Ana Ikan Bakar Petai Kuantan Seafood Segar Sambal Petai Legend Di Tanjung Lumpur


Kalau ke Kuantan, satu port makan yang memang wajib singgah ialah Restoran Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur. Terkenal dengan hidangan laut segar dan sambal petai pedas menyengat, restoran ni memang sinonim dengan nama Kuantan sendiri!


Suasana & Lokasi StrategikTerletak di kawasan Tanjung Lumpur, restoran ini hanya 10 minit dari pusat bandar Kuantan. Kawasannya luas, menempatkan dua bangunan besar - ruang makan indoor dan outdoor, siap dengan kemudahan kids’ playground untuk keluarga yang bawa anak kecil.

Kalau datang waktu malam, suasana memang meriah. Cuma kalau datang terlalu lewat, tak sempatlah nak tengok pemandangan laut. Tapi kalau datang waktu senja, boleh nikmati hembusan angin laut sambil tunggu ikan bakar disiapkan.

Cuma satu hal, parking agak terhad, lebih-lebih lagi waktu hujung minggu. Tapi kalau datang hari biasa, biasanya lebih mudah dan tak perlu menunggu terlalu lama.

  

Pilihan Ikan & Makanan Laut SegarBahagian paling menarik tentunya di kaunter pilihan ikan. Macam-macam ada ya dari ikan kerapu, siakap, pari, sotong, lala, udang hingga ketam, semuanya nampak segar dan baru dinaikkan dari laut.

Menu Pilihan sis bersama keluarga

Ikan Kerapu masak stim limau
Siakap 3 Rasa

Sotong goreng tepung

Ketam sambal

Lala masam manisSetiap lauk dimasak ikut pesanan dan gaya masakan pun boleh pilih .. stim, tiga rasa, masak sambal, sambal petai atau bakar kosong

Signature dish di sini mestilah Ikan Bakar Sambal Petai, resepi yang jadi nama restoran ni. Cuma masa sis datang, dah abis.....  mungkin sebab waktu tu weekend ramai pelanggan. Tapi kalau dapat versi freshly made, memang padu! 

Baca Juga: 
Din Cendol D'Kebun, Seksyen 7 
Richiamo Coffee  

Waktu MenungguKalau datang waktu puncak (8 malam ke atas), bersedialah untuk menunggu lama. Sis sendiri tunggu hampir 45 minit untuk ikan siap dan 15 minit lagi untuk nasi dan minuman.

Kebanyakan pelanggan lain pun kata, kalau datang weekend kena tunggu sampai 1 jam lebih. Tapi suasana restoran yang luas, meriah dan ada playground, sedikit sebanyak buat masa menunggu jadi tak terasa.

Tip mudah: datang awal sekitar 6.30 – 7.00 malam atau pilih hari biasa kalau nak cepat dapat makanan

Harga & ServisDari segi harga, Ana Ikan Bakar Petai Kuantan ni memang ikut harga pasaran semasa seafood. Tapi portion memang besar, sesuai untuk makan ramai-ramai.

Servis agak sibuk bila ramai pelanggan, tapi staf masih mesra dan cuba urus sebaik mungkin. Kadang-kadang kena ingatkan order nasi atau air sebab boleh ‘miss’ bila terlalu ramai meja! Gitewww...

Secara keseluruhannya, harga masih berbaloi dengan kualiti makanan dan suasana

Tips Kalau Nak Datang ke Ana Ikan Bakar Petai KuantanUntuk yang baru pertama kali nak datang, ni beberapa tips supaya pengalaman makan lebih best…Datang awal – Sebelum pukul 7 malam kalau nak elak crowd.Elak hujung minggu – Kalau boleh, datang hari bekerja sebab masa menunggu jauh lebih singkat.Pilih ikan sederhana saiz – Masak lebih cepat dan sambal lebih sekata.Bawa tunai secukupnya – Walaupun dah banyak restoran terima eWallet, ada masa sistem offline.Parking jauh sikit tak apa – Lagi senang keluar nanti bila pelanggan dah penuh.Datang dengan perut kosong! – Portion memang besar dan lauk banyak, confirm kenyang.
Jangan Lupa Singgah!Ana Ikan Bakar Petai Kuantan memang layak jadi antara tempat makan wajib singgah bila ke Kuantan.

Walaupun ada masa perlu tunggu lama dan sambal tak selalu konsisten, tapi rasa seafood segar, suasana meriah dan pilihan lauk pelbagai memang berbaloi dengan harga dan pengalaman.

Kalau ada rancangan bercuti ke Kuantan, dari Pantai Teluk Cempedak, Bukit Gambang atau bandar… wajib masukkan Ana Ikan Bakar Petai dalam itinerary makan malam!







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2025/10/ana-ikan-bakar-petai-kuantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asam Pedas Ikan Kembung Terung Sambal Sambal Belacan Dan Ulam Petai Lauk Lunch Hari Ini

Asam Pedas Ikan Kembung Terung Sambal Sambal Belacan Dan Ulam Petai Lauk Lunch Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 225 hits
Assalamualaikum Settle dah masak untuk tengahari ni awal SA masak macam biasa petang nak bermalas malasan nak tido siang hahaha x tau la dapat ke tak bukan main berangan ha kain baju ada yang nak dilipat semalam x basuh baju sebab SA keluar...
Pengalaman Makan Seafood Segar Tepi Pantai Destinasi Viral Pasca Cuti

Pengalaman Makan Seafood Segar Tepi Pantai Destinasi Viral Pasca Cuti

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 248 hits
Banyak yang baru pulang dari percutian mengunjungi lokasi popular menikmati makanan laut segar di tepi pantai atau mencuba tiram dan kerang mentah yang dianggap segar dari laut Namun ramai tidak menyedari bahawa makanan laut mentah atau sep...
Sambal Terung Ikan Masin

Sambal Terung Ikan Masin

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 214 hits
nbsp Kak ana suka juga masak dan makan sambal terung di rumah ni Selalunya kak ana masak sambal terung menggunakan terung panjang Goreng dahulu kemudian sambal kannya dengan ikan bilis Memang sedap manis pedas rasanya nbsp Tapi kali ni besa...
Sambal Bilis Petai

Sambal Bilis Petai

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 224 hits
saya tukang masak jer sebab saya tak makan petai
Udang Sambal Kantan Lauk Kampung Padu Wangi Dan Menggoda Selera

Udang Sambal Kantan Lauk Kampung Padu Wangi Dan Menggoda Selera

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 253 hits
Kalau sebut pasal lauk kampung yang menaikkan selera Udang Sambal Kantan memang antara yang wajib dicuba Aroma bunga kantan yang harum semerbak bila digabungkan dengan lemak manis udang galah serta kuah sambal pekat memang boleh buat orang ...
Masak Sambal Sardin

Masak Sambal Sardin

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 237 hits
Assalamualaikum WBT SEPANJANG minggu ni sekali aje dapat makan malam dengan PI hari lainnya Sk keseorangan Bila PI tak ada dalam kepala mulalah merangka rangka nak makan sesuatu yang dah lama tak makan Dah lama tak makan tu sebabnya PI tak ...
Udang Sambal Santan Daun Kunyit Pedas Yang Menyelerakan

Udang Sambal Santan Daun Kunyit Pedas Yang Menyelerakan

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 242 hits
Kalau sebut lauk berkuah santan ramai terus terbayang ayam atau ikan Tapi sebenarnya udang masak sambal santan daun kunyit ni antara lauk yang jarang dibuat tapi rasa dia luar biasa sedap Bayangkan aroma daun kunyit yang wangi kuah santan p...
Resepi Sambal Jawa

Resepi Sambal Jawa

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 264 hits
SAMBAL JAWABahan cabai melaka Ikan bilis Tomato Bawang merah Belacan Garam GulaSedikit serbuk perasaCara cara Goreng yang bertanda dahulu sampai garing Dah siap gorng tumbuk cabai bawang ikan blis belacadah lumat baru masukkan tomato lepas ...
Pau Sambal

Pau Sambal

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 229 hits
EH PAU SAMBAL KE BURGER GORENG YE NAMA DIA HAHASaya sangat suka kuih yang satu ni Dapat yang sambal dia sedap pedas manis dia ngam memang makan tak cukup dua biji la jawabnya Kebetulan buat donat maka saya pun buat la kuih ni sikit Korang s...
Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi

Ambang 2026 Pdrm Perteguh Keselamatan Jalan Raya Ribuan Saman Dikeluarkan Di Selangor Dan Negeri Sembilan

Nanti Saya Call Balik Lelaki Kongsi Penyesalan Tak Sempat Jumpa Ibu Sebelum Pergi

Pas Akan Terus Perjuangkan Islam Sebagai Asas Utama Pemerintahan Sanusi

Meronda Sdary Cari Landmark Imbau Nostalgia

Penggunaan Fotografi Beresolusi Tinggi Dan Teknik Analisis Gambar Moden Dalam Kimia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Consumer Group Urges End To Fare Bargaining In E Hailing Calls For Minimum Fare Regulation The Vibes 31 12 2025

Drama Susuk Rupawan

Euro Menetapkan Paras Kemenangan

Afieq Shazwan Oh Tuhan Chord

Hari 2 Belajar Tidak Tergesa Dalam Hidup

Rumah Mesra Rakyat 2026 Semakan Permohonan