Potato Masala



       Beberapa hari lepas Kjee ke restoran Mamak kat Lembah Keramat. Kedai tu memang femes dengan Puri yang mengelembung macam belon. Potato Masala pun sedap
       Tapi itu citer sebelum PKP. Sekarang dah tukar tukang buat puri. Nampak macam sama tapi rasa tidak. Puri tebal dan Potato Masala cair. 🤔       So pagi ini Kjee buat ler. Malas buat puri. So Kjee buat her lempeng bawang. Mula lepas Subuh tadi. Bukan susah pun. Setengah jam jer dah terhidang. Kena pandai multi tasking. Buat dua tiga kerja di satu masa.         Mula2 kerjakan kentang. Buang kulit. Potong2 dan rebus.  Saiz mesti sama supaya masak sekata. Lepas itu buang air dan lenyek2 manja. Biar kasar2. 


       Masa menunggu kentang tu empuk, Kjee sediakan adunan lempeng. Letak bawang yang telah di dadu. Letak air, kacau bagi sebati dan tepikan.        Kemudian hiris satu labu bawang besar, dua ulas bawang putih dan dua biji cili padi. Tumis guna minyak yang sedikit hingga naik bau. Kemudian masukkan kentang lenyek, sedikit air, sedikit serbuk kunyit dan satu atau dua sudu susu cair, kalo suka. Perasakan dengan garam.        Didihkan. Padam api. Boleh terus hidang. Tadi Kjee terletak air yang agak banyak. Jenuh nak keringkan. Justeru my Potato Masala terlebih masak. Sedap kalau kentangnya masih kenyal. 

       Dah siap Potato Masala, UP pun keluar bilik lepas mengaji, baca Yasin dan buat Tahlil buat arwah Bonda setiap pagi. Bondanya meninggal 8 Ogos lalu. Sementara dia uruskan bekfes anak2 bulus, Kjee pun buat lempeng.        
       Masa buat lempeng, sebelah tangan amik periuk, letak air dan didihkan untuk buat telor separuh masak. Itu kesukaan UP mengadap sarapan. Kemudian dia tolong buat Teh Ais yang sedap!        Dalam masa setengah jam aje, terhidanglah bekfes kami suami isteri. Alhamdulillah syukur. Hujan renyai2 kat luar dah berhenti ketika kami menjamah rezeki dari Allah swt ini. 






       



       







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dapurkakjee.com/2022/09/potato-masala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Order Extra Mash Potato Di Marrybrown

Order Extra Mash Potato Di Marrybrown

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 135 hits
Baca GAMBAR LOKASI Order Mash Potato Lebih Di Marrybrown Bukan semua tempat atau branch MB yang boleh bagi extra vege coselow Betul ke En suami makan di satu cawangan MB ni depa tak bagi add on Vege Katanya kalau dah order set tersebut tak ...
Murasaki Sweet Potato Pan Family Mart

Murasaki Sweet Potato Pan Family Mart

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 147 hits
Beberapa hari lepas keluar membeli barang Singgah sebentar di Family Mart Bahaya kalau masuk Family Mart ni semua benda seperti memanggil manggil Maka terbelilah juga Murasaki Sweet Potato Pan atau dalam bahasa melayu dia roti serbuk ubi ke...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte