Praktikan Hingga Tamat Ramadhan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
PRAKTIKAN HINGGA TAMAT RAMADHAN | Bulan Ramadhan sangat dinanti-nantikan.PC sendiri pun begitu setelah tahu serba sedikit tentang keistimewaannya..manis dan hikmahnya.Bagi yang mungkin biasa-biasa atau tidak peduli..Ramadhan akan tetap bertandang bila tiba ianya datang..bersediakah..atau sebaliknya itu diri sendiri acuankan.
Banyak sebab suka sangat bulan Ramadhan.Bukan dibulan-bulan lain tiada keberkatan..tiada keistimewaan,tiada hikmah dan manisnya..namun di bulan Ramadhan semua menjadi berganda-ganda.Hinggakan tidur pun dianggap ibadah di bulan Ramadhan..namun tidur yang sekadarnya sahajalah..kalau tidur daripada lepas sahur muncul semula waktu berbuka itu bukan ibadah jadinya..itu mencari dan meminta padah kecuali dengan sebab dibolehkan begitulah
Teruja orang tak sama bila sebut Ramadhan ni..ada yang teruja sebab bulan Ramadhan nilah nak dapatkan rezeki lebih berniaga..ada yang bulan Ramadhan nilah dapat beli dan makan macam-macam jenis juadah yang jarang dan susah ditemui..ada juga yang teruja kerana bulan Ramadhan inilah juga serba sedikit mengurangkan angka pada penimbang.Ada macam-macam sebab teruja dengan hadirnya Ramadhan..cuma kalau boleh niatkan mahu beribadah kerana Allah dikedudukkan pertama dalam hati kita.Dan PC sendiri pun kena perbetulkan diri juga..hari-hari
Berebut dan bersungguh-sungguh menambah momentum lakukan kebaikkan di bulan puasa ini bagus sangat.Lebih-lebih lagi andai dicontohi oleh orang lain walau tanpa kita minta..praktikan hingga tamat Ramadhan ya..teruskan selagi Allah izin kita hidup di dunia ini.Jangan cuma sebulan..jangan bermusim dan jangan kerana Ramadhan tapi kerana Allah SWT
Google ImageNak Apa Fikirlah Supaya Umat Islam tidak dikenali dengan tabiat negatif Bazar Ramadhan tidak salah yang kurang tepat adalah bila kita membeli dalam keadaan ghairah(teruja)
#sama-sama mencari redha Allah SWT#senyumlah sikit
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2019/05/praktikan-hingga-tamat-ramadhan.html