Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih


Assalammualaikum semua! Korang masih ingat pengalaman semasa pandemik Covid-19 dahulu? Ruby mula menghargai kesihatan dan sejak dari itu Ruby belajar tentang kualiti udara yang kita hirup. Memiliki PRISM+ Aura Smart Air Purifier pada hari ini adalah pelaburan yang bijak kerana kehidupan kita memerlukan udara yang bersih. 
Kualiti udara di Malaysia dan dunia berada di situasi pencemaran udara yang perlu diberi perhatian, lebih-lebih lagi di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Selangor. Cuaca panas dan lembap sepanjang tahun sebenarnya memerangkap zarah halus dan kelembapan, menjadikan udara berhabuk, tercemar dan kadangkala berbau hapak, terutama di kawasan padat penduduk dan berdekatan dengan kawasan pembinaan. 
Debu pembinaan dan trafik PM2.5 dan PM10 berterbangan, boleh menyebabkan masalah pernafasan. Ruby sendiri melihat setiap projek pembangunan gigih dilaksanakan tanpa henti satu persatu. Selain dari pencemaran udara dari projek pembinaan. Situasi yang kita bersiap sedia setiap tahun adalah jerebu tahunan. Asap pembakaran terbuka dari luar negara memberi kesan langsung kepada kesihatan kita rakyat Malaysia. 
Solusi yang terbaik adalah menjaga keluarga kita dengan memiliki PRISM+ Aura Smart Air Purifier. Tahukah anda? Ramai yang menyangka rumah mereka bersih, tetapi sebenarnya udara yang terperangkap di dalam rumah adalah 5 kali lebih tercemar dari udara luar, terutamanya bila tingkap ditutup dan rumah kurang pengudaraan.
PRISM+ AURA SMART AIR PURIFIER PENAPIS PINTAR DENGAN HEPA H13 UNTUK UDARA LEBIH BERSIH

PRISM+ Aura Smart Air Purifier adalah penyelamat buat kita semua! Kos efektif untuk jangka panjang. Dalam sedar tidak sedar, anda sudah kurang ke klinik. Tidur malam lebih nyenyak. Malah, produktiviti seisi keluarga meningkat. 
PRISM+ Aura Smart Air Purifier tersedia dalam dua warna eksklusif iaitu Alpine White dan Space Grey. Dimensi saiz 225mm panjang, 225 lebar dan 459mm tinggi. Berat Bersih 2.35kg dan Berat Kasar 2.87kg. Menggunakan kuasa 23W dengan Input 100-240V dan Output DC 24V 1.2A. Sangat efektif dalam ruang bersaiz 182 kaki persegi. Penapisan HEPA H13 dengan 3 fungsi iaitu Pra-Penapis, Penapis HEPA Gred Perubatan dan Penapis Karbon Teraktif. Waranti 1 tahun tersedia. Saiz yang comel untuk udara yang bersih. Setuju?
Kebanyakan pembersih udara di pasaran menggunakan terlalu banyak tenaga untuk rumah yang menyebabkan penggunaan elektrik yang berlebihan dan mengakibatkan penapis perlu di tukar tidak sampai 1 tahun. Dengan liputan kawasan seluas 182 kaki², PRISM+ Aura Smart Air Purifier dioptimumkan untuk kebanyakan ruang di dalam rumah. Sama ada di ruang tamu, bilik belajar atau bilik tidur. Semua lokasi ini sangat sesuai. 

Dunia hari ini penuh dengan pencemaran, habuk halus dan alergen. Penulen udara bukan lagi satu kemewahan, ia satu keperluan, terutamanya untuk ibu bapa yang mahu menyediakan ruang selamat buat anak-anak. Salah satu pilihan terbaik di pasaran sekarang ialah PRISM+ Aura Smart Air Purifier, yang dilengkapi dengan penapis HEPA H13, teknologi pintar dan reka bentuk moden.




KELEBIHAN PRISM+ AURA SMART AIR PURIFIERKelebihan PRISM+ Aura Smart Air Purifier dengan HEPA H13 adalah pelaburan bijak untuk kesihatan seisi keluarga. Dengan penapis bertaraf hospital, fungsi pintar dan reka bentuk bergaya, ia bukan sahaja berkesan tetapi juga mudah digunakan. Penapis HEPA H13 memang sangat istimewa dan digunakan secara meluas dalam persekitaran yang memerlukan tahap kebersihan udara yang tinggi seperti hospital, makmal, dan bilik pembedahan. 

Kalau anda sedang mencari penulen udara yang bijak dan bergaya, PRISM+ Aura Smart Air Purifier adalah jawapannya. Udara bersih, hidup lebih sihat, semua dalam satu alat. Sama ada anda berkeluarga dengan anak kecil, tinggal bersama warga emas, ahli keluarga yang mengalami alahan atau asma, anda yang tinggal di kawasan bandar dengan pencemaran udara tinggi, para pemilik haiwan peliharaan atau anda yang meminati teknologi rumah pintar. Jom kita lihat kelebihan PRISM+ Aura Smart Air Purifier dengan lebih terperinci. 
Bayi dan anak kecil - Udara lebih bersih untuk paru-paru yang sedang membesar. Ibu Bapa Warga emas – Sistem imun lebih lemah, jadi perlindungan udara sangat penting.Penghidap asma atau alahan – Kurang pendedahan kepada pencetus serangan. Pemilik haiwan peliharaan – Kurangkan bulu dan bau.
1. Penapis HEPA H13 – Tahap Hospital

HEPA H13 adalah antara gred penapisan tertinggi untuk penulen udara pengguna. Ia menapis sehingga 99.97% partikel halus bersaiz sekecil 0.3 mikron – termasuk habuk, debunga, spora kulat, bulu haiwan peliharaan dan juga bakteria. Ini sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah alahan, asma, atau keluarga dengan anak kecil



2. Reka Bentuk Moden dan Minimalis

PRISM+ terkenal dengan rekaan bergaya, dan PRISM+ Aura Smart Air Purifier tidak terkecuali. Reka bentuk silinder dengan paparan digital menjadikannya sesuai diletakkan di mana-mana ruang rumah. Sama ada ruang tamu, bilik tidur atau pejabat rumah



3. Sambungan Pintar dan Aplikasi Mudah Alih

Dengan sambungan WiFi dan aplikasi PRISM+, anda boleh mengawal penulen udara dari telefon pintar. Sama ada untuk hidupkan atau matikan, tukar mod atau semak status penapis. Ia juga serasi dengan Google Assistant dan Alexa untuk kawalan suara




4. Sensor Kualiti Udara Masa Sebenar

PRISM+ Aura Smart Air Purifier dilengkapi dengan sensor pintar yang mengesan tahap kualiti udara dan akan melaraskan kelajuan kipas secara automatik berdasarkan tahap pencemaran. Paparan digital akan menunjukkan warna yang mewakili tahap udara: biru (bersih), kuning (sederhana), merah (tercemar).

5. Senang Dijaga

Penapis boleh diganti dengan mudah, dan aplikasi akan memaklumkan apabila sudah sampai masa untuk tukar penapis tiada lagi teka-teki atau terlupa!

BAGAIMANA HEPA H13 BERFUNGSI?
HEPA bermaksud High Efficiency Particulate Air. Penapis jenis ini direka khas untuk memerangkap zarah udara yang sangat kecil. Dalam klasifikasi penapis HEPA, terdapat beberapa gred dari H10 hingga H14. Semakin tinggi nombornya, semakin efektif penapisan.

Kecekapan Penapisan Tinggi: HEPA H13 mampu menapis 99.97% zarah yang bersaiz 0.3 mikron. Ini termasuk:

Debunga (pollen) Spora kulat Bulu haiwan peliharaan Debu halus (PM2.5) Bakteria & beberapa jenis virus 
Bertaraf Hospital: Oleh kerana kecekapan yang tinggi, penapis ini juga digunakan dalam sistem pengudaraan hospital, termasuk bilik ICU dan bilik bersalin. 
Mengapa 0.3 Mikron Itu Penting? Ramai tak tahu bahawa 0.3 mikron ialah saiz zarah yang paling sukar untuk ditapis. HEPA H13 direka khas untuk menangkap zarah pada saiz ini dengan kadar kejayaan hampir sempurna. Zarah lebih besar dan lebih kecil sebenarnya lebih mudah ditapis kerana cara pergerakan mereka dalam udara




3 LAPISAN PERLINDUNGAN DALAM SISTEM PRISM+ AURA SMART AIR PURIFIER
PRISM+ Aura Smart Air Purifier dengan penapis HEPA H13 ini adalah sebahagian daripada sistem berlapis-lapis, contohnya:

Penapis Pra (Pre-filter) – Menapis habuk kasar, rambut, dan bulu haiwan. Penapis Karbon Aktif – Menyerap bau busuk, asap rokok, dan bahan kimia (VOC). HEPA H13 – Menapis zarah halus dan mikroorganisma. 


Penapis HEPA H13 tidak sekadar “menapis macam jaring biasa”, ia menggunakan kombinasi mekanisme fizikal untuk memerangkap zarah halus:

1. Intersepsi (Interception)
Zarah yang bergerak dalam udara akan bersentuh dengan serat dalam penapis dan “melekat” di situ.

2. Impakan Inersia (Impaction)
Zarah yang besar (seperti habuk dan debunga) terlalu berat untuk mengikut arus udara yang membelok, jadi ia terus menghentam serat penapis.

3. Penyebaran (Diffusion)
Zarah yang sangat kecil (seperti asap rokok, bakteria, PM2.5) bergerak secara rawak, lalu tersangkut pada serat akibat pergerakan yang tidak menentu. 
Kesemua ini berlaku dalam serat mikro halus yang sangat rapat, menjadikan HEPA H13 sangat efektif dalam memerangkap hampir semua jenis pencemar udara. 

TANDA-TANDA PENAPIS HEPA H13 DI PRISM+ AURA SMART AIR PURIFIER SUDAH PERLU DITUKAR Bila Perlu Tukar Penapis HEPA H13? Secara am, penapis HEPA H13 perlu ditukar setiap 6 hingga 12 bulan. Jika anda mengalami perkara yang berisiko kepada kualiti udaranya tercemar. Tempoh pertukaran akan menjadi lebih cepat. Anda boleh beli Penapis HEPA H13 dari PRISM+. Anda boleh tukar jika ada tanda-tanda seperti berikut:

Bau pelik semasa menggunakan PRISM+ Aura Smart Air Purifier.Prestasi merosot kerana udara masih berdebu.Bunyi kipas lebih kuat kerana laluan udara tersumbat.Indikator penapis menyala atau amaean dari aplikasi PRISM+Kekerapan penggunaan selama 24 jam setiap hari, penapis akan cepat penuh.Kualiti udara sekeliling rumah berdekatan jalan besar, kawasan pembinaan, atau kawasan berdebu akan mempercepatkan kehausan penapis. Memiliki haiwan peliharaan atau perokok juga menambah beban penapisan. 


PRISM+ AURA Smart Air Purifier sangat mudah diselenggara. Untuk menggantikan Penapis HEPA H13 anda hanya perlu pusing bahagian tapak dan menggantikan penapis. Tiada alat khas yang diperlukan sepanjang proses ini. 
PRISM+ AURA Smart Air Purifier tersedia di kedai dalam talian PRISM+ dan juga laman web rasmi https://prismplus.my/products/aura-smart-air-purifier


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/05/prism-aura-smart-air-purifier-penapis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Paip Penapis Air Cuckoo Bocor

Paip Penapis Air Cuckoo Bocor

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 119 hits
Kalau korang sama macam aku yang dah tak renew kontrak service air penapis Cuckoo ni mehlah kita bersidang sini Banyak jimatnya bila kita jaga mesin penapis air ni sendiri Filter apa semua kena jaga Selain daripada tu jugak sistem paip dan ...
China Bina Pusat Data Bawah Laut Guna Air Laut Sebagai Penyaman Udara Ini Mengarut

China Bina Pusat Data Bawah Laut Guna Air Laut Sebagai Penyaman Udara Ini Mengarut

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 101 hits
China Bina Pusat Data Bawah Laut Guna Air Laut Sebagai Aircond Ini Gila Power China terus pecut ke depan dalam teknologi info apabila satu modul baharu sepanjang 18 meter berjaya diturunkan ke dasar laut di Lingshui Hainan Modul ni disambun...
Pas Lebih Cekap Ketimbang Bn Dan Ph

Pas Lebih Cekap Ketimbang Bn Dan Ph

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 138 hits
RENCANAPAS Kelantan telah buat anjakan dan pendekatan politik baru di negeri itu Langkah yang diambil itu boleh disifatkan bijak dan tepat selepas lebih 30 tahunmemerintah Kelantan Pendekatan dimaksudkan itu ialah berbaik baik dan amalan po...
Ibu Hamil Kena Bersalin Induce Jangan Down Perlu Bersedia Lebih Awal

Ibu Hamil Kena Bersalin Induce Jangan Down Perlu Bersedia Lebih Awal

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 94 hits
Ada ibu direzekikan untuk bersalin mudah namun ada juga yang terpaksa melalui proses induce bagi mempercepatkan kelahiran bayi Dalam episod podcast Borak Pa Ma pakar obstetrik dan ginekologi Dr Maiza Tusimin dari Prince Court Medical Centre...
Bapa Kawal Lebih Rm47 Juta Jay Park Dengan Yakin Dedah Jumlah Kekayaannya

Bapa Kawal Lebih Rm47 Juta Jay Park Dengan Yakin Dedah Jumlah Kekayaannya

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 110 hits
Jay Park secara terbuka membincangkan mengenai jumlah kekayaannya menyatakan bahawa nilainya kemungkinan melebihi 13 bilion KRW Beliau turut berkongsi bahawa bapanya kini menguruskan kewangannya Artikel Berkaitan Dalam episod rancangan YouT...
Bitcoin Di Permulaan Kenaikan Baharu Bilakah Sasaran 120 000 Dan Lebih Tinggi Akan Dicapai

Bitcoin Di Permulaan Kenaikan Baharu Bilakah Sasaran 120 000 Dan Lebih Tinggi Akan Dicapai

papar berkaitan - pada 29/4/2025 - jumlah : 106 hits
Selepas seminggu penuh dengan kegelisahan pasaran mata wang kripto nampaknya telah menarik nafas lega Indeks Ketakutan dan Kegembiraan telah direkodkan pada 51 suatu zon neutral yang jarang berlaku menunjukkan bahawa kuasa pergerakan menaik...
Betul Ke Bersalin Anak Kedua Lebih Cepat Mudah Ini Penjelasannya

Betul Ke Bersalin Anak Kedua Lebih Cepat Mudah Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 1/5/2025 - jumlah : 169 hits
Anak pertama lambat nak bersalin yang kedua pula lancar mudah dan cepat Betul ke Sememangnya proses melahirkan bayi akan menjadi lebih cepat serta mudah untuk kelahiran kedua dan seterusnya Malahan pada peringkat awal proses kelahiran akan ...
Vivo V50 Lite Kini Di Malaysia Siri V50 Yang Lebih Mampu Milik

Vivo V50 Lite Kini Di Malaysia Siri V50 Yang Lebih Mampu Milik

papar berkaitan - pada 30/4/2025 - jumlah : 119 hits
Awal Mac lepas vivo membawa masuk vivo V50 ke pasaran Malaysia dengan tanda harga RM1 999 Kini model terbarunya V50 Lite pula hadir untuk pengguna tempatan di mana harga ditawarkan lebih mampu milik iaitu bermula RM1 299 Telefon ini dilengk...
Comel Pun Dah Cukup Sandara Park Akui Berminat Dengan Lelaki Lebih Muda

Comel Pun Dah Cukup Sandara Park Akui Berminat Dengan Lelaki Lebih Muda

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 102 hits
Sudah pun menjangkau usia 40 tahun pasti ramai yang tertanya tanya kan bilalah agaknya Sandara Park akan mengakhiri zaman bujangnya Artikel Berkaitan Terbaru menerusi saluran radio SBS PowerFM s 2 O Clock Escape Cultwo Show Sandara mengaku ...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box

Beyond The Constraint Of Donald Trump S Tariff

Resepi Kek Batik Premium Bersama Golden Churn Butter


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Silat Warisan Kita Mendidik Anak Menjadi Pejuang Hidup Sejati

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Puding Dadih Mangga

Branding Bermula Dari Packaging Bukan Sekadar Logo

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya