Ppim Gesa Kdn Jakim Siasat Ceti Haram Hina Agama Islam Berita Harian 29 03 2023


 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa segera menyiasat tindakan ceti haram atau along yang menghina agama Islam.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, mohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk siasat perkara itu secara serius.
"Saya tidak lihat ada keperluan untuk menghina agama Islam.
"Kata-kata yang digunakan itu sehingga saya sendiri tidak sanggup untuk membacanya. Kita tidak boleh berdiam diri apabila dimaki dan dicerca.
"Perkara ini boleh menjadi ancaman kepada keharmonian negara kerana mereka memaki orang Melayu dan juga orang Islam," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Penyelidikan Latihan PPIM, Izham Nayan dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.
Selain itu, Nadzim juga menggesa kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan ceti haram atau along yang semakin aktif beroperasi secara dalam talian.
Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu lebih peka terhadap isu ini kerana ianya membabitkan keselamatan dan juga data peribadi pengguna.
"Pengguna akan meminjam wang menggunakan aplikasi yang dimuat turun. Apabila mereka menggunakan aplikasi ini maklumat peribadi yang terkandung dalam telefon pintar mereka boleh diakses oleh along.
"Menteri yang berkenaan perlu melihat isu ini dengan lebih mendalam, kes membabitkan along ini memang biasa tetapi kegiatan atas talian ini luar biasa. Apabila data daripada telefon pintar pengguna dapat diakses, along dapat melakukan apa sahaja yang mereka mahukan," katanya.
Nadzim juga berkata, terdapat segelintir along itu tidak mempunyai perasaan takut kepada pihak polis, malah mencabar supaya laporan polis dilakukan terhadapnya.
"Perkara ini terjadi setiap hari dan juga sudah lama berlaku. Saya harapkan akan ada satu perubahan. Oleh sebab itu, saya mohon pihak polis dan MCMC tubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani masalah ini.
"Takkanlah kita mahu biarkan pengguna meminjam sebanyak RM150 tetapi perlu membayar semua sebanyak RM5,000. Sesuatu tindakan dilakukan, apa lagi yang kita tunggu. Saya yakin perkara ini boleh diselesaikan," katanya.

Ketua Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menunjukkan bukti ceti haram atau along menghina agama Islam di Pejabat PPIM, Jalan Tun Ismail. -Foto HAZREEN MOHAMAD
Artikel oleh: Berita Harian
PPIM GESA KDN, JAKIM SIASAT CETI HARAM HINA AGAMA ISLAM
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1083423/ppim-gesa-kdn-jakim-siasat-ceti-haram-hina-agama-islam

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/03/ppim-gesa-kdn-jakim-siasat-ceti-haram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ceti Haram Hina Agama Islam Ppim Gesa Kdn Jakim Bertindak Tv Pertiwi 29 03 2023

Ceti Haram Hina Agama Islam Ppim Gesa Kdn Jakim Bertindak Tv Pertiwi 29 03 2023

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 243 hits
BANGI Rabu Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak yang berwajib agar segera menyiasat tindakan ceti haram atau lebih dikenali sebagai along yang bertindak menghina agama islam Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan memohon Kemenete...
Along Hina Islam Ugut Peminjam Harian Metro 27 03 2023

Along Hina Islam Ugut Peminjam Harian Metro 27 03 2023

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 314 hits
Kuala Lumpur Syarikat pinjaman wang tanpa lesen atau along bukan saja semakin rakus mengaut keuntungan dengan memeras ugut mangsa malah turut didakwa menghina agama Islam Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia Muhammad Zharif Jo...
Ah Long Semakin Berani Hina Islam Sidang Media Ppim 29 03 2023

Ah Long Semakin Berani Hina Islam Sidang Media Ppim 29 03 2023

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 225 hits
Masalah Ah long tidak pernah selesai malah Persatuan Pengguna Islam Malaysia berpendapat ia semakin parah Pelbagai alasan digunakan peminjam namun hakikatnya punca utama adalah gagal menguruskan kewangan dengan baik sehingga apabila berlaku...
Bukan Takat Kutip Duit Along Mula Hina Islam Samudera My 27 03 2023

Bukan Takat Kutip Duit Along Mula Hina Islam Samudera My 27 03 2023

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 198 hits
KUALA LUMPUR 27 Mac 2023 Syarikat pinjaman wang tanpa lesen atau along bukan sahaja rakus mengutip duit dan mengaut keuntungan malah didakwa mula menghina agama Islam Menerusi sebuah video Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia mem...
Ppim Gesa Kerajaan Peka Sindiket Ah Long Online Kosmo 29 03 2023

Ppim Gesa Kerajaan Peka Sindiket Ah Long Online Kosmo 29 03 2023

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap sindiket ah long yang kini aktif secara atas talian dan melampaui batas sehingga menghina agama Islam Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan b...
Sekat Segera Iklan Judi Di Media Sosial Ppim Harian Metro 29 03 2023

Sekat Segera Iklan Judi Di Media Sosial Ppim Harian Metro 29 03 2023

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 185 hits
Kuala Lumpur Kegiatan mempromosikan judi dalam talian secara terbuka di platform media sosial yang semakin agresif perlu dibendung bagi mengelak wujud lebih ramai kaki judi hingga mengundang kerosakan kepada masyarakat Ketua Aktivis Persatu...
Jual Kereta Untuk Tunai Umrah Malangnya Berita Harian Online 04 04 2023

Jual Kereta Untuk Tunai Umrah Malangnya Berita Harian Online 04 04 2023

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 656 hits
KUALA LUMPUR Kira kira 70 bakal jemaah umrah kendalian Emraz Travel Tours Sdn Bhd menuntut kembali wang dianggarkan berjumlah RM1 8 juta selain passport selepas agensi berkenaan gagal membawa mereka menunaikan ibadah itu seperti dijanjikan ...
Metamask Security Warning

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Ratu Naga Surrenders Herself To Mcmc In Anthem Mix Up Row Clears The Air Over Her Honest Mistake


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Dituduh Fake Bersama Peminat Fazura Anggap Lumrah Sebagai Selebriti