Anak Lambat Berjalan Usia Sudah 18 Bulan Ibu Bapa Kena Tahu Faktor Penyebab


Anak lambat berjalan, usia sudah 18 bulan, ibu bapa kena tahu faktor penyebab. Bila usia anak sudah hampir 2 tahun namun masih lagi tidak boleh berjalan, ibu bapa yang tidak bimbang.
Anak Lambat Berjalan, Usia Sudah 18 Bulan Melihat anak orang lain yang sebaya sudah boleh berjalan, sudah tentu timbul perasaan tidak sedap hati di kalangan ibu bapa. Jika ini yang berlaku kepada si kecil anda, cuba perhatikan antara faktor yang menjadi punca seperti dikongsikan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK YANG LEWAT BERJALAN
Kebanyakan kanak-kanak sudah mampu berjalan pada umur setahun. Secara umum 85% kanak-kanak mula berjalan tanpa berpegang sekitar umur antara 10-14 bulan. Sekiranya anak anda belum mampu berjalan semasa umurnya mencecah 18 bulan, beliau boleh dikategorikan sebagai kanak-kanak yang lewat berjalan.

Kemampuan berjalan adalah suatu tahap perkembangan yang sangat penting bagi seseorang kanak-kanak. Selain itu terdapat tahap-tahap perkembangan otot kasar (gross motor) lain yang boleh diperhatikan di peringkat lebih awal.
Ibu Bapa Kena Tahu Faktor Penyebab Berikut ialah kemampuan otot kasar serta umur yang mana seseorang bayi sepatutnya mencapai perkembangan tersebut:
• Kawalan kepala – Umur 3 bulan
• Kaki memijak – Umur 4 bulan
• Meniarap – Umur 6 bulan
• Duduk tanpa bantuan – Umur 9 bulan
• Berdiri tanpa sokongan – Umur 12 bulan
Apakah punca yang menyebabkan seseorang kanak-kanak itu lewat berjalan?

Sekiranya seseorang bayi didapati lewat berjalan, salah satu daripada faktor-faktor berikut mungkin boleh berperanan:
1. Faktor keluarga atau keturunan
Sekiranya ibu atau bapa kanak-kanak tersebut sendiri mengalami masalah lewat berjalan semasa mereka kecil, anak mereka mungkin menghadapi masalah yang sama disebabkan faktor keturunan. Walau bagaimanapun sekiranya ibu atau bapa mampu berjalan semasa berumur 2 tahun serta tiada masalah perubatan yang lain, kemungkinan besar tiada apa yang perlu dirisaukan tentang anak mereka.
2. Kelahiran pra matang
Secara umumnya bayi yang dilahirkan pra matang atau ‘premature’ akan mengalami sedikit kelewatan perkembangan secara keseluruhan, termasuk lewat berjalan. Jadi kelewatan sekitar 2-3 bulan mungkin tidak menjadi masalah, bergantung kepada tahap bayi tidak matang tersebut semasa lahir.

3. Cerebral palsy
a) Kanak-kanak yang menghadapi masalah cerebral palsy biasanya boleh dikesan di peringkat awal, terutama sekiranya mereka mempunyai risiko-risiko berkaitan seperti lemas semasa kelahiran atau kelahiran kurang matang. Walau bagaimanapun ada kanak-kanak cerebral palsy hanya dikesan apabila mereka diperiksa oleh doktor kerana lewat berjalan.
b) Kanak-kanak cerebral palsy umumnya mengalami kekejangan otot serta kesukaran menggerakkan anggota badan dengan baik. Contohnya, mereka sukar duduk bersila tetapi memilih untuk duduk dengan kaki dilipat ke belakang (posisi ‘W’), atau mereka tidak merangkak secara normal tetapi lebih kepada mengheret kaki.
Baca artikel lain juga: Anak Tiba-Tiba Tak Boleh Berjalan, Mengadu Sakit Tekak Telinga, Jangan Biarkan!
Bawa Anak Berjalan Waktu Kecil Lebih Untung, Banyak Tempat Masuk Walaupun Penat Tapi Anak Happy
Senyum Comel Belajar Berdiri. Dah Boleh Imbang Badan, Sikit Lagi Rina Pandai Berjalan!
Lewat perkembangan secara umum:
a) Ini bermaksud masalah lewat berjalan kanak-kanak tersebut adalah sebahagian daripada lewat perkembangan dalam aspek lain seperti bercakap, komunikasi, sosial, kemahiran tangan dan kognitif (berfikir).
b) Terdapat banyak punca-punca lewat perkembangan global. Antaranya ialah masalah sindrom seperti Down syndrome, kecederaan otak disebabkan lemas atau jangkitan kuman, atau pelbagai penyakit kronik yang lain.
Masalah otot:
a) Ini termasuk penyakit-penyakit yang dikenali sebagai muscular dystrophy, spinal muscular atrophy dan congenital myopathy. Penyakit-penyakit ini menyebabkan banyak otot-otot badan menjadi lemah.
b) Tanda-tanda awal mungkin boleh dikesan semasa peringkat bayi dan kanak-kanak lagi. Antaranya ialah bayi terasa lembik semasa digerakkan, kawalan kepala yang lemah dan kurang kekuatan pergerakan kaki dan tangan. Oleh itu mereka biasanya lewat berjalan, bahkan ada yang langsung tidak mampu berjalan atau berdiri.
Bilakah anak saya perlu dibawa untuk pemeriksaan sekiranya disyaki lewat berjalan? Kebiasaannya kanak-kanak di Malaysia akan diperiksa pada umur setahun semasa ketika pengambilan suntikan imunisasi. Sekiranya anak anda masih tidak mampu berdiri semasa berumur setahun atau mengalami masalah perkembangan lain, anak anda mungkin akan dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Secara umumnya, kanak-kanak yang tidak mampu berdiri semasa berumur setahun dan tidak berjalan semasa berumur 18 bulan perlu diperiksa oleh doktor. Mereka mungkin perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak. Walau bagaimanapun itu tidak semestinya bermakna kanak-kanak itu mempunyai masalah kesihatan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
The post Anak Lambat Berjalan, Usia Sudah 18 Bulan, Ibu Bapa Kena Tahu Faktor Penyebab appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-lambat-berjalan-usia-sudah-18-bulan-ibu-bapa-kena-tahu-faktor-penyebab/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Suka Duduk Posisi W Ibu Bapa Jangan Biar Hentikan Habit Ini

Anak Suka Duduk Posisi W Ibu Bapa Jangan Biar Hentikan Habit Ini

papar berkaitan - pada 28/6/2024 - jumlah : 107 hits
Anak suka duduk posisi W ibu bapa jangan biar hentikan habit ini Ramai ibu bapa tak kisah apabila anak duduk dengan posisi yang salah terutamanya yang berbentuk W Alasannya sebab anak kecil lagi dan apabila dah besar tabiat itu akan hilang ...
Potty Train Anak Lelaki Perempuan Tak Sama Ada Cara Ibu Bapa Kena Tahu

Potty Train Anak Lelaki Perempuan Tak Sama Ada Cara Ibu Bapa Kena Tahu

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 99 hits
Potty train anak lelaki dan perempuan tidak sama ada cara ibu bapa kena tahu Mengajar anak atau latihan tandas bukanlah satu perkara yang mudah Perlu diketahui juga cara potty training anak lelaki dan perempuan juga tidak sama Potty Train A...
Gila Gelaran Netizen Menyampah Ibu Bapa Atta Halilintar Tegur Pengacara Tak Sebut Gelaran Haji Bila Panggil Nama Anak

Gila Gelaran Netizen Menyampah Ibu Bapa Atta Halilintar Tegur Pengacara Tak Sebut Gelaran Haji Bila Panggil Nama Anak

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 172 hits
Sedia maklum pasangan selebriti Indonesia iaitu Atta Halilintar dan isteri Aurel Hermansyah telah selamat menunaikan ibadah haji baru baru ini Malah sudah menjadi kebiasaan buat mana mana umat Islam yang telah selesai menunaikan ibadat ters...
Ibu Bapa Zayn Rayyan Dituduh Abaikan Anak

Ibu Bapa Zayn Rayyan Dituduh Abaikan Anak

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 219 hits
Ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan mengabaikan kanak kanak autisme itu dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu Zaim Ikhwan Zahari dan...
Pukul Paksa 2 Anak Jalan Itik Bapa Dipenjara 8 Bulan

Pukul Paksa 2 Anak Jalan Itik Bapa Dipenjara 8 Bulan

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 126 hits
BernamaKUALA LUMPUR Seorang bapa dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan memukul dua anak kandungnya dua minggu lalu Hakim Fadzlin Suraya Mohd Suah menjatuhkan hukuman tersebut terhada...
Ibu Bapa Pasangan Selebriti Tegur Pengacara Tak Sebut Gelaran Haji Anak

Ibu Bapa Pasangan Selebriti Tegur Pengacara Tak Sebut Gelaran Haji Anak

papar berkaitan - pada 30/6/2024 - jumlah : 163 hits
Sebelum ini tular sebuah klip video dalam majlis pertunangan adik kepada selebriti Indonesia Atta Halilintar iaitu Thariq Halilintar mengenai ibu bapa mereka Dalam video klip itu bapa Atta iaitu Anofial Asmid menegur pengacara majlis agar m...
Ibu Bapa Mohon Bantuan Kesan Anak Hilang Dari Asrama

Ibu Bapa Mohon Bantuan Kesan Anak Hilang Dari Asrama

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 213 hits
JEMPOL Sepasang suami isteri memohon bantuan orang ramai bagi mengesan anak sulung mereka yang hilang dari asrama sekolah sejak 9 Jun lalu Ibu kepada remaja itu Nik Nurhayati Nik Mohd Marzuki 33 berkata kali terakhir dia berjumpa anaknya it...
Anak Picky Eaters Bila Ibu Bapa Lakukan Kesilapan Ini Kalau Pernah Buat Segera Hentikan

Anak Picky Eaters Bila Ibu Bapa Lakukan Kesilapan Ini Kalau Pernah Buat Segera Hentikan

papar berkaitan - pada 26/6/2024 - jumlah : 112 hits
bila ibu bapa lakukan kesilapan ini kalau pernah buat segera hentikan Anak yang memilih milih makanan atau dikenali sebagai seringkali menjadi masalah kepada ramai ibu bapa Anak Picky Eaters Bila Ibu Bapa Lakukan Kesilapan Ini Kecenderungan...
Cara Paling Efisyen Bantu Anak Lambat Bercakap Pakar Kongsikan Tip Ni

Cara Paling Efisyen Bantu Anak Lambat Bercakap Pakar Kongsikan Tip Ni

papar berkaitan - pada 18/6/2024 - jumlah : 210 hits
Bukan sekadar bersembang kosong berinteraksi dengan anak adalah salah satu cara paling efisyen dan membuatkan anak lagi cepat bercakap Disebabkan itulah pentingnya penglibatan ibubapa dan orang dewasa dalam merangsang bahasa dan komunikasi ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults