Potongan Bawang Air Purifier Semulajadi Anak Selesema Batuk Berkahak


Sebenarnya bayi selesema dan batuk adalah normal, ibu bapa harus bertindak supaya tidak melarat. Batuk dan selsema yang berterusan boleh membawa kepada jangkitan kuman lebih serius jika tidak ditangani segera.
Pneumonia merupakan salah satu jangkitan merbahaya yang sering menyerang bayi. Jika sudah dijangkiti, tiada pilihan lagi selain makan ubat dan antibiotik untuk merawat. Pemberian ubat dan antibiotik amat tidak digalakkan kepada bayi kerana wujudnya kesan sampingan. Oleh sebab itulah, kita kena cepat-cepat ambil langkah untuk meredakan bayi selsema dan batuk sebelum melarat sampai kena ambil ubat.
Apa kata cuba cara ini cepat-cepat bila anak mula menunjukkan tanda selesema seperti yang dikongsikan seorang ibu ini, Puan Yatie Eimra.
Bila anak selesema, selain makan ubat & buat urutan alternatif, mak² boleh juga cuba buat tip ni. Saya selalu gak buat cara ni (terutamanya guna bawang) nak² bila tak berkesempatan nak urut dak Fydh ni. Ye ler, dah nama pun mak², banyak lagi urusan lain & kerja rumah nak disetel. Bukannya sepanjang masa dapat urut anak jer
Bawang dibuang kulit & dibersihkan. Potong 2 kemudian kelar²kan Potongan Bawang Sebagai Air Purifier Semulajadi
Saya memang suka gunakan potongan bawang yang diletakkan dalam mangkuk kecil & letak berdekatan dengan anak. Dalam bawang ni ada bahan sulfur & tinggi kandungan quercetin yang berfungsi sebagai antiviral. Selain tu bawang mengurangkan selesema, hidung tersumbat, sakit tekak & batuk. Bawang ni mempunyai daya penyerapan yang tinggi, sebab tu ia boleh menyerap bakteria & kuman disekitar kita. Dalam keluarga Allium, bawang merah & bawang putih mempunyai aktiviti antioksidan yang paling tinggi tau. Untuk jadikan bawang sebagai air purifier semulajadi
Bawang dibuang kulit & dibersihkan. Potong 2 kemudian kelar²kan Bawang merah/besar wajib dikupas kulit & dibersihkan. Sesetengah bawang ni ada lapisan kulat hitam pada kulitnya (disebabkan oleh aspergillus niger iaitu sejenis fungus dalam tanah). Kalau ada kulat tu elok ler basuh bawang dengan air campuran cuka sikit. Kita nak anak sihat, tapi kalau dah sengaja lak bagi bawang berkulat, tak ke lagi teruk jadinya
Saya tak suka hiris nipis atau letak bawang dekat kipas sebab ia akan sebabkan bawang cepat kering. Saya hanya potong 2 bahagian, kemudian kelar²kan bahagian tengah bawang, picit² sikit supaya jusnya mudah keluar. Tiap kali bawang mula kering, picit/ramas lagi bawang supaya lebih banyak jus keluar (pastikan tangan bersih ye supaya bawang tak serap kuman dari tangan korang pulak)
Boleh titiskan minyak masak sikit (saya selalu guna minyak bawang putih) untuk elak bawang terlalu cepat kering terutama jika guna aircond/dekat dengan kipas, etc.
Titiskan sikit minyak garlic supaya tak mudah kering. Boleh juga dicampurkan bawang putih yang diketuk. Masukkan dalam bekas bertutup & berlubang macam ni. Letak dalam bekas (sebaik²nya bertutup tapi ada lubang) lebih² lagi yang ada anak kecik tu. Takut anak kutip makan pulak. Saya suka letak bekas bawang ni kat tempat anak tidur/kawasan dia main sebab bau makin kurang bila bawang dah makin kering. So kalau anak hidung tersumbat, susahlah sikit nak bau kalau letak jauh². Kalau letak dalam bekas ni senang sikit, kadang² saya goncang²kan bekas (jus bawang akan tetap keluar sebab pressure dari goncangan tadi) & suruh je anak hidu 3-5x. Senang je keje kan.. Heheh..
Bawang ni hanya elok digunakan dalam tempoh semalaman–24 jam jer. Lepas tu sila buang & gantikan bawang baru.
Untuk kesan maksimum, boleh campurkan jugak bawang putih yang dah diketuk.

Minyak Bawang Putih + Kunyit Hidup
Rasanya ramai yang sedia maklum kunyit hidup memang elok untuk redakan selesema, masalah hingus meleleh mahupun hidung tersumbat. Tapi ramai yang main tenyeh jer kunyit dengan getahnya sekali. Yang kita nak ialah khasiat kunyit dari ekstrak/pati kunyit tu..bukan getahnya (lapisan yang melekit² & susah nak tanggal bila kena pisau tu.)
Sesetengah anak kecil ni kulit sensitif yang amat.. Nak² kalau baby lak tu.. Setiap anak tu kan lain² ketahanan badan & alergi nya.. Kalau takde alergi tu syukurlah, tapi kalau anak yang alergi kandungan getah pada kunyit ni boleh menyebabkan naik rashes & gatal² pulak bila disapu kunyit hidup pada hidung.. Camtu jugak yang letak bawang kat tapak kaki, etc. Bukan semua kulit anak serasi & boleh direct contact dengan herba² ni. Walaupun saya suka gunakan petua & herba, tapi dalam masa yang sama tetap ambil tahu apa risiko, alergi & kesan buruk (sekiranya ada) bila gunakan setiap petua/herba tu. Saya lebih suka ambil sikap berhati² & tak terlalu ikut tip & petua sembarangan. Tip & petua yang saya kongsikan selama ni pun, saya hanya kongsi jika ianya berkesan pada saya/family & tak keterlaluan sangat.
Tumbuk kunyit hidup & campurkan minyak garlic (optional) Untuk kunyit hidup, lepas dikikis kulitnya, WAJIB rendam dulu dalam air selama 30 min-sejam untuk buang getahnya.
Lepas tu barulah ditos & lapkan sedikit dengan tisu/kain bersih supaya tak terlalu basah. Tumbuk kunyit tadi untuk dapatkan patinya. Boleh terus digunakan atau untuk kesan yang lebih efektif, campurkan sikit minyak garlic
Sapu kunyit/minyak bercampur kunyit pada hidung, sepanjang batang hidung hingga ke pangkalnya. Kalau anak ada resdung, lajakkan sikit hingga ke separuh dahi & sapukan juga pada kening (frontal sinus) serta sekitar tulang pipi (maxillary sinus).
Kunyit/minyak campuran kunyit tadi tu kalau boleh letaklah dalam bekas bertutup supaya tak mudah teroksida & masuk habuk. Gunakan dalam tempoh 24 jam jer. Untuk esok silalah buat yang lain ye.. Tapi kalau banyak balance lagi, simpan dalam fridge & gunakan dalam masa 3 hari (gunakan bekas bertutup sahaja)
Guna minyak & kunyit hidup ni memang muka akan kuning sikit la..Ekeke.. Sebab tu saya hanya gunakan campuran kunyit ni waktu malam ataupun pada hari yang memang confirm tak keluar rumah.
Jika anak selesema, sapukan pada hidung, batang hidung hingga pangkalnya. Kalau ada masalah resdung, sapukan juga pada bahagian pipi, kening & separuh dari dahi. Pesanan buat mak²..
Bila gunakan petua & herba ni, kena jaga kebersihan, buatlah berpada² & tak keterlaluan. Kalau ada petua yang baru 1st time nak cuba tu, calit & test sikit dulu pada lengan atau kaki – takut anak tak serasi/alergi. Bukan ape, benda yang sepatutnya datangkan kebaikan, kalau salah caranya tetap boleh mendatangkan kemudaratan. Yang penting, kaedah alternatif bukanlah pengganti rawatan perubatan. Kalau anak tak serasi atau keadaan lebih teruk, pastikan dapatkan rawatan doktor.

Sumber: Yatie Eimra
The post Potongan Bawang Air Purifier Semulajadi Anak Selesema & Batuk Berkahak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/potongan-bawang-air-purifier-semulajadi-anak-selesema-batuk-berkahak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selalu Batuk Berkahak Satu Hiris Nipis Kunyit Dalam Masakan Anak Bagus Kuatkan Antibodi

Selalu Batuk Berkahak Satu Hiris Nipis Kunyit Dalam Masakan Anak Bagus Kuatkan Antibodi

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 363 hits
Tidak hanya untuk orang dewasa kunyit hidup juga bermanfaat untuk anak anak dan bayi Kunyit dianggap sebagai salah satu immune booster yang sangat bagus murah senang nak maintain terutama untuk baby bawah 1 tahun Kunyit hidup bagus untuk pe...
Anak Selalu Selesema Dan Batuk Cuba Deep Cleaning Tilam Dengan Hanya 3 Bahan Mudah Ni

Anak Selalu Selesema Dan Batuk Cuba Deep Cleaning Tilam Dengan Hanya 3 Bahan Mudah Ni

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 724 hits
Banyak masa yang kita habiskan di atas katil tanpa disedari Kadang kadang bila anak kerap batuk dan selesema kita tertanya tanya kenapa Sebenarnya mungkin kerana debu hama yang ada di atas katil Artikel Menarik Cadar mudah ditanggalkan untu...
Dapat Hadiah Selesema Dan Batuk Akibat Jerebu

Dapat Hadiah Selesema Dan Batuk Akibat Jerebu

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 364 hits
Jerebu di MalaysiaKini jerebu sedang melanda Malaysia Beberapa kawasan sudah mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat Taburan hujan pula kurang pada waktu ini yang membuatkan keadaan jerebu di sesuatu tempat semakin menjadi ja...
Berurai Air Mata Ibu Salmafina Ungkap Curhat Sang Anak Yang Sering Dihujat Warganet

Berurai Air Mata Ibu Salmafina Ungkap Curhat Sang Anak Yang Sering Dihujat Warganet

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 260 hits
Nama Salmafina kerap menjadi pembicaraan publik Mulai dari isu perceraiannya hingga pindah agama Terakhir Salmafina menjadi perbincangan lantaran berseteru dengan ayahnya Sunan Kalijaga
Buanglah Ego Mak Ayah Jangan Sampai Anak Tertidur Dengan Linangan Air Mata

Buanglah Ego Mak Ayah Jangan Sampai Anak Tertidur Dengan Linangan Air Mata

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 501 hits
Egonya kita dengan anak Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam Lagi sekali anak dileteri Anak salam dan masuk ke kelas dengan kea...
Pernah Peluk Anak Sampai Tak Sedar Air Mata Mengalir Sangat Tenang Bahagia Besarnya Kuasa Peluk Cium Anak

Pernah Peluk Anak Sampai Tak Sedar Air Mata Mengalir Sangat Tenang Bahagia Besarnya Kuasa Peluk Cium Anak

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 585 hits
Jika ibu bapa terlalu sibuk untuk memperuntukkan masa khas untuk anak setiap malam rutin yang satu ini iaitu memeluk dan mencium anak janganlah diabaikan Kuasa peluk dan cium anak ini sememangnya hebat Bukan anak saja terkesan ibu bapa pun ...
Gugurnya Air Mata Isteri Anak Arwah Suami Cukup Baik Di Mata Kami Sekeluarga

Gugurnya Air Mata Isteri Anak Arwah Suami Cukup Baik Di Mata Kami Sekeluarga

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 712 hits
Majlis pengebumian Pegawai Komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas Mejar Mohd Zahir Armaya di Tanah Perkuburan Islam Tambun dilaksanakan dengan penuh adat istiadat ketenteraan pasukan itu bermula pada jam 7 45 pagi tadi Mohd Zahir 36 menghembus...
Pesawat Air Asia Singgah Di Miri Penumpang Lahir Anak

Pesawat Air Asia Singgah Di Miri Penumpang Lahir Anak

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 537 hits
Credit Zainal Abidin Harun IAP AM MYY PESAWAT SINGGAH DI MIRI PENUMPANG LAHIR ANAK Penerbangan sebuah pesawat domestik dari Kuala Lumpur ke Sandakan yang membawa 130 penumpang dan 6 anak kapal pada petang semalam telah dialihkan ke Miri apa...
Alternatif Hilangkan Tompok Putih Gigi Anak Gosokkan Kayu Sugi Di Rendam Air Suam

Alternatif Hilangkan Tompok Putih Gigi Anak Gosokkan Kayu Sugi Di Rendam Air Suam

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 509 hits
Mula membersihkan mulut bayi beberapa hari pertama selepas lahir perlu untuk memastikan kebersihan mulut dijaga dari awal Selepas menyusu lap gusi bayi dengan tuala kecil yang bersih dan lembap untuk menanggalkan plak Ibu bapa perlu tahu ke...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah