Port Best Main Rollerblade Di Rollerwa One Utama
Assalamualaikum
Lama sangat posting duduk kat draft tapi penuh gambar. Baru ada masa nak update bercerita port best untuk korang main kasut roda atau orang biasa panggil rollerblade.
Kalau masa muda dulu (sekarang pun masih muda ye cuma dah ada anak je 😂) selalu main kat Taman Tasik Titiwangsa je. Tapi situ malam malam seronok la main. Sekarang ni makin modern, boleh main indoor. Walaupun tempat ada aircond, tetap meriah ye keluar peluh kalau buat aktiviti macam ni. Seronok sangat!
Berdebar ye nak main sebab last main tahun 2015 something rasanya. Tak bape nak ingat. Pastu terus nak hentam je main pulak rollerblade yang tayar double, bukan 1 line saje. Bantai je la main wak sebab adik adik semangat nak main
View this post on Instagram A post shared by ROLLERWA MALAYSIA (@rollerwakl)
Beza harga banyak sangat ye kalau main indoor atau outdoor. Kalau outdoor ni ada kasut sendiri, dah tentu percuma je main. Indoor ni bayar boleh tahan harganya dan termasuk sewa kasut roda. Kalau ada kasut sendiri, cuma jimat RM3 je. But still, duit. RM3 boleh beli air weh 😆
Mak dengan cucu sulungnya 🫰🏻
Kite pun nak jugak bergambar kat sayap 🫣
Ini Darlina dan masih available. Tibehhh! 😆
Banyak sangat tempat yang agak Instagramamble untuk bergambar tau. Habis semua ceruk kite nak ambik gambar sebab semuanya cantik cantik! Rugi lah kalau takde ambik gambar, masuk berbayar oi 😂💸
Kami lah anak anak Mak Ita dan Pokman 💖
Fayyra pun tak lepas gak nak bergambar. Kebetulan masa tu abang abang Spiderman ni ada. Dia pun takbole tengok Spider, mesti mintak ambikkan gambar
Overall main kat Rollerwa ni memang seronok! Cumanya pastikan perut dah berisi ye sebab kalau nak makan situ, kena ada duit yang banyak dan jenis tak kisah bayar mahal. Maggi cup saje atas RM5 kalau tak silap. Memang ada macam macam snek dan air dijual kat situ. Berbelanja lah ikut kemampuan 😄
Location:1UE Kuala Lumpur, MY 47800 Selangor Petaling Jaya Lebuh Bandar Utama Lot F603A-F613, First Floor (Old Wing)
Selain tu ada outlet lain jugak kat KL. Tapi Fatin pergi haritu kat One Utama belah Old Wing sama level dengan kedai LEGO
Instagram: @rollwerwakl
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fatindiana.com/2023/11/port-best-main-rollerblade-di-rollerwa.html