Pas Bersatu Dari Halal Tebuk Atap Ke Komedi Politik Di Perlis







DR SHAHNOR BASRIDecember 26, 2025Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang mahu lima ADUN Bersatu turut dikenakan tindakan seperti trio Pas di Perlis, sebenarnya bukan soal disiplin parti atau integriti politik. Ia adalah episod komedi politik yang memalukan — kerana datang daripada parti yang pernah menghalalkan pengkhianatan terbesar dalam sejarah demokrasi moden Malaysia.
Ketika Langkah Sheraton meruntuhkan mandat rakyat, Pas bukan sekadar penumpang. Pas adalah rakan kongsi penuh, lengkap dengan justifikasi agama, dalil politik dan khutbah moral.




Ahli Parlimen yang melompat daripada PKR dan Pakatan Harapan tidak dianggap pengkhianat, sebaliknya “penyelamat ummah”. Pada waktu itu, tiada tuntutan supaya mereka dihukum, dipecat atau disiasat, kerana lompat parti menjadi “ibadah politik” yang membawa Pas ke Putrajaya. Tidak pernah ada satu kenyataan juga mengenai pengkhianatan Bersatu ketika itu dalam menggerakkan Langkah Sheraton?




Hari ini, apabila Pas sendiri terperangkap dalam krisis dalaman di Perlis, tiba-tiba lompat parti menjadi dosa besar. Tiba-tiba disiplin dijulang, prinsip ditegakkan, dan Bersatu pula ditunjukkan jari. Inilah Pas versi sebenar: prinsip hanya hidup apabila kuasa terancam.
Jika lompat parti itu salah, Pas sepatutnya memulakan taubat politik dengan mengakui bahawa Sheraton adalah satu kesilapan besar. Tetapi Pas tidak pernah meminta maaf. Sebaliknya, mereka kini mahu menjadi hakim moral ke atas Bersatu — rakan sekongkol yang sama-sama menumbangkan kerajaan dipilih rakyat. Hipokrasi ini bukan kecil, ia struktural.


Lebih menjijikkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dalam ucapannya di Marang, memberi gambaran bahawa perletakan jawatan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, kononnya berkait dengan terlalu banyak projek dan unsur rasuah. Kenyataan ini bukan sekadar longgar, tetapi tidak bertanggungjawab secara moral dan politik. Bagaimana pula dengan satu rakaman yang tular mengenai kenyataan Shukri yang menghina Istana? Adakah ini satu projek juga?




Soalan paling asas ialah: jika benar wujud masalah projek dan rasuah, di manakah Pas ketika Shukri Ramli menjadi Menteri Besar dengan sokongan penuh mereka? Mengapa Pas tidak menghalang? Mengapa Pas tidak menegur? Atau adakah Pas hanya sedar tentang “rasuah” selepas kuasa tidak lagi selesa di tangan mereka?
Jika isu rasuah hanya muncul selepas pergaduhan dalaman, maka ia bukan integriti — ia senjata politik murahan.


Pas tidak boleh lari daripada hakikat ini: mereka sanggup menutup mata terhadap apa sahaja selagi kuasa terjamin. Tetapi apabila kuasa tergugat, segala-galanya dibuka semula — bukan demi kebenaran, tetapi demi menyelamatkan hegemoni sendiri. Inilah politik Islam versi Pas: akhlak selektif, dosa bermusim, prinsip boleh runding.
Bersatu kini menjadi mangsa kepada sikap ini. Selama ini, Bersatu dianggap sekutu yang berguna. Tetapi apabila Pas merasa dominasi mereka di Perlis tercabar, Bersatu tidak lagi dilihat sebagai rakan, sebaliknya sebagai sasaran. Pas mahu menentukan siapa patut dihukum, siapa patut dikorbankan, dan siapa harus disenyapkan. Ini bukan perkongsian politik, ini hubungan tuan dan hamba.


Perlis hanyalah pentas kecil kepada drama yang lebih besar. Keretakan Pas – Bersatu bukan kerana ideologi, tetapi kerana nafsu kuasa yang tidak lagi selari. Pas mahu kekal dominan, Bersatu pula semakin sedar bahawa mereka hanya diperlukan selagi patuh.
Akhirnya, rakyat harus bertanya dengan jujur: jika Pas boleh menghalalkan pengkhianatan semalam dan mengharamkannya hari ini, apakah jaminan bahawa mereka tidak akan mengubah hukum sekali lagi esok? Jika prinsip boleh ditukar mengikut keperluan politik, maka apa bezanya Pas dengan parti yang mereka dakwa rosak dan korup selama ini?


Jawapannya pahit tetapi jelas: Pas bukan parti prinsip, Pas ialah parti kuasa.


Dan kuasa, apabila dibungkus dengan agama tetapi dikosongkan daripada kejujuran, akhirnya akan memakan tuannya sendiri. Adakah Hukum Karma dan doa-doa qunut PAS melantun kebatang hidung mereka sendiri?










 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/pas-bersatu-dari-halal-tebuk-atap-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dulu Tebuk Atap Dipuja Sekarang Di Perlis Pas Maki

Dulu Tebuk Atap Dipuja Sekarang Di Perlis Pas Maki

papar berkaitan - pada 27/12/2025 - jumlah : 85 hits
HarapandailyDecember 26 2025OLEH AHMAD MURSITak ada ribut tak ada petir tak ada DAP huru hara politik di Perlis walhal PN menang hampir semua 14 dari 15 kerusi Bersih tidak stabil pun tidak Mitos je Walaun dikerah beramai ramai memuji tinda...
Pas Lawan Pas Krisis Tebuk Atap Di Perlis Paling Hina Mahfuz

Pas Lawan Pas Krisis Tebuk Atap Di Perlis Paling Hina Mahfuz

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 91 hits
Malaysiakini nbsp Amanah melihat pergolakan kerajaan Perlis adalah potret sebenar kegagalan PAS dan PN apabila diberi kuasa tanpa disiplin dan keupayaan mentadbir sekali gus menyaksikan tebuk atap paling hina berlaku Naib presidennya Mahfuz...
Prk Di Perlis Boleh Cetus Konfrontasi Pas Bersatu

Prk Di Perlis Boleh Cetus Konfrontasi Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 110 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Penganalisis menjangkakan kemungkinan besar berlakunya pertembungan antara PAS dan Bersatu jika PRK diadakan di Perlis selepas kerusi tiga Adun PAS diisytiharkan kosong hari ini ekoran terhentinya keahlian merek...
Selepas Bersatu Pas Juga Serah Nama Calon Mb Perlis

Selepas Bersatu Pas Juga Serah Nama Calon Mb Perlis

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 83 hits
FMT ReportersPETALING JAYA PAS telah mengemukakan nama untuk dipertimbang sebagai calon menteri besar Perlis baharu bagi menggantikan Shukri Ramli yang melepaskan jawatan itu semalam Presiden Hadi Awang berkata parti itu mengemukakan nama d...
Mb Perlis Letak Jawatan Politik Machiavelli Pas Dan Pn Pusat

Mb Perlis Letak Jawatan Politik Machiavelli Pas Dan Pn Pusat

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 86 hits
Syam GhazShukri Ramli Disingkirkan Tanpa Perikemanusiaan oleh PAS Pusat PN Pusat dan Pas Perlis Ini Nasib bekas MB Perlis yang disingkirkan secara terancang oleh PAS Pusat PN Pusat dan PAS Perlis Dilantik oleh PAS dan Perikatan Nasional kem...
Letak Jawatan Kearajaan Tolong Negeri Perlis Tapi Biasa La Dok Hentam Lagi Kerajaan Akhirnya Kena Tebuk Atap Kiok

Letak Jawatan Kearajaan Tolong Negeri Perlis Tapi Biasa La Dok Hentam Lagi Kerajaan Akhirnya Kena Tebuk Atap Kiok

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 85 hits
TERKINI Mohd Shukri Umum Letak Jawatan MB Perlis Mohd Shukri mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Perlis pada 25 Disember 2025 KANGAR 25 Dis Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli mengumumkan peletakan jawatannya selepas m...
Bersatu Seru Semua Pihak Bertenang Susulan Kemelut Politik Perlis

Bersatu Seru Semua Pihak Bertenang Susulan Kemelut Politik Perlis

papar berkaitan - pada 26/12/2025 - jumlah : 116 hits
KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia menegaskan perkembangan politik di Perlis yang melibatkan pengguguran keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri PAS serta peletakan jawatan Menteri Besar perlu ditangani secara matang dan berhemah ...
Pas Pecat Tiga Adun Perlis Serta Merta Keahlian Terhenti Ikut Perlembagaan Parti

Pas Pecat Tiga Adun Perlis Serta Merta Keahlian Terhenti Ikut Perlembagaan Parti

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 115 hits
PAS memecat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu berkuat kuasa serta merta susulan keputusan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS yang bersidang hari ini Tiga wakil rakyat terbabit ialah ADUN Chuping Saad Seman ADUN Bin...
Quick Diet Dinner Recipes Veg

10 Negeri 1 Wilayah Diramal Alami Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Uqasha Senrose Tegas Rumah Baharu Dibeli Dengan Duit Sendiri Tidak Terpengaruh Kritikan Netizen


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Walaupun Tak Dapat Grand Prize Rezeki Tetap Ada

Kerabat Diraja Dan Kerajaan Arab Saudi Semakin Keliru Dengan Sistem Kehakiman Negara Kita

Iskandar Ismail Golimaar Chord

Factory Specials The 10 Best Production And Concept Bikes Of 2025

Tips Urus Kewangan Bersama Pasangan Cara Elak Konflik