Primadona Filem Melayu Dato Dr Sarimah Ahmad


 PRIMADONA FILEM MELAYU DATO' DR SARIMAH AHMADMungkin peminat filem lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih ingat pada filem Ali Baba Bujang Lapok. Sebuah filem komedi yang mencuit hati. Di dalam filem tersebut, seorang pelakon muda bakat baru yang hanya muncul dalam satu peranan kecil. Lakonannya sebagai Marjiana terutamanya ketika menyanyikan lagu Apek dan Marjiana tentu tidak dilupakan

Pelakon muda itu yang pertama kali muncul di layar perak sebagai seorang gadis cerdik untuk mengelak sekumpulan perompak daripada merompak rumah akhirnya muncul sebagai pelakon terkenal selepas itu. Pelakon tersebut ialah seniwati Sarimah yang pertama kali diperkenalkan oleh P. Ramlee dalam filem yang dihasilkan pada tahun 1961 itu

Daripada seorang gadis kampung, Sarimah muncul sebagai pelakon ternama. Sarimah Ahmad dilahirkan di Sungai Rusa, Pekan, Pahang, pada 28 April 1942, daripada sebuah keluarga yang besar. Semasa di alam persekolahan, dia seorang yang pintar dan bercita-cita menjadi doktor

Seniwati itu amat gemar pada ilmu pengetahuan dan telah memulakan persekolahan ketika berusia empat tahun. Namun, pada masa itu, dia hanya mengikut abangnya ke sekolah. Apa yang diajar oleh guru turut diterimanya

Pada usia 10 tahun, Sarimah telah menamatkan sekolah Melayu dan meneruskan pengajian di sekolah Inggeris. Dia juga mengalami sejenis penyakit ganjil dan bernekad untuk keluar daripada negeri kelahirannya itu untuk merantau

Pada masa itu, dia telah bertunang dengan Zulkifli. Akhirnya dia berkahwin dengan suami pertamanya itu pada usia 15 tahun. Kerana minatnya dalam bidang lakonan, dia meminta kerja sebagai pelakon.
Sasarannya ialah untuk menjadi pelakon di syarikat perfileman Cathay Keris

Dia telah menghantar gambarnya ke syarikat itu. Seniwati itu ingin mewarisi bakat bapanya yang juga orang seni di kampungnya. Selepas uji bakat, dia diterima untuk menyertai Cathay Keris sebagai pelakon di situ. Malangnya, di atas sebab yang tidak dapat dielakkan, dia tidak menerima tawaran itu dan melepaskan peluang tersebut

Pada masa yang sama, dia ditawarkan berlakon dalam filem Nur Islam yang sedang dalam pembikinan pada ketika itu. Selepas itu, Sarimah mendapat kerja sebagai kerani di sebuah pejabat.
Salah seorang kenalannya yang berkerja sebagai pengarang sebuah akhbar pada masa itu telah membawanya berjumpa P. Ramlee yang sedang merancang menghasilkan filem Ali Baba Bujang Lapok.
Selepas diperkenalkan, P. Ramlee bersetuju menerimanya sebagai pelakon. Pada masa itu, dia datang bersama suaminya Zulkifli, tetapi Zulkifli tidak memperkenalkan dirinya sebagai suami, sebaliknya mengatakan dia adalah adiknya. Tambahan pula, pada masa itu, badannya kurus dan kecil. Selepas di ujibakat, Sarimah diterima oleh P. Ramlee sebagai pelakon di Shaw Brothers. Kerana salah faham terdapat juga pelakon yang cuba mendekatinya

Selepas menandatangani perjanjian, dia ditawarkan gaji bulanan sebanyak RM100 sebulan dan juga tinggal di berek pelakon di sekitar kawasan studio tersebut. Kerana asalnya dari Pahang dan juga masih membawakan sifat kekampungan, Sarimah sering diejek oleh pelakon lain termasuk P. Ramlee sendiri dengan panggilan 'Timber'

Kerana usikan tersebut, Sarimah sering menangis dan berkecil hati. Akhirnya, dia dapat menerima ejekan tersebut. Ejekan itu sebenarnya menimbulkan semangat padanya untuk menonjolkan keupayaan diri dalam lakonan

Sarimah mengakui dia tidak pandai menari. Untuk adegan tarian, dia sering menggunakan tarian pelakon lain yang pandai menari. P. Ramlee pernah membuat penggambaran wajahnya sahaja untuk adegan tarian dan memadankanya dengan kaki Normadiah

Sepanjang penglibatannya, Sarimah berlakon banyak filem yang masih menjadi nastolgia sehingga kini antaranya Madu Tiga, Bidasari, Ibu Mertuaku, Lubalang Daik, Batu Derhaka, Darah Muda, Raja Bersiong, Detik 12 Malam, Dia Ibuku, Ranjau Sepanjang Jalan dan banyak lagi

Kini, pada usia 56 tahun, Sarimah telah menyepi diri dalam dunia perfileman, namun sebagai seorang yang pernah berjuang untuk kebangkitan filem Melayu, Sarimah masih mengikutinya. Seniwati itu juga mengharapkan filem Melayu akan lebih mekar, apatah lagi kini filem Melayu dihasilkan oleh orang Melayu sendiri tidak seperti zaman dia berjuang yang berlakon di bawah arahan pengarah bangsa lain.

Sarimah kini menetap di Brunei bersama suaminya Datuk Pengiran Hidup.
Sarimah juga meninggalkan seorang waris untuk meneruskan aktiviti keseniannya iaitu M. Jamil. M. Jamil kini aktif sebagai pelakon dan pengarah drama tempatan. akuanakpahang.blogspot.comakuanakpahang.blogspot.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuanakpahang.blogspot.com/2025/01/primadona-filem-melayu-dato-dr-sarimah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Dan Ngo Melayu Jom Bela Najib Dengan Kes Baru Pula

Pas Dan Ngo Melayu Jom Bela Najib Dengan Kes Baru Pula

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 101 hits
Ini yang aku kata Sibuk nak dapatkan pengampunan diraja untuk Najib Nak Hakikatnya dia ada lagi kes di mahkamah Dan nampak gaya yang ini pun Ke penjara lagi le gamaknya Sepertinya biar selesai semua kes Lepas tu barulah minta pengampunan Ba...
Nipis Sangatkah Iman Dan Aqidah Ummat Melayu

Nipis Sangatkah Iman Dan Aqidah Ummat Melayu

papar berkaitan - pada 11/1/2025 - jumlah : 71 hits
Takde gambar masjid dlm video dah gelabah Ada gambar gereja takde gambar masjid dah satu ancaman Orang Kristian mengaku dia duta tuhan dah kalut Kongsi nama Allah dengan bukan Islam tak boleh Orang bukan Islam bercakap Hal Islam sedikit ter...
Ingat Tak Tahun Lepas Ada Sepasang Baju Melayu Pazze Rm50 Semasa Jualan Raya Tapi Tah

Ingat Tak Tahun Lepas Ada Sepasang Baju Melayu Pazze Rm50 Semasa Jualan Raya Tapi Tah

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 113 hits
Ingat tak tahun lepas sepasang baju melayu pazze RM50 time sale raya Tapi tahun ni harga lagi best Hanya RM44 untuk sedondon dewasa dan budak pun boleh bergaya sama Gaya slim fit moden yang sangat comfy Tapi stok sangat terhad kalau lambat ...
Bangsa Melayu Di Myanmar Sangat Patriotik Tidak Seperti Rohingya

Bangsa Melayu Di Myanmar Sangat Patriotik Tidak Seperti Rohingya

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 95 hits
Ketika masyarakat berminat sangat dengan isu Rohingya jangan pula lupa akan Melay Islam Myanmar yang juga perlukan perhatian kita Mungkin ramai antara kita tidak tahu bahawa bangsa Melayu ada yang tinggal dan menetap di Myanmar Mereka tidak...
Faktor Persekutuan Tanah Melayu Singapura Borneo Utara Brunei Dan Sarawak Harus Disatukan

Faktor Persekutuan Tanah Melayu Singapura Borneo Utara Brunei Dan Sarawak Harus Disatukan

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 89 hits
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi Singapura pada 27 Mei 1961 telah menggagaskan tentang perl...
Malaysia Turkiye Mampu Cabar Naratif Pro Israel Kata Penganalisis

Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Bukan Masanya Untuk Mengajar Mereka Berenang

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lirik Lagu Perayaan Mati Rasa Umay Shahab Feat Natania Karin

Tauhu Bakar Vs Tauhu Goreng Singapore Mana Lebih Sedap


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir


Panduan Terbaik Untuk Menghadapi Ujian Psikometrik Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Fa5

Readers Poll 2024 Winners Announced Practical Fishkeeping

Persiapan Sekolah Dan Perbelanjaan Asrama 2025

180 Video Belajar Iqro 1 6 Dari Yufid Tv

Sedekad Ketiadaan Tokguruku Nik Aziz

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen