Ppz Maiwp Lancar Kempen Ramadan Anugerah Terindah
Baru-baru ini telah berlangsung majlis pelancaran Kempen Ramadan Anugerah Terindah, anjuran Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman dan turut dihadir oleh Timbalan Ketua Pegawai Ekskutif(Operasi) PPZ-MAIWP iaitu Encik Mohammed Hassan.
Objektif kempen tersebut adalah bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan ibadah zakat.
Di samping itu, mereka juga mengajak pembayar zakat dan para asnaf menjadikan Ramadan kali ini momen paling indah dan penuh berkah serta kasih sayang sesama insan melalui perkongsian rezeki serta meringankan beban mereka yang memerlukan.
Baca Juga: Projek CSR #darihati123mamanet kali ke-9
Keistimewaan Pembayar Zakat PPZ-MAIWPMenerusi Kempen Ramadan Anugerah Terindah, pelbagai hadiah menarik sedang menanti dan lebih 1,000 hadiah menarik khusus buat pembayar zakat.
Antara hadiah yang ditawarkan adalah pakej Umrah, set solat eksklusif, Jam Buruj, telefon pintar, iPad dan baucar makanan.
Mereka yang menunaikan zakat harta, fitrah dan wakaf tunai di PPZ-MAIWP melalui saluran bayaran yang disediakan akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadian tersebut.
Antara perkhidmatan dan saluran bayaran sepanjang Ramadan bagi menunaikan kewajipan zakat fitrah adalah Portal PPZ-MAIWP (fitrah.zakat.com.my), Amil Fitrah dan Ejen-ejen online kutipan PPZ-MAIWP.
Saluran bayaran zakat harta juga boleh dilakukan di Kaunter PPZ-MAIWP, Portal zakat.com.my, Aplikasi MyZakat, Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) dan Door To Door (Kaunter Zakat Bergerak), Ride2U & Kaunter Zakat Digital. Perkhidmatan ini khas kepada pembayar yang ingin mendapat layanan secara personal dan tidak mempunyai kelapangan masa ke kaunter bayaran. Buatlah temujanji di mytemujanji.zakat.com.my
Bagi yang ingin membuat wakaf, pembayaran wakaf tunai boleh dilaksanakan melalui Kaunter PPZ-MAIWP (di buka 7 hari seminggu termasuk cuti umum – jam 8.15 pagi-4.30 petang) dan Kaunter Zakat dan Wakaf Bergerak atau layari portal – www.wakafppz.com.my
Masih belum terlambat untuk kita menunaikan kewajipan berzakat dan rebutlah kemanisan dibulan yang mulia ini dengan menunaikan zakat bagi mengembalikan hak asnaf sebanyak sebanyak 2.5% dalam harta kita.
Mudah-mudahan Aidilfitri kali ini akan jadi lebih bermakna dan mampu membuatkan para asnaf tersenyum gembira.
Kalau nak tahu lebih lanjut kempen Kempen Ramadan Anugerah Terindah, PPZ-MAIWP layari www.zakat.com.my/ramadan2023 boleh atau hubungi 1300 88 5757 atau emel ke
[email protected]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2023/03/ppz-maiwp-lancar-kempen-ramadan.html