Pretend To Be Leader Just A Week
Assalamualaikum.. tq tq .sudi baca blog Un lagi. Selepas Isnin, pastinya Selasa datang bertandang. Yes! Selasa lepas berjaya dilalui dengan penuh rasa syukur. Walaupun pada malam sebelumnya Un kerja 1700hrs (Isnin)- 0800hrs ( Selasa). Sambungan entry lepas ; “Lepas tu UN balik mandi dan rehat bagi masuk tugas bilik gerakan pula pada jam 1700hrs sampai lah pagi ini”. Nak tahu, Un balik tu niat nak rehat seketika, tapi Ya Allah letak kepala terus hilang. Hilang dari radar( dah seakan MH370), terus lena dengan nyenyak. Sedar pula jam 425petang. Bangun bukan dengan keadaan slow motion, tapi macam gunung berapi meletus..tersentak! adoii…dah lambat! Tapi memikirkan waktu solat asar dah masuk, Un solat dulu sebelum gerak ke IPD. 440petang, baru Un gerak. Un sampai IPD tepat 500petang. Serius, risau ada boss cari. Haishhh….tak tenteram kalau terlambat tau! Rezeki apabila kita dahulukan solat, jaga masa, Allah jaga kita. Yakin yang tu sudah. Sambung cerita hari Selasa. Pagi Selasa, patutnya kena mengadap Timbalan OCPD berkaitan laporan tugas bilik gerakan DCC malam tadi sampai jam 800pagi. Tapi Ocpd buat rocall untuk suatu hal yg lebih mustahak. Jadi Un masuk meting dah terus pergi kantin makan lepas tu. 🤣. Habis makan, sempat sign surat semua, Un bergegas balik rehat. Biasa memang begini, sebab dah kerja 14jam kan malam sebelumnya. KOW TEOW GORENG Balik rumah, dengan penat dan letih, Un gagahkan diri masak kow teow goreng dan masak lauk sikit untuk anak-anak dan suami. Sempat la rehat sekejap selepas settle masak. Jam 1petang, masuk je waktu terus solat zuhur. Program Keselamatan Jalan Raya PDRM bersama PERKESO Ha..Un ada tugas minggu ini sebagai pengganti cuti kepada pemangku letua bahagian. Jadi, Un la yang kena hadir tugas bila ada event semua. Penat juga jadi boss kan. Tapi takpa, kena merasai bagaimana sibuk menjadi ketua. Masa kena pandai adjust sendiri. Kalau tidak memang pengsanlah. Okaylah, sekadar kenangan semalam. Un kongsikan gambar kenangan. 😃
The post Pretend to be leader ; just a week appeared first on UmmiNani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2018/11/pretend-to-be-leader-just-a-week/