Pregnant Fully Vaccinated
I tak tahu lah ke mana hala tuju blog ni sebab I ada banyak benda yang I nak tulis, tapi I ada perasaan takut untuk 'expose myself' ke dunia luar. Sekarang rasa insecure sangat takut terjumpa orang-orang yang suka tinggalkan komen-komen pelik atau kritik apa yang kita sebenarnya rasa ok je dalam hidup kita, tapi mungkin tak sependapat atau sehaluan. Maybe jadi overthinking sebab banyak sangat main social media dulu. Haha
Ok, tadi tu membebel sikit je tapi point penting dia, I dah fully vaccinated 😎.
First dose vaccine
My first dose was masa I pregnant 14 weeks. Masa ni rasa macam awal sangat nak vaccine tapi tengok keluarga & kawan-kawan terdekat yang dah vaccine masa pregnant lebih kurang I ok je so I proceed je lah. I dapat pfizer. Alhamdulillah tak ada simptom pelik-pelik cuma lenguh bahu je tu.
Second dose vaccineThen my second dose masa lebih kurang 18 weeks pregnant. Kali kedua ni simptom dia agak terasa. Sehari selepas second dose, I rasa miserable tak tahu nak describe cemana. Memang rasa serba tak kena, tak senang duduk. Then body temperature pulak between 37.4 ke 37.8 degree. Takde la demam tapi gitu lah sepanjang hari. Sempat la I makan panadol 3 kali in order to overcome semua ketidakselesaan tu 😂. Ohh tapi surprisingly bahu tempat cucuk tu tak ada lenguh langsung compare to masa first dose.
Now, I confirm la dah lebih 14 hari dah bebas kemana-mana (gitteww), tapi I takde la pergi mana-mana pun. So jangan risau ok if korang pregnant & masih ragu-ragu untuk vaccine. InsyaAllah tak ada apa. I scan baby pun nampak baby membesar dengan jayanya dan happy je kat dalam tu 😂.
Bye and take care korang!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thisisfieda.blogspot.com/2021/10/pregnant-fully-vaccinated.html