acer Nitro XV240Y P yang digunakan sebagai monitor kedua dan untuk main permainan Rocksmith (sebab main gitar posisi berdiri). Monitor bawah semestinya PRISM+ X270.
PRISM+ X270 ni menggunakan panel berteknologi VA (Vertical Alignment), yang mana mempunyai kontras terbaik, prestasi warna yang baik dan seimbang dari segala aspek. Jika kita nak bandingkan dengan panel TN (Twisted Nematic) dan IPS (In-Plane Switching), VA ni dok tengah-tengah la.
*Panel VA satu ja masalah, kena ada posisi monitor yang ngam baru nampak cantik.
Kadar Segar
Tangkapan layar tetapan kadar segar dalam Windows 11
PRISM+ X270 ni mampu menyajikan kadar segar sehingga 165Hz! Permainan ampa lancar dan licin seperti mentega kena api sebelum letak burger dan daging. Aduh, lapaq la pulak.
Kami selesa dengan 120Hz, walaupun ada 165Hz. Sebab kami ni ada ‘motion sickness’ orang putih kata. Guna hat paling tinggi, tak sampai 1 jam mula la pening dan sakit kepala.
Masa tindak balas 1ms
Tangkapan layar permainan Apex Legends dengan Legends Valkrie bersama R-301 dan Volt dalam tempat latihan menembak.
Bagi yang main permainan FPS (First Person Shooter), masa tindak balas amat penting kerana jika lambat sikit, balik lobi awai laaa. X270 ni mempunyai masa tindak balas 1ms.
Kami banyak main Apex Legends sebab dah melabur BattlePass dalam tu. Sebut pasal melabur, pakaian Valkyrie (Cloud Marauder) lawa oii. hahahaha
Jadi, tiada alasan terlepas sasaran. Kecuali kalau ping internet tinggi atau nasib tidak baik. Orang kata skill main peranan tapi jika nasib tidak baik, balik lobi la kita.
Penyegerakan Adaptif
Tangkapan layar tetapan NVIDIA Control Panel bahagian tetapan G-SYNC
Penyegerakan adaptif amat penting pada monitor, lagi-lagi monitor permainan kerana ia dapat menghindari gambar permainan ampa cacat. Kami agak terkejut yang PRISM+ X270 ni mempunyai sokongan G-Sync! Monitor lama kami takda fungsi ni dalam tetapan NVIDIA.
Untuk maklumat lanjut mengenai G-Sync, boleh baca artikel ini (ada sampai 15 bahagian tau)
G-SYNC 101
OSD (On-Screen-Display)
Lagu ni la bentuk rupa Menu OSD pada PRISM+ X270
Menu OSD amat penting dalam monitor kerana ia membenarkan, membantu pengguna terokai fungsi yang ada dalam monitor.
OSD PRISM+ X270 mempunyai 6 menu utama, iaitu Brightness, Image, Color Temp., OSD Setting, Reset dan Misc.
*Boleh rujuk buku panduan untuk lebih lanjut.
Nota: Terdapat satu fungsi yang tak dapat kami aktifkan dalam menu RESET, iaitu MPRT. Mungkin model X270 240Hz atau X270 PRO boleh guna.
Mod Visual
Mod visual dia nama ECO dan agak pelik kenapa nama ECO
PRISM+ X270 mempunyai 6 mod visual di bawah nama ECO, iaitu Standard, Game, RTS, FPS, Movie dan Text untuk kegunaan aktiviti ampa. Tiada informasi lebih lanjut mengenai mod visual, jadi kami dok guna Standard ja la dengan aktifkan fungsi DCR yang mana jadikan warna hitam lebih menawan. Cuma, ampa akan rimas skrin punya kecerahan berubah secara automatik.
*Sebagai contoh, jika masuk gua, dia gelap tapi bila keluar gua, dia pelan-pelan cerah. Lagutu laa
Seperti mana depa habaq dalam buku panduan, mod Standard sahaja pun dah memadai sebab ia sesuai untuk digunakan pada semua aktiviti.
Gambar skrin yang diambil menggunakan kamera telefon
Kami secara jujurnya suka mod DCR ni sebab ia nak seakan-akan monitor Acer kami yang panel IPS tu. Malah warna hitam dia memang hitam manis. Tapi kalau nak aktifkan mod DCR, tak boleh ubah mod lain (hanya Standard sahaja) dan kecerahan serta kontras juga tidak dapat nak ubah kerana DCR sendiri akan ubah untuk ampa secara automatik, mengikut apa benda yang ada dalam skrin.
Cuma tak semua permainan yang nampak cantik dengan mod DCR. Sebagai contoh permainan GTA San Andreas – Definitive Edition main dengan mod DCR on, tak nampak muka orang, lagi-lagi waktu malam.
Jenuhhh kena hambat dengan polis sebab terlanggaq depa. hahahaha
Nota: Kami ambik gambaq guna telefon, tapi tak begitu sama apa yang nampak dengan mata.
Fungsi Gameplus (lain monitor, lain nama)
Bantuan sasaran pada jarak dekat amat membantu bila sasaran dalam permainan agak besar
Fungsi ni dalam PRISM+ X270 agak menarik untuk pemain yang perlukan bantuan sasaran sama ada tetapan sasaran dalam permainan tidak mencukupi atau nak menembak tanpa membidik.
*Untuk jarak dekat ok la, kalau jarak jauh, tak kena sangat pun. Bergantung pada mekanikal permainan
Harga
Tanda harga PRISM+ X270 ialah RM2,099 tapi ada promosi (rasanya promosi depa ni tak habis, ada ja promosi hahaha) RM1,049.
Berminat? Boleh klik pautan bawah ini untuk beli
Lazada PRISM+ X270|PRISM+ X270
PRISM+ X270 240Hz
PRISM+ X270 PRO
* Kalau stok habis, tambah sikit ambik X270 240Hz atau X270 PRO
Jangan risau, depa tak hantaq dari Singapura. Depa hantaq dari gudang depa dekat Malaysia, terus ke rumah ampa. (Lalamove atau lain-lain)
Kesimpulan
Ini la susun atur komputer permainan kami dengan tetapan 2 monitor pada keluasan meja 100cm. hahahaha
Setiap monitor ada baik dan buruk, susah nak jumpa monitor yang sempurna kerana setiap orang mempunyai pelbagai citarasa.
Monitor yang kami guna sebelum PRISM+ X270 ialah Acer Nitro XV240Y P. Tapi kelebihan PRISM+ X270 ni skrin lebih besar dan melengkung serta menu OSD dia ringkas gila.
Bagi kami, PRISM+ X270 ni amat berbaloi untuk monitor permainan tapi kami cadangkan ambik versi X270 240Hz (kalau nak kadar segar tertinggi dan HDR) atau X270 PRO (ada HDR dan WQHD) kerana PRISM+ X270 ni hanya pengenalan untuk siri ini.
Pada awalnya kami agak kecewa sebab takda HDR tapi rupa-rupanya ada model lain iaitu X270 240Hz dan X270 PRO yang ada HDR. Oleh kerana itu, kami sarankan ambik model tersebut jika ampa nak HDR dan memang berbaloi!
Sampai kat sini kami buat ulasan dan jumpa lagi pada ulasan akan datang. Saraba da!
The post PRISM+ X270, Monitor Mampu Milik Yang Terbaik Untuk Permainan appeared first on OMG! Hackers?.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://omghackers.com/prism-x270-monitor-mampu-milik-yang-terbaik-untuk-permainan/