Pray For Pasir Gudang Tragedi Gas Metana
Assalamualaikum wbt,
Sejak beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan kejadian yang menimpa penduduk Pasir Gudang di negeri Johor, dimana berlakunya pembuangan sisa toksik ditempat yang tidak sepatutnya dan mengakibatkan pelepasan gas metana ke udara
Keadaan ini amat membimbangkan seluruh rakyat Malaysia dan penduduk Pasir Gudang khususnya. Kejadian ini telah mengakibatkan lebih 500 orang telah dikejarkan ke Hospital.
keadaan sungai yang dicemari oleh bahan toksik
Tindakan pantas Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengisytiharkan 111 buah sekolah di seluruh Pasir Gudang adalah tindakan yang harus dipuji. Namun, mommy dikhabarkan ibu bapa yang bekerja di sana masih belum diisytiharkan supaya bercuti.
Buat pelajar SPM yang ingin mengambil keputusan, anda boleh rujuk sekolah dan lokasi yang boleh diambil seperti tertera di utusan rasmi KPM diatas. Semoga mendapat keputusan cemerlang mommy ucapkan kepada calon SPM yang mengambil keputusan hari ini.
Mommy kongsikan apa akibat jika terhidu gas metana yang berlebihan
BAHANA GAS METANAversi alih-bahasa
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan insiden pencemaran susulan pembuangan sisa toksik yang mengeluarkan gas metana di Pasir Gudang. Pendedahan kepada gas metana ini sangat membahayakan orang awam tidak kira dewasa mahupun kanak kanak. Mari kita kupas apa itu gas metana dan apa kesannya apabila terdedah kepada gas ini
APAKAH GAS METANA
Metana (atau Methane) ialah hidrokarbon paling sederhana yang berbentuk gas dan merupakan salah satu komponen utama gas asli. Metana tidak berbau, tidak berwarna, sangat mudah terbakar, dan mempunyai ciri asfiksian (asphyxiant) (mampu mengurangkan kadar oksigen dalam udara)
Namun demikian, untuk penggunaan komersial, gas metana kebiasaannya akan ditambah dengan bahan kimia lain, seperti Hydrogen Sulphide, untuk mengesan sebarang kebocoran. Kita dapat menghidu gas ini apabila kebocoran berlaku dan baunya adalah seperti telur busuk. Jika anda mencium bau ini, ia bererti konsentrasi gas metana sudah tinggi dan ianya membahayakan kesihatan
APAKAH KESAN APABILA TERHIDU/TERDEDAH KEPADA GAS METANA
Apabila kita terhidu/terdedah kepada gas metana dalam konsentrasi yang tinggi, fasa asfiksia (asphyxia) boleh berlaku di mana gas metana akan menggantikan gas oksigen di udara. Keadaan ini mampu menurunkan konsentrasi oksigen sehingga di bawah paras 15 peratus dan badan kita akan kekurangan oksigen kerana kandungan oksigen yang disedut tidak mencukupi. Kebanyakan orang mampu bertahan dengan pengurangan oksigen sehingga 16 peratus tanpa merasa sakit. Namun begitu, keadaan ini amat membahayakan dan perlu diberi rawatan segera
Kekurangan oksigen dalam badan akan mengakibatkan:1. Sukar untuk bernafas, sesak nafas2. Loya dan muntah3. Pening kepala4. Dehidrasi5. Denyutan nadi meningkat6. Lemah badan7. Hilang kesedaran8. Koordinasi badan semakin berkurangan
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom ini, dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan. Sebagai langkah berjaga-jaga, pakai “face mask” dan cuba sedaya upaya untuk jauhkan diri anda daripada kawasan yang menjadi punca kepada pengeluaran gas metana ini.
Sumber gambar: Google
#FarmasiIdealShares#TeamINC
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.vitaminwawa.com/2019/03/pray-for-pasir-gudang-tragedi-gas-metana.html