Premis Sarung Tangan Tanpa Permit Diserbu



KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) menyerbu sebuah premis milik sebuah syarikat disyaki menjalankan kegiatan jual beli sarung tangan getah yang ditolak (rejected) tanpa permit sah, di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang, kelmarin.
Menurut LGM dalam satu kenyataan, syarikat terbabit dipercayai aktif membeli, menyimpan dan menjual sarung tangan getah ditolak serta mengeksport sarung tangan getah, tanpa permit dan lesen sah sejak Julai tahun lalu.
Katanya, serbuan itu dijalankan pasukan Unit Inspektorat dan Penguatkuasaan LGM Pahang bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Raub dengan dibantu Polis Daerah Bentong, Pahang.
“Dalam serbuan itu, sebanyak 380 kotak berisi sarung tangan getah, 887 plastik berisi sarung tangan getah ditolak dan 619 plastik berisi sarung tangan getah sekerap, dirampas.
“Sembilan guni jumbo berisi sarung tangan getah ditolak, pelbagai dokumen dan peralatan turut dirampas.
“Kesemua rampasan dianggarkan bernilai kira-kira RM280,000,” katanya.
Nak tular sangat…

Menurut kenyataan itu lagi, tindakan diambil ke atas syarikat terbabit mengikut Peraturan 22 (1)(b) dan Peraturan 3 (1)(c) Peraturan-Peraturan Lembaga Getah Malaysia (Pelesenan dan Permit) 2014.
“Jika sabit kesalahan mengikut Peraturan 22 (1)(b), syarikat itu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“Jika sabit kesalahan mengikut Peraturan 3(1)(c) pula, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Mengikut peraturan ditetapkan, syarikat yang mahu menjalankan aktiviti membeli, menyimpan dan menjual sarung tangan getah ditolak serta sarung tangan getah sekerap, perlu ada permit PST-G dikeluarkan LGM, dan lesen untuk mengeksport sarung tangan getah.
Menurut kenyataan itu, LGM sentiasa prihatin dan amat menitikberatkan kualiti sarung tangan getah keluaran tempatan.
Ini berikutan industri sarung tangan getah adalah salah satu penyumbang terbesar kepada pendapatan eksport barangan getah negara.
“Pihak LGM juga akan berterusan memantau dan mengawal selia keseluruhan rantaian industri getah yang beroperasi, untuk memastikan kualiti sarung tangan getah dihasilkan adalah berkualiti tinggi serta terjamin.
“Sebarang aduan berkaitan industri getah boleh disalurkan melalui talian 017-291 5888,” katanya.
KPDNHEP Raub dalam satu kenyataan pula memaklumkan bahawa 26 pekerja warga Myanmar termasuk empat wanita, dan seorang lelaki tempatan dipercayai bekerja di premis dua tingkat itu, ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah hari itu.
Katanya, serbuan diketuai Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP daerah, Mohd Faizul Salleh, dilakukan hasil maklumat awam dan risikan selama seminggu oleh KPDNHEP Raub.
“Ketika serbuan, ada sejumlah sarung tangan getah tanpa jenama yang belum dibungkus dan masih dalam bentuk ceraian, berada di dalam premis terbabit.
“Hasil pemeriksaan lanjut, kita menemui sejumlah sarung tangan getah sudah siap dibungkus dalam kotak yang sedia untuk dipasarkan,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, pihak terbabit disyaki menggunakan premis berkenaan sebagai tempat memproses dan membungkus semula sarung tangan getah yang ditolak sebelum mengedarkannya ke pasaran.
Katanya, siasatan lanjut berhubung perkara berkenaan akan dilakukan oleh LGM.
Kesemua pekerja warga asing dan lelaki tempatan yang ditahan dalam serbuan itu pula diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Kerjasama gabungan politik pada PRU15, CWC MIC tentukan

The post Premis sarung tangan tanpa permit diserbu appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/04/premis-sarung-tangan-tanpa-permit-diserbu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangan Terikat Sarung Jasad Pria Tanpa Identitas Mengambang Di Sungai Ciherang

Tangan Terikat Sarung Jasad Pria Tanpa Identitas Mengambang Di Sungai Ciherang

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 188 hits
Pria tanpa identitas itu kata Nur Faqih diperkirakan berusia 40 tahun Pada jasadnya didapati baju kaus dan celana pendek
Fasa Pertama Hab Sarung Tangan Getah Di Kuantan Bermula Jun Ini

Fasa Pertama Hab Sarung Tangan Getah Di Kuantan Bermula Jun Ini

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 210 hits
KETUA Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang Mohd Faizal Jaafar berkata hab yang melibatkan pelaburan berjumlah RM100 juta itu berkeluasan kira kira 128 2 hektar di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini Pembinaan fasa pertama...
Premis Pusat Hiburan Tersorok Diserbu

Premis Pusat Hiburan Tersorok Diserbu

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 197 hits
SEBUAH premis pusat hiburan yang beroperasi di lokasi tersorok dan dikawal ketat oleh pengawal keselamatan di nbsp Jalan Yap Kwan Seng di Kuala Lumpur diserbu polis malam tadi Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkat...
Libas Bapa Saudara Dengan Parang Hingga Hampir Putus Tangan

Libas Bapa Saudara Dengan Parang Hingga Hampir Putus Tangan

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 231 hits
Oleh ZAAIN ZIN MOHAMAD Asyraf Rahimi didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan melibas bapa saudaranya dengan parang sehingga pergelangan tangan mangsa hampir putus Februari lalu UTUSAN ZULHANIFA SIDEKKOTA BHARU Seorang...
Wakil Orang Asal Semelai Lubuk Perah Bera Gesa Mb Campur Tangan Isu Tanah Mereka

Wakil Orang Asal Semelai Lubuk Perah Bera Gesa Mb Campur Tangan Isu Tanah Mereka

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 424 hits
BERA Orang Asal Semelai Lubuk Perah dekat sini menggesa Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail campur tangan mengarahkan sebuah syarikat pemaju menghentikan tindakan tiada kemanusiaan mereka menceroboh dan memusnahkan tanaman pe...
Campur Tangan Politik Sebabkan Situasi Pendemik Meruncing

Campur Tangan Politik Sebabkan Situasi Pendemik Meruncing

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMPUR Masalah yang dihadapi tatkala negara masih bergelut dengan pandemik COVID 19 hari ini bukan hanya berpunca daripada kekurangan dari sudut kepimpinan kerajaan tetapi juga melibatkan sistem secara keseluruhannya Bekas Ketua Pegaw...
Pergelangan Tangan Sakit

Pergelangan Tangan Sakit

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 1990 hits
Assalamualaikum Tudiaaa Tangan dah kena cucuk ambik darah Hurm lengan LM ni kalau ambik darah memang susah nak jumpa urat Biasanya ambik kat situ je yang dapat Macam kes ni dah bagitau doktor urat susah jumpa dia try juga last last lengan a...
Ibu Kongsi Pengalaman Ngeri 7 Jam Terkurung Dalam Tandas Sampai Biru Kaki Dan Tangan

Ibu Kongsi Pengalaman Ngeri 7 Jam Terkurung Dalam Tandas Sampai Biru Kaki Dan Tangan

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 279 hits
Pengalaman terkurung dalam tandas merupakan insiden yang biasa berlaku Namun bayangkan sekiranya anda terkurung di dalam tandas dan tiada sesiapa di rumah yang boleh membantu menyelamatkan anda Lebih mengharukan keadaan apabila telefon bimb...
Wow Sedapnya Air Tangan Suami Untuk Isteri Berpantang 20 Resipi Ni Memang Superb

Wow Sedapnya Air Tangan Suami Untuk Isteri Berpantang 20 Resipi Ni Memang Superb

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 402 hits
Menyediakan makanan berpantang tidaklah sesukar mana Hanya perlu memilih makanan yang segar dan tinggi khasiatnya serta serasi dengan tubuh kita Namun berbanding menyediakannya sendiri air tangan suami pastinya terasa cukup sedap dan amat b...
Concerned Malaysians Want Justice For Late Customs Tribunal Officer Lim Ju Vynn Prevent A Teo Beng Hock 2 0

Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 1

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri

Duit Dalam Mykad Cara Semak Dan Keluarkan Duit

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

Cbd Pouches Vs Traditional Nicotine Pouches Which One Is Right For You

Air Balang Yang Tersakiti Penuh Dengan Kata Kata Jiwang Jadi Tarikan Di Bazar Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Alindya Ichi Takdir Cinta Harus Berpisah Chord

Petrol Ganti Minyak Tanah Jika Tiada Untuk Pasang Pelita Raya 4 Risiko Wajib Anda Tahu

Apa Itu Tin Ini 3 Cara Dapatkan Tin Tax Identification Number

Speed Read The Race Bred Harley Davidson Cvo Road Glide Rr And More

Kpm Larang Jualan Gula Gula Bentuk Vape Di Sekolah

Berbuka 8 Puasa Mee Goreng Berkuah