Post Mortem Majlis Presiden Ph Minggu Depan


Bernama Menurut Salahuddin, Majlis Presiden Pakatan Harapan akan membuat post mortem minggu hadapan bagi membincangkan isu kekalahan parti berkenaan di PRK Tanjung Piai. - Gambar fail   SEREMBAN: Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai termasuk mengenai ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Presiden yang dijadualkan minggu hadapan, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, mesyuarat berkenaan akan melakukan 'post-mortem' mengenainya dan seterusnya merangka tindakan susulan.  "Saya rasa ada satu, dua faktor besar yang PH perlu buat analisa terhadap keputusan Tanjung Piai... jadi saya sendiri sangat terbuka terima kekalahan ini dan satu, dua faktor itu seharusnya kita bincang dalam Majlis Presiden supaya ketidakpuasan hati rakyat terhadap kerajaan hari ini dapat kita rungkai.

"Apa pun saya menganggap fenomena ini hanya bersifat sementara sebab biasanya dalam mana-mana PRK,ada kumpulan yang melaksanakan hak dalam bentuk protes. Saya melihat perkara itu penting supaya apa-apa yang kita fikirkan perlu untuk struktur semula, akan kita lakukan dibawah kesepakatan kita dalam PH," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan kali ke-4 di sini, hari ini.  Turut hadir, Pengerusi Amanah Negeri Sembilan yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Zulkefly Mohamad Omar dan Timbalan Amanah negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Mohamad, Taufek Abd Ghani.

BACA: "Bukan salah Dr M seorang" - Khalid Samad ulas kekalahan PH di PRK Tanjung Piai

Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, selain itu, kekalahan PH juga berkemungkinan disebabkan penjelasan isu serta cerita mengenai kejayaan dasar yang dilaksanakan kerajaan tidak sampai ke peringkat akar umbi.

"Banyak kisah kejayaan yang tak sampai misalnya kita berjaya wujudkan kerajaan yang berintegriti, kita dah tak dengar kes-kes rasuah, semua dapat kita lakukan secara telus.

"Mungkin kekuatan media sosial PH yang saya rasa perlu ditingkatkan kerana kebanyakan orang kampung hari ini ada telefon pintar di tangan.Ini trend pemodenan teknologi yang saya rasa PH tidak dapat untuk sampaikan apa jua komunikasi kepada peringkat paling bawah (di Tanjung Piai)," katanya.

Semalam, Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Parlimen Tanjung Piai selepas calonnya, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi persaingan enam penjuru pada PRK kawasan itu dengan majoriti 15,086 undi.

Wee memperoleh 25,466 undi manakala calon PH Karmaine Sardini memperoleh 10,380 undi, calon Gerakan Wendy Subramaniam (1,707 undi), calon Berjasa Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (850) serta calon Bebas Dr Ang Chuan Lock (380) dan Faridah Aryani Abd Ghaffar (32).

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, daripada PH pada 21 September lepas akibat komplikasi jantung.

Terdahulu, Salahuddin ketika merasmikan konvensyen itu berkata, apa yang berlaku dalam PRK berkenaan merupakan isyarat penting daripada rakyat untuk PH menelitinya dan masih terdapat ruang untuk memperbaikinya.

Beliau turut mengingatkan anggota supaya mengambil iktibar, memperkukuh integriti dan bekerja kuat mendampingi rakyat. - BERNAMA

BACA: 'Bersedialah jadi kerajaan tempang, tumbang'  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/post-mortem-majlis-presiden-ph-minggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Bukan Bn Kuasa Melantik Pm Ditangan Majlis Presiden

Ph Bukan Bn Kuasa Melantik Pm Ditangan Majlis Presiden

papar berkaitan - pada 7/11/2019 - jumlah : 336 hits
Walaupun selalu menyebut akan menunaikan janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim sebagaimana perkara itu merupakan konsensus bersama Majlis Presiden PH tetapi Tun Mahathir Mohamad nampaknya terus mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan ...
Tidak Perlu Post Mortem Jika Tunai Janji Pru14

Tidak Perlu Post Mortem Jika Tunai Janji Pru14

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 421 hits
Pakatan Harapan akan adakan post mortem tentang kekalahan parti itu kepada Barisan Nasional di PRK Tanjung Piai Johor yang berakhir semalam Salahuddin Ayub yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara dan beliau juga orang kuat Majlis Pr...
Haqiem Rusli Bawa Keluarga Tunai Umrah Minggu Depan

Haqiem Rusli Bawa Keluarga Tunai Umrah Minggu Depan

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 1046 hits
Sebelum ini pernah menyuarakan hasratnya untuk membawa ibu bapanya mengerjakan umrah nampaknya impian penyanyi dan komposer Haqiem Rusli tercapai apabila bakal berangkat The post appeared first on
Jokowi Penunjukan Wakil Panglima Tni Bisa Minggu Depan Bisa Tahun Depan

Jokowi Penunjukan Wakil Panglima Tni Bisa Minggu Depan Bisa Tahun Depan

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 316 hits
Presiden Joko Widodo buka suara soal pengisian jabatan Wakil Panglima TNI Meski saat ini perpres soal Wakil Panglima TNI sudah terbit namun Jokowi menyebut belum diputuskan sosok yang ditunjuk mengisi jabatan itu
Adam Sempat Bertahan Hingga Minggu 20 Tiada Rezeki Ibu Lagi Walaupun 4 Kali Hamil

Adam Sempat Bertahan Hingga Minggu 20 Tiada Rezeki Ibu Lagi Walaupun 4 Kali Hamil

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 782 hits
Setiap wanita yang berkahwin pasti mendambakan gelak tawa dan tangisan anak dalam rumah tangga Namun jika belum rezekinya siapa kita untuk menidakkan takdir itu Ada yang diuji sukar dapat anak dan ada juga yang mengandung tetapi keguguran a...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


De La Te Coffee Alor Setar Cafe Ini Sesuai Untuk Lepak Santai

17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord