Portal Agenda Daily Disaman Pm
Portal Agenda Daily Disaman PM | Ismail Sabri Yaakob hari ini memperolehi perintah mahkamah terhadap sebuah portal berita dalam talian supaya memadam artikel yang didakwa berunsur fitnah terhadap perdana menteri itu
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan injunksi ex-parte terhadap Agenda Daily untuk memadamkan artikel berjudul “Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan” yang dimuat naik pada 30 Jan lalu.
Perintah itu dikeluarkan hari ini sebagai sebahagian daripada saman fitnah Ismail Sabri terhadap portal berita yang dikaitkan dengan artikel itu. Tindakan undang-undang sivil itu difailkan semalam
Sebelum ini, ketua pegawai eksekutif pengendali berita dalam talian Muhamad Izwan Mohd Zubit (gambar, bawah) pada 5 Feb lalu mempertahankan artikel itu sebagai analisis politik berdasarkan senario semasa.
Portal Agenda Daily Disaman PMWrit saman Ismail Sabri itu menyasarkan Izwan sebagai pemilik tunggal Agenda Daily Media Enterprise, yang mengendalikan laman web berita Agenda Daily.
Menurut senarai kausa di portal web badan kehakiman Malaysia, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Evrol Mariette Peters petang tadi membenarkan permohonan injunksi ex-parte yang dipohon oleh peguam Ismail Sabri dari firma guaman Kesavan.
Permohonan ex-parte ini bermaksud ia dikemukakan oleh satu pihak sahaja (plaintif) dalam suatu prosiding guaman untuk mendengar kes tanpa kehadiran pihak portal berkenaan selaku defendan.
Perbicaraan dijadualkan pada 4 Mac depan apabila pasukan undang-undang Agenda Daily boleh mengemukakan untuk cuba mengetepikan perintah injunksi itu sementara menunggu prosiding saman fitnah utama.
Berniat jahat
Menurut salinan permohonan injunksi ex-parte Ismail Sabri, plaintif memohon injunksi (diberikan hari ini) untuk memaksa defendan memadamkan artikel yang persoalkan itu daripada portal berita Agenda Daily.
Portal Agenda Daily Disaman PMMenerusi salinan pernyataan tuntutan saman itu, Ismail Sabri mendakwa artikel itu, "setelah dibaca secara keseluruhannya, mengandungi pelbagai kenyataan-kenyataan berniat jahat, fitnah dan/ atau tidak benar dengan plaintif."
Melalui tindakan sivil utama, plaintif memohon injunksi kekal agar Agenda Daily menurunkan artikel itu dan tidak mengulangi kenyataan yang didakwa berunsur fitnah.
Ismail Sabri juga memohon defendan mengeluarkan permohonan maaf bertulis dalam terma dan bentuk yang akan diputuskan oleh plaintif, serta menyiarkan permohonan maaf itu di portal tersebut dan dua akhbar tempatan yang akan diputuskan oleh plaintif, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh tarikh penghakiman.
Plaintif juga menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, faedah tahunan 5 peratus ke atas ganti rugi yang diberikan, dikira dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh, kos yang perlu ditanggung oleh defendan atas dasar indemniti penuh, dan apa-apa relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, peguam perdana menteri Ragunath Kesavan mengesahkan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan injunksi ex-parte petang ini.
Portal Agenda Daily Disaman PMJelas peguam itu, pihaknya kini dalam proses menyampaikan salinan perintah injunksi itu kepada defendan. -mk
BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/
Iklan TeksPeluang Menjana Pendapatan Pasif 5-20% Sebulan Tanpa Perlu Buat Apa2 atau Menaja Sesiapa Yang Terbukti Sejak Tahun 2019 Hingga Hari Ini (KLIK SINI)
Anda Nak Income Dari Trading? Tetapi Tak Mahir Trade Sendiri? Tak Pandai Analisis? Tak Ada Masa? Sibuk Dengan Kerja? Ini Solusinya Trade ANDA Jalan Secara Automatik 24 Jam Sehari, 5 Hari Seminggu! (KLIK SINI)
Hak Penjagaan Harta Anak Bawah Umur Bukannya Isteri Tersayang (KLIK SINI)
Iklan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.addindeen.com/2022/02/portal-agenda-daily-disaman-pm.html