Pos Malaysia Terus Rugi Kerajaan Sekadar Melihat



Oleh Ab Jalil Backer
Belasan ribu pekerja Pos Malaysia Berhad mungkin berhadapan kehilangan pekerjaan jika kerajaan berterusan mengabaikan permohonan kenaikan tarif pos yang lebih kompetitif dan setara dengan syarikat kurier lain. 
Menurut sumber permohonan kenaikan tarif ini membabitkan mel komersial bukannya mel biasa dan kad ucapan.


Isu ini tidak dapat dielakkan kerana sejak setahun lalu Pos Malaysia sentiasa mencatat kerugian. Terbaru syarikat penghantaran mel nasional ini mencatatkan kerugian bersih  sebanyak RM29.34 juta pada suku kedua berakhir 30 September 2019.
Pendapatan Pos turut merosot 6.6 peratus kepada RM548 juta daripada RM589 juta sebelumnya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Syed Md Najib Syed Md Noor, “kemerosotan itu disebabkan prestasi perkhidmatan pos, perniagaan kurier dan penerbangan yang rendah, menyebabkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM35.4 juta berbanding kerugian sebelum cukai RM19.0 juta suku sama tahun sebelumnya.

“Kerugian itu disebabkan penurunan yang berterusan dalam jumlah mel kami (14 peratus tahun ke tahun) dengan kos yang meningkat untuk khidmat Obligasi Perkhidmatan Universal (USO),� katanya.
Dengan kata lain ada dua perkara pokok dalam masalah kerugian Pos Malaysia ini iaitu penurunan pelanggan dan peningkatan kos.
Dalam apa perniagaan pun isu jualan dan kos adalah faktor utama menentukan untung rugi.


Jumlah pengguna atau pelanggan pos berkurangan kerana orang ramai telah berubah kepada emel dan komunikasi digital lain bagi hal-hal peribadi dan urusan berkaitan kerja. Dengan kata lain, kemajuan teknologi komunikasi telah mengurangkan jumlah mel biasa sekaligus mengurangkan pendapatan Pos Malaysia.
Begitu pun perkembangan teknologi online juga telah merancakkan perkhidmatan khidmat penghantaran barangan. Pertumbuhan segmen perniagaan online memerlukan khidmat syarikat pekhidmatan penghantaran yang cekap dan cepat.
Ini merupakan segmen yang Pos Malaysia perlu beri tumpuan khusus bagi meningkatkan pendapatan.
Pos Malaysia merupakan satu-satunya syarikat perkhidmatan penghantaran yang mempunyai jaringan penghantaran paling besar di negara ini.


Mereka mempunyai lebih 1,000 premis di seluruh negara merangkumi Pejabat Pos, Mini Pos, Pos24 (terminal layan diri), Post-On-Wheels (Pejabat Pos Bergerak) dan ejen pos pos.
Pos Malaysia juga mempunyai lebih 7000 orang posmen sepenuh masa dan beratus posmen komuniti (separa masa).
Dengan kata lain jika Pos Malaysia mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan penghantaran, mereka pasti akan menjadi pilihan utama peniaga kecil dan usahawan online.
Baru-baru ini penulis menggunakan salah satu pakej pos untuk penghantaran barang iaitu Flexi Prepaid yang menyeragamkan kos penghantaran ke seluruh negara pada RM4.75 bagi barang bawah 500 gram.

Di bawah pakej ini, barang dijanji sampai kepada pelanggan dalam masa 4-5 hari bekerja bagi semenanjung dan 5-7 hari bekerja bagi Sabah dan Sarawak. Walaupun 80% daripada pakej sampai kepada pelanggan, ada 20% bermasalah.
Antaranya ialah lewat sampai, terperap sehingga sebulan di pejabat pos dan ada yang hanya dikembalikan kepada pengirim sebulan selepasnya.
Pada hemat penulis masalah-masalah ini terjadi adalah kerana kos penghantaran yang agak rendah menyebabkan pos gagal meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka seperti menghantar sms kepada penerima untuk bungkusan yang gagal dihantar.
Pos Malaysia mempunyai bebanan perkhidmatan besar termasuk di kawasan yang tidak menguntungkan dan menanggung kos penghantaran dari luar negara kepada penduduk tempatan.
Namun dalam masa yang sama tarif atau kadar pos ditentukan oleh kerajaan tanpa mengambil kira peningkatan kos. Kali terakhir kadar tarif dinaikkan ialah pada 2010 yang lalu.
Walaupun Kerajaan bersetuju untuk menaikkan tarif pos, sehingga kini tiada butiran terperinci diumumkan.


Mungkin sudah tiba masanya Kerajaan membenarkan Pos Malaysia bergerak sebagai sebuah syarikat yang bebas dari kawalan kerajaan terutama bagi tarif penghantaran barang dan pakej.
Adalah tidak adil untuk kerajaan berterusan mengawal penentuan tarif penghantaran untuk Pos Malaysia sedangkan syarikat penghantaran kurier lain bebas menentukan tarif mereka.
Kita tidak mahu melihat Pos Malaysia yang mempunyai tanggungjawab penting menghubungkan rakyat di seluruh negara akhirnya muflis kerana sikap lepas tangan kerajaan.
Kerajaan mungkin hanya perlu mengawal tarif mel biasa seperti surat menyurat dalam sampul saiz standard tertentu sahaja.
Manakala tarif mel dan kurier lain terutama membabitkan perniagaan haruslah dibenarkan kenaikan setara dengan perkhidmatan kurier yang lain.
Apa pun kerajaan perlu membuat keputusan segera berkaitan tarif ini kerana ia membabitkan periuk nasib belasan ribu pekerja Pos Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/12/pos-malaysia-terus-rugi-kerajaan-sekadar-melihat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pos Malaysia Rugi Teruk Pertama Kali Dalam Sejarah Selepas Untung Zaman Bn

Pos Malaysia Rugi Teruk Pertama Kali Dalam Sejarah Selepas Untung Zaman Bn

papar berkaitan - pada 27/12/2019 - jumlah : 297 hits
KUALA LUMPUR Pos Malaysia Berhad mencatatkan perolehan sebanyak RM550 juta menyusut 6 6 peratus pada suku kedua berakhir 30 September 2019 berbanding tempoh sama tahun lalu Penyusutan itu didorong terutamanya prestasi rendah perkhidmatan po...
Pos Malaysia Tunggu Butiran Rasmi Mengenai Kenaikan Tarif Pos Daripada Kerajaan

Pos Malaysia Tunggu Butiran Rasmi Mengenai Kenaikan Tarif Pos Daripada Kerajaan

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 298 hits
Pos Malaysia Bhd masih belum menerima butiran rasmi mengenai kadar tarif pos yang baharu dan tarikh perlaksanaannya daripada kerajaan walaupun penyedia perkhidmatan pos itu telah menerima surat pengesahan mengenai kelulusan kenaikan tarif t...
Khidmat Malaysia Terengganu Bersama Kerajaan Negeri

Khidmat Malaysia Terengganu Bersama Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 278 hits
Oleh Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU Khidmat Malaysia Terengganu berikrar akan bersama menghadapi sebarang bencana dan malapetaka dengan kerajaan negeri Ketuanya Hanafiah Mat berkata walaupun tampuk kuasa PAS tetap menghargai segala penat l...
Stop The Bleeding At Pos Malaysia Mcmc

Stop The Bleeding At Pos Malaysia Mcmc

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 344 hits
TO ALL Malaysians let me tell you that Pos Malaysia is bleeding It is our company we ve been using its services for years now without which will make life difficult for everybody Nothing was done to really help and find remedy to its predic...
Wang Rm407 011 46 Milik Fort Dilucut Hak Kini Jadi Harta Kerajaan Malaysia

Wang Rm407 011 46 Milik Fort Dilucut Hak Kini Jadi Harta Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 298 hits
Wang berjumlah RM407 011 46 yang dibekukan daripada akaun bank milik Yayasan Penyelidikan Transformasi yang didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad kini menjadi harta kerajaan Malaysia Loading Timbal...
Adakah Kerajaan Malaysia Mesti Tunduk Pada Tekanan Pertubuhan Ultra Kiasu Dong Jiao Zong

Adakah Kerajaan Malaysia Mesti Tunduk Pada Tekanan Pertubuhan Ultra Kiasu Dong Jiao Zong

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 327 hits
Asyraf Farique dalam portal Fokus menulis pengharaman Dong Jiao Zong akan mengundang campurtangan kuasa besar China Penulis juga melontarkan pendapat bahawa hubungan yang baik antara Dong Zong dengan negara China serta kuasa ekonomi besar n...
Pos Malaysia Lancar Setem Edisi Terhad Star Wars

Pos Malaysia Lancar Setem Edisi Terhad Star Wars

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 386 hits
Koleksi edisi terhad Star Wars boleh didapati dalam set berharga RM120 KUALA LUMPUR Pos Malaysia Berhad buat pertama kalinya melancarkan setem edisi terhad bertemakan Star Wars dengan kerjasama The Walt Disney Company Malaysia Ketua Pegawai...
5623 Rakyat Malaysia Rugi Rm1 8 Bilion Harian Metro 02 01 2020

5623 Rakyat Malaysia Rugi Rm1 8 Bilion Harian Metro 02 01 2020

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 453 hits
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia merekodkan kerugian dialami rakyat Malaysia mencecah RM1 8 bilion membabitkan kes ceti haram keldai akaun dan scam Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata faktor sikap menjadi punca utama mengapa masih ...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Prk Kkb Ini Soal Maruah Mca Wee Tetap Pendirian Tak Bantu Kempen