Popular Sekelip Mata Dek Squid Game Ini Kisah Jung Hoyeon Dari Model Antarabangsa Ke Pelakon


Siapa sangka drama pertama Jung Ho-yeon berjaya membawanya tuah seperti ini. Pilihan untuk berlakon “Squid Game” ternyata merupakan keputusan yang terbaik dibuat olehnya.
Model remaja Baru berusia 16 tahun, Jung Ho-yeon mula mengorak langkahnya sebagai model di Korea. Bahkan walaupun tanpa ejen, gadis itu mampu berjalan di Seoul Fashion Week dengan gahnya. Terus popular, dia kemudiannya menandatangani kontrak bersama agensi ESteem Models.
Perjalanan tidak terhenti di situ apabila si tinggi lampai ini menyertai musim ke-4 Korea Next Top Model bagi meraih lebih banyak perhatian. Sekadar berpuas hati di tempat kedua, namun rezeki di dalam industri permodelan tidak putus-putus mengetuk pintunya.
Tawan persada antarabangsa Tidak puas hanya di Korea, Jung Ho-yeon secara rasmi memulakan karier model di peringkat antarabangsa pada tahun 2016.
Bukan ‘kaleng-kaleng’, dia sudah pun menyarungkan busana untuk pelbagai jenama seperti Marc Jacobs, Fendi, Max Mara, Jeremy Scott, Tory Burch, Topshop Unique, Dolce & Gabbana, Missoni, Bottega Veneta, Emilio Pucci, Chanel, Miu Miu, Giambattista Valli, Prabal Gurung, Jason Wu, H&M, Jacquemus, Burberry, Acne Studios, Roberto Cavalli, Diesel Black Gold, Versus (Versace), Narciso Rodriguez, Paco Rabanne, Schiaparelli, Blumarine, Dundas, Zadig, Tods, Voltaire, Etro dan Gabriela Hearst. Banyak betul!
Percubaan lakonan Meskipun baru sahaja menyertai Saram Entertainment untuk karier lakonan, Jung Ho-yeon terkejut apabila diminta untuk menghantar video uji bakat untuk drama “Squid Game”. Wanita itu lebih terperanjat dan keliru apabila dia diterima untuk melakonkan watak Sae-byeok.
Jelas pengarah “Squid Game”, dia sudah pun menguji bakat ramai pelakon lain namun tiada yang sesuai. Namun apabila melihatkan video uji bakat model itu, dia terus mahu berjumpa bersemuka dengannya.
Saya rasakannya – ton suara, pandangan tajam dan auranya, semuanya sempurna.
Jung Ho-yeon pun tidak teragak-agak apabila dia membatalkan semua jadual yang sudah disusun di New York dan terus pulang ke Korea untuk permulaan baru itu.
Popular sekelip mata Sesudah “Squid Game” mula ditayangkan di Netflix, nama Jung Ho-yeon menjadi antara carian popular. Tidak biasa dengan kehadiran wanita itu, ramai yang meluahkan rasa kagum memandangkan dia mampu membawa watak pelarian Korea Utara dengan baik walaupun ini ialah naskhah pertamanya.
Bahkan ramai yang mula menyebut kembali mengenai hubungan cinta wanita itu dengan pelakon Lee Dong-hwi yang sudah terjalin selama 6 tahun lamanya.Lagi mengujakan apabila jumlah pengikut Instagram model itu menaik dengan mendadak! Selepas seminggu “Squid Game” ke udara, Jung Ho-yeon sudah berjaya menambah 2 juta pengikut baru daripada 400,000 sahaja pada sahaja. Dahsyat kan penangan ‘Kang Sae-byeok’?
Bertuah sungguh Jung Ho-yeon! Semoga terus sukses.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/dari-model-antarabangsa-ke-pelakon-jung-hoyeon-kecap-populariti-sekelip-mata-dalam-squid-game/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Popular Dek Squid Game Kisah Percintaan 6 Tahun Jung Hoyeon Lee Donghwi Jadi Perhatian

Popular Dek Squid Game Kisah Percintaan 6 Tahun Jung Hoyeon Lee Donghwi Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 990 hits
Rasanya mesti ramai yang tertanya tanya mengenai pelakon baru yang melakonkan watak Kang Sae byeok di dalam Squid Game kan Berjaya membawa watak pelarian daripada Korea Utara yang dingin sudah pasti nama Jung Ho yeon menjadi carian penonton...
Raih Jutaan Pengikut Ig Jung Hoyeon Wi Hajoon Lee Yoomi Bintang Sebenar Squid Game

Raih Jutaan Pengikut Ig Jung Hoyeon Wi Hajoon Lee Yoomi Bintang Sebenar Squid Game

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 448 hits
Squid Game bukan sahaja membuktikan bahawa Korea mampu menyampaikan pelbagai cerita yang unik buat semua namun ia juga memperkenalkan ramai bakat baru dan lama yang mungkin tidak bersinar sebelum ini Meskipun dibarisi pelakon hebat seperti ...
Jadi Perhatian Dalam Squid Game Jung Hoyeon Raih Hampir Sejuta Pengikut Di Ig Dalam 5 Hari

Jadi Perhatian Dalam Squid Game Jung Hoyeon Raih Hampir Sejuta Pengikut Di Ig Dalam 5 Hari

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 573 hits
Siapa sangka percubaan pertama kali dalam bidang lakonan merupakan tuah buat model Jung Ho yeon Bukan sahaja bakatnya diakui ramai malah kehidupannya juga mula menjadi perbualan semua ARTIKEL BERKAITAN Dek lakonannya yang baik dalam Squid G...
Squid Game Di Netflix Kisah Kesan Ketamakan Manusia

Squid Game Di Netflix Kisah Kesan Ketamakan Manusia

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 733 hits
Hi Korang Sekarang nieh tengah trending sekuel drama Korea SQUID GAME di Netflix yang bermula dari 17th September yang lalu Korang bayangkan lah laki ahkak Mr Big pun tau pasal citer nieh dari Tik Tok sebab ramai sangat yang buat review pas...
Hiburan Mungkin Rambut Raut Wajah Seakan Sama Nadhir Nasar Reda Dikatakan Mirip Pelakon Squid Game

Hiburan Mungkin Rambut Raut Wajah Seakan Sama Nadhir Nasar Reda Dikatakan Mirip Pelakon Squid Game

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 719 hits
Hebat betul fenomena Squid Game yang sedang melanda dunia kan Boleh dikatakan semua orang pasti ada terdengar mengenai kehebatan naskhah dari Korea tersebut yang menjadi bualan ramai kini ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBukan sahaja para pel...
Pelakon Baru Jadi Sebutan Ramai Meski Muncul 10 Saat Sahaja Dalam Squid Game

Pelakon Baru Jadi Sebutan Ramai Meski Muncul 10 Saat Sahaja Dalam Squid Game

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 684 hits
Tak dinafikan bahawa Squid Game merupakan naskhah yang menjadi kegilaan seluruh dunia hari ini Malah banyak nama yang menjadi sebutan ramai selepas membintangi siri Netflix tersebut antaranya Jung Ho yeon Lee Yoo mi dan Wi Ha joon Bukan itu...
11 Gambaran Pelakon Utama Squid Game Sekiranya Hadir Dalam Versi Malaysia

11 Gambaran Pelakon Utama Squid Game Sekiranya Hadir Dalam Versi Malaysia

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 1236 hits
Fenomena Squid terus berlangsung selang beberapa minggu selepas mula ditayangkan di Netflix dan berjaya mengalahkan Sweet Home sebagai rancangan bersiri Korea paling ditonton di Netflix Setiap scene dan elemen dalam Squid Game mencetuskan p...
Jadi Bualan Ramai Squid Game No 3 Dalam Ranking Program Tv Popular Di Netflix Global

Jadi Bualan Ramai Squid Game No 3 Dalam Ranking Program Tv Popular Di Netflix Global

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 751 hits
Walaupun dilanda sedikit kontroversi namun Squid Game berjaya meraih perhatian peminat K Drama di seluruh dunia ARTIKEL BERKAITAN Bukan sahaja popular di Korea malah ia berjaya menduduki No 1 di ranking Netflix beberapa negara seperti Hong ...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Tapak Pelancaran Roket Antarabangsa Di Pahang Dijangka Siap Seawal 3 Hingga 5 Tahun