Poster Baru The Divorce Insurance Beri Ramalan Rating Rendah
Lee Dong-wook, Lee Joo-bin, Lee Kwang-soo dan Lee Da-hee kini memulakan kisah cinta mereka secara serius.

Artikel Berkaitan
Rating 'The Divorce Insurance' Rendah Bagi tvN, Gabungan Lee Dongwook & Lee Kwangsoo Tak Menjadi?
Terbaru, pasukan produksi drama “The Divorce Insurance” telah mendedahkan poster hubungan yang menampilkan Noh Gi-jun (Lee Dong-wook), Kang Han-deul (Lee Joo -bin), Ahn Jun-man (Lee Kwang-soo) dan Jeon Na-rae (Lee Da-hee).
Dalam episod terdahulu, hubungan antara teraju utamanya semakin berubah. Noh Gi-jun dan Kang Han-deul semakin rapat hingga tidak lagi kekok menghabiskan masa bersama, manakala Ahn Jun-man dan Jeon Na-rae mula menaruh perasaan antara satu sama lain apabila menyedari banyak persamaan dalam perbualan mereka.
Dua poster hubungan yang dikongsikan menonjolkan perubahan hubungan keempat-empat watak tersebut. Poster Noh Gi-jun dan Kang Han-deul disertakan dengan frasa: “Kebarangkalian untuk bertemu orang yang ditakdirkan: 0.00034%? Tapi sekurang-kurangnya bukan 0 kan?”, yang menimbulkan rasa ingin tahu. Noh Gi-jun memandang Kang Han-deul dengan ekspresi penuh rasa ingin tahu, seolah-olah ingin meramal takdir. Walaupun pernah berkata, “Kemungkinan kita berjumpa semula lebih rendah daripada kebarangkalian seekor rakun albino dilahirkan,” mereka tetap bertemu semula sebagai rakan sekerja, menandakan kisah cinta bak takdir bakal berkembang.

Sementara itu, poster Ahn Jun-man dan Jeon Na-rae pula menampilkan hubungan yang penuh dengan keserasian mengejut. Menerusi kebetulan demi kebetulan dan janji untuk bertemu di rumah bagi ‘home date’, mereka berjaya merapatkan jurang emosi. Dengan ayat “Awak tahu tak yang awak sangat comel sekarang? Orang kata bila dah comel, itu penamatnya,” kedua-duanya dilihat mencuri pandang sesama sendiri, menjanjikan permulaan kepada “fasa penafian cinta dua hala” yang bakal menghiburkan.
Pihak produksi menyatakan,
Noh Gi Jun dan Kang Han Deul, serta Ahn Jun Man dan Jeon Na Rae, mula mendekati satu sama lain melalui perbualan jujur dan ikhlas. Nantikan kisah romantik mereka yang akan menggetarkan hati dan membuatkan anda tersenyum.
Namun begitu, rating tontonan untuk “The Divorce Insurance” masih rendah. Ia bermula pada tahap 3%, namun kini menurun ke paras 1%. Penurunan berterusan ini menimbulkan persoalan: Adakah akan ada kejutan perubahan arah?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Poster Baru ‘The Divorce Insurance’ Beri Ramalan Rating Rendah? first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/poster-baru-the-divorce-insurance-beri-ramalan-rating-rendah/