Presiden Umno Jawab 5 Perkara Ini



Tg Piai: UMNO perlu jawab soalan-soalan ini. Adakah MCA janjikan bantuan kewangan kepada UMNO?KAWASAN pilihan raya Parlimen Tanjung Piai mempunyai majoriti pengundi Melayu. Semenjak penubuhannya, ia diberi kepada calon MCA oleh UMNO untuk bertanding atas tiket BN. Dengan undi pengundi majoriti Melayu, calon MCA menang sebanyak tiga kali. Dalam PRU14, calon MCA kalah. Itu disebabkan oleh pengundi Cina telah bersepadu menyokong DAP dan pengundi Melayu dari UMNO yang ‘memberontak’ kerana mereka mahukan calon UMNO bertanding di situ.Perlu diingat bahawa kawasan itu diberi kepada MCA sebagai kawasan selamat untuk menang kerana MCA tidak mampu menang di kawasan majoriti Cina.Apa jadi selepas PRU14? Kerana UMNO sudah tidak berguna lagi, maka pemimpin-pemimpin MCA pun menjauhkan diri daripada UMNO, mencemuh, menghina, mengutuk, mencerca, memperlekeh dan menuntut BN dibubar. Peliknya, MCA tidak bertindak keluar dari BN.Tetapi, apabila tiga PRK berlalu dengan kemenangan calon UMNO, sikap MCA terhadap UMNO mula berubah. Ia datang meleset untuk berbaik semula. Apabila berlaku kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai, MCA terus menuntut ia diberi kepada MCA untuk bertanding atas alasan itu kubu kuat dan kawasan tradisi.Presiden UMNO, DS Zahid juga dilaporkan berkata bahawa ia adalah kubu kuat MCA.(The Star Online 21 September 2019).Media massa pro-Cina turut memain peranan. Mereka mengatakan bahawa muafakat UMNO-PAS adalah rasis. Jika UMNO meletakkan calonnya di Tanjung Piai, maka ia membuktikan bahawa muafakat itu memang rasis. Untuk membuktikan ia tidak rasis dan muafakat itu bukan hanya untuk kepentingan orang Melayu/Islam sahaja, UMNO hendaklah membenarkan calon MCA bertanding. Itu adalah perang psikologi mereka.  Sementara itu cawangan-cawangan UMNO di Tanjung Piai mendesak supaya calon UMNO diletak si situ.Tiba masa keputusan dibuat, BN meletak calon MCA di situ.Sehari selepas perisytiharan itu dibuat, Setiausaha Agung MCA mengeluarkan kenyataan bahawa MCA akan mencelah dalam prosiding di Mahkamah Tinggi, di mana seorang peguam Melayu memfail permohonan untuk mendapat penghakiman sama ada sekolah-sekolah vernakular (Cina dan Tamil) sah atau tidak mengikut Perlembagaan. Tujuan MCA itu ialah untuk menghujahkan bahawa ia sah di sisi Pelembagaan dan mempertahankan kewujudan sekolah-sekolah Cina.Tindakan itu langsung tidak sensitif terhadap perasaan UMNO dan PAS. Soalnya, bagaimana UMNO dan PAS akan berkempen menyokong calon MCA sedangkan MCA hendak membuktikan kepada masyarakat Cina bahawa ia adalah juara dalam memperjuangkan kewujudan sekolah Cina dan pengiktirafan sijil UEC.Sebelum itu, Presiden MCA telah mencabar DAP mengapa diam apabila Kongres Maruah Melayu mengeluar resolusi supaya sekolah vernakular dimansuhkan secara berperingkat-peringkat. Adakah UMNO dan PAS akan menyokong MCA dalam hal itu, atau adakah UMNO dan PAS akan menyokong calon MCA tetapi tidak menyokong pendirian MCA dalam hal itu?Esoknya  (1 November 2019) Malay Mail, memetik Berita Harian melaporkan satu sumber dari UMNO yang mendakwa bahawa MCA mengancam untuk keluar daripada gabungan BN jika UMNO tidak membenarkan calon MCA bertanding di PRK Tanjung Piai.“Sumber itu berkata tekanan itu datang daripada jawatankuasa eksekutif pusat MCA.“‘Mereka mahu keluar jika UMNO berkeras untuk bertanding. MCA yakin ia boleh menang berdasarkan analisa yang dijalankan.“‘Selepas mendengar hujah-hujah, Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk memberi laluan kepada MCA,’ katanya.”[i] (Terjemahan saya).Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong menafikan dakwaan itu, tetapi Presiden UMNO tidak berkata apa-apa.Jika dakwaan itu benar dan jika itulah antara sebab mengapa UMNO bersetuju calon MCA bertanding di PRK itu, maka UMNO sudah menjual maruahnya kepada MCA dan maruah orang Melayu kepada orang Cina. Ertinya, bila UMNO tidak berguna kepada MCA, UMNO boleh dicemuh, dihina, dicerca, dikutuk dan diperlekeh; tetapi, apabila difikirkan ia berguna semula, ia boleh dipujuk, dijanji dan diancam dan UMNO akan mengalah dan memberi  apa yang ditutut oleh MCA. Kita tidak dapat mengelak daripada realiti bahawa UMNO  mewakili orang Melayu dan MCA mewakili orang Cina.Ini bukan soal calon MCA itu akan menang atau kalah. Ini soal maruah UMNO dan maruah orang Melayu. Jika dakwaan itu tidak benar, DS Zahid hendaklah segera membuat kenyataan menafikannya, dan pemimpin-pemimpin UMNO yang berada di dalam mesyuarat tersebut juga hendaklah menyatakan apa yang sebenarnya berlaku. Mereka mewakili orang Melayu dan UMNO menghendaki undi orang Melayu. Orang Melayu berhak tahu apa yang berlaku.Tetapi, jika dakwaan itu benar, DS Zahid telah mengkompromi maruah dan memalukan UMNO dan orang Melayu dan beliau eloklah berundur.Pada 31 Oktober 2019, Astro Awani melaporkan DS Zahid “menjelaskan persetujuan untuk meletakkan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng sebagai calon adalah berdasarkan semangat kemuafakatan dalam kalangan parti komponen BN.”Kenyataan itu tidak cukup untuk menafikan dakwaan berkenaan. Di mana adanya semangat muafakat jika MCA bersikap demikian?Ada satu perkara lagi yang kita tidak tahu dan sama ada ia menjadi pertimbangan UMNO atau tidak dalam membuat keputusan itu, iaitu, ada tidak MCA menjanjikan bantuan kewangan kepada UMNO, memandangkan UMNO sedang menghadapi masalah kewangan. Ini juga melibatkan maruah UMNO dan orang Melayu: sama ada mereka boleh dibeli.Tidak kira calon MCA itu akan menang atau tidak, dengan bersetuju memberi laluan kepada MCA itu, soalan-soalan ini berbangkit dan perlu dijawab, khususnys oleh Presiden UMNO:Adakah UMNO bersetuju bahawa Tanjung Piai adalah kubu kuat dan kawasan tradisi MCA, bukan ihsan UMNO kepada MCA?Adakah UMNO menerima hujah media pro-Cina bahawa muafakat UMNO-PAS adalah rasis dan untuk membuktikan ia tidak rasis dan bukan untuk kepentingan orang Melayu/Islam sahaja, calon MCA hendaklah dibenarkan bertanding atas tiket BN?Mengapa pucuk pimpinan UMNO langsung tidak menghiraukan pandangan UMNO tempatan dan orang Melayu amnya?Adakah MCA mengancam untuk keluar dari BN, jika UMNO tidak bersetuju membenarkan calon MCA bertanding atas tiket BN?Adakah MCA menjanjikan bantuan kewangan kepada UMNO?Sekian.[i] “The source said the pressure came from MCA’s central executive committee.
“ ‘They wanted to leave if Umno insisted on contending. MCA convinced Umno they could win based on the analyses conducted. 
“ ‘After listening to the arguments, Umno’s Supreme Working Council decided to give way to MCA,’ it said.”Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.(Diangkat dari https://www.ismaweb.net/2019/11/04/tg-piai-umno-perlu-jawab-soalan-soalan-ini/)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/11/presiden-umno-jawab-5-perkara-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Kutuk Pemimpin Umno Tapi Lakukan Perkara Sama Saatnya Pm Berundur Sebelum Terlambat

Pm Kutuk Pemimpin Umno Tapi Lakukan Perkara Sama Saatnya Pm Berundur Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 259 hits
PM kutuk Pemimpin UMNO tapi lakukan perkara sama Saatnya PM berundur sebelum terlambat 1 Saya merujuk sidang media PM sempena Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan semalam 2 Dalam sidang media itu PM mempertahankan dasar dan perlak...
Sokongan Pas Umno Tidak Relevan Anwar Jawab Isu Jawatan Pm

Sokongan Pas Umno Tidak Relevan Anwar Jawab Isu Jawatan Pm

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 365 hits
October 26 2019 12 45 PMPresiden PKR Anwar Ibrahim berkata parti yang berkuasa akan menentukan pimpinan kerajaan termasuk memberi sokongan kepada Dr Mahathir sebagai perdana menteri BANGI Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak terkejut dengan tin...
Memalukan Umno Zahid Perlu Letak Jawatan

Memalukan Umno Zahid Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 300 hits
Zahid tiada kredibiliti untuk dapatkan kerusi parlimen Tanjung Piai dari MCA sampai tahap saya dapat arahan Lebih baik jadi ketua pandu puteri
Oops Brothers In Islam Or Not But No Room For You In Kelantan Or Terengganu Govts Pas Tells Umno

Oops Brothers In Islam Or Not But No Room For You In Kelantan Or Terengganu Govts Pas Tells Umno

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 379 hits
KUALA LUMPUR The PAS administrations in Kelantan and Terengganu do not have space for Umno lawmakers said Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim The PAS deputy president said however that this would not affect his party s cooperation with Umno or ...
Insyaallah Saya Bertahan Dalam Umno

Insyaallah Saya Bertahan Dalam Umno

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 122 hits
Berikut adalah sedutan siaran langsung temu bual santai bersama Datuk Seri Bung Mokhtar Radin pada 29 Oktober 2019
We Declined Umno S Offer To Join Perlis Exco Says Pas

We Declined Umno S Offer To Join Perlis Exco Says Pas

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 333 hits
PAS says there is no exco vacancy available for Umno men in states under its administration KUALA LUMPUR PAS said it was once offered to be part of the state administration in Perlis one of two states held by Barisan Nasional PAS deputy pre...
Pas Refuses To Give Any Seat To Partner Umno

Pas Refuses To Give Any Seat To Partner Umno

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 439 hits
Despite Zahid s apology and begging Malay unity is nothing but empty rhetoric trumpeted by Malay politicians desperate for gullible Malay votes as did Buy Muslim made First campaign triggered by UMNO s racism and extremism initiative to put...
Umno Gagal Sambut Sentimen Kebangkitan Orang Melayu

Umno Gagal Sambut Sentimen Kebangkitan Orang Melayu

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 438 hits
Isma kesal BN berdegil letak calon Cina di Parlimen Tanjung PiaiBANGI Gerakan Islam utama Ikatan Muslimin Malaysia kesal dengan keputusan Barisan Nasional meletakkan Wee Jeck Seng daripada parti perkauman MCA sebagai calon Pilihan Raya Keci...
Lebai Wala Kepada Umno Dan Umno Wala Kepada Mca Siapa Parti Dominan Di Dalam Bn Sebenarnya

Lebai Wala Kepada Umno Dan Umno Wala Kepada Mca Siapa Parti Dominan Di Dalam Bn Sebenarnya

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 250 hits
Tepat jangkaan saya bahawa akan ada fatwa baru oleh olamak parti lebai bila MCA letak calon di PRK Tg Piai Tidak seperti di PRK Cameron Highland di mana fatwanya adalah wajib undi calon Melayu Islam dan haram undi calon bukan Islam Di atas ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp