Politik Nama


 


Rupa-rupanya politik Malaysia masih belum matang. Walaupun sudah 66 tahun merdeka. Atau bukan politik yang belum matang tetapi ahli politik Malaysia yang tidak matang-matang. Bukan semua, mungkin segelintir. Tapi itu cukup untuk memalukan ahli dan politik Malaysia.
Baru-baru ini, seorang ahli politik, bukan calang-calang orang, Timbalan Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA) kata konsep Rahmah bukan idea asal kerajaan perpaduan. Tetapi sebaliknya beliau mendakwa itu adalah gagasan Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi perdana menteri ketujuh dari 2018-2020.
Malah beliau turut menekankan bahawa naratif Rahmah itu satu kesilapan yang menjolok mata. Malah beliau menuduh ianya sebagai satu pembohongan melampau dan tidak tahu malu. Beliau seterusnya mengungkit bagaimana mulanya dan di mana Rahmah itu dipertuturkan dan kononnya dijadikan sebagai dasar pentadbiran Islam Model Malaysia.
Itulah hakikat dan standard ahli politik Malaysia. Kejar nama! Nakkan kredit! Pentingkan populariti! Jauh dari tujuan asal dan murni iaitu untuk mensejahterakan rakyat dan memajukan negara! Sedih, amat sedih!
Mujur ada juga menteri yang matang berfikiran waras. menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup bingkas membetul dan menenangkan keadaan. Beliau mengingatkan ahli politik tersebut dan yang sewaktu dengannya yang mengejar nama, kredit dan populariti supaya ide konsep Rahmah itu tidak seharusnya menjadi isu dan bahan pertikaian mana-mana parti politik. Yang penting ianya memberi manfaat kepada rakyat, mengembalikan semula tujuan politik itu sendiri.
Sebenarnya ide hanya tinggal ide. Ia tidak membawa apa-apa makna, jika ianya tidak diterjemahkan kepada gerak kerja yang menatijahkan kebaikan dan manfaat kepada rakyat. Itu yang terjadi mungkin ketika ide Rahmah diperkenalkan ketika itu. Ide hanya tinggal ide!
Tiada program mahupun inisiatif yang menyusul menterjemahkan idea Rahmah yang memberikan manfaat kepada rakyat ketika itu. Yang menonjol hanyalah “politicking” anti-rahmah daripada sebahagian ahli politik dalam kerajaan yang berkomplot bersama ahli politik pembangkang menjatuhkan kerajaan secara tebuk atap dan pintu belakang yang langsung tidak rahmah.
Sekurang-kurangnya sekarang rakyat berbilang kaum dan agama tahu erti Rahmah melalui pelbagai inisiatif rakyat-centric yang dilaksanakan sejak kerajaan perpaduan ciptaan YDPA ini memerintah negara. Dan rakyat pelbagai peringkat terutama golongan yang memerlukan mandapat manfaat daripadanya.
Ads by KioskedItulah sebenarnya intipati dan manifestari daripada Rahmah, salah satu atribut Tuhan Yang Maha Esa. Rahmah-Nya menjangkau ke seluruh alam, manusia, haiwan dan tanam-tanaman dan kepada yang taat dan tidak taat kepada-Nya. Secara kebetulan Rahmatan Lil Alamin merupakan misi kerasulan Nabi Muhammad dan juga menjadi slogan atau misi sebuah parti politik yang menganggotai kerajaan perpaduan.
Tidak keterlaluan dikatakan, antara banyak program Payung Rahmah, inisiatif Menu Rahmah yang paling “world” dan “viral” kerana ianya benar-benar merasuk keperluan rakyat yang majoritinya bekerja dan sekurang-kurangnya sekali terpaksa makan di luar.
Ada juga rakyat marhain yang mengatakan mereka kini berpeluang menikmati makanan segera seperti Burger King, McD dan Marrybrown dengan harga rahmah.
Dan rahmah itu bukan hanya diterjemahkan dalam bentuk makanan tetapi Bakul Rahmah yang merupakan bantuan barangan keperluan untuk golongan B10 yang pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan. Khabarnya sudah lebih 30,000 Bakul Rahmah diedarkan kepada si penerima setakat ini.
Kalau itu pun belum mencukupi, dikhabarkan sebanyak 3,225 Jualan Rahmah telah diadakan di 120 Parlimen di mana barang-barang keperluan yang ditawarkan diskaun sehingga 30% memberi manfaat kepada 56,488 rakyat di dalam Parlimen tersebut dengan jualan menjelang Aidilfitri berjumlah lebih daripada RM56 juta.
Lebih menarik, Rahmah itu diterjemahkan dan disambut lebih meluas oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) yang memperkenalkan pakej penyelenggaraan kenderaan ditawarkan oleh Proton dan Perodua.
Ads by KioskedDan baru-baru ini Tol Percuma Rahmah pula memberi manfaat kepada rakyat yang menggunakan kenderaan untuk balik kampung beraya melewati 33 lebuh raya. Keseluruhan kos akan ditanggung kerajaan melebihi RM93 juta.
Mungkin ada yang mempersoalkan bahawa bakul, jualan dan tol bukan ide baharu. Itu bukan persoalannya. Yang lebih utama dan terpenting ialah penambahbaikan inisiatif tersebut dan manfaat dikecapi rakyat dengan penjenamaan semula ide tersebut.
Inilah kreativiti, pemikiran dan kerja keras ahli politik yang bekerja untuk rakyat dan pembangunan negara. Inilah yang diperlukan rakyat. Semoga trend sebegini berterusan dalam kalangan ahli politik dan pemimpin negara generasi baharu. Rakyat harus menyambut baik jenama baharu ahli politik sebegini.
Dan rakyat harus menolak ahli politik yang mengejar nama, kredit dan populariti! - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/04/politik-nama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama Pun Politik Nusi Oiiii Hang Bukan Kempen Juga Ka Nu Sampai Shah Alam Sumpah Ikrar Mahasiswa Kedah Tak Aci La

Nama Pun Politik Nusi Oiiii Hang Bukan Kempen Juga Ka Nu Sampai Shah Alam Sumpah Ikrar Mahasiswa Kedah Tak Aci La

papar berkaitan - pada 25/4/2023 - jumlah : 129 hits
Lah hai Buat rumah terbuka pun dia kata membazir juga Beri rakyat makan percuma Membazir apa bendanya Lainlah kalau beri makan kroni je Ada unsur berkempen Apa masalahnya DS Anwar tu orang politik Beliau jadi PM pun atas tiket politik juga ...
Im Jiyeon Sebut Nama Kekasih Lee Dohyun Ketika Ucapan Kemenangan Di Anugerah Baeksang 2023

Im Jiyeon Sebut Nama Kekasih Lee Dohyun Ketika Ucapan Kemenangan Di Anugerah Baeksang 2023

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 289 hits
Sejak hubungan mereka didedahkan sepertinya Lee Do hyun Im Ji yeon jarang menyebut mengenai satu sama lain ARTIKEL BERKAITAN Pun begitu pelakon wanita itu mengumpulkan keberanian apabila menyebut nama teman lelakinya secara terbuka semasa m...
Umno Berjaya Bersihkan Nama Parti Mereka

Umno Berjaya Bersihkan Nama Parti Mereka

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 143 hits
Alhamdulillah Ini berita yang baik buat UMNO Kita pun tahu PN parti sakau Begitu banyak mereka sakau dalam tempoh 33 bulan di Putrajaya Kalau ada pemimpin UMNO mahu sertai mereka maka kita pun tahu pemimpin itu yang bagaimana Maka ini akan ...
Nama Kepala Bin Budi Gunawan Diusung Relawan Jadi Cawapres Ganjar Pranowo

Nama Kepala Bin Budi Gunawan Diusung Relawan Jadi Cawapres Ganjar Pranowo

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 218 hits
Koordinator Nasional Barisan Relawan Ganjar Budi Gunawan Annas Fitrah Akbar mendeklarasikan dukungannya untuk Budi Gunawan sebagai calon wakil presiden yang cocok mendampingi Ganjar Pranowo
Deretan Anak Artis Jadi Atlet Ada Yang Bawa Nama Indonesia Di Ajang Internasional

Deretan Anak Artis Jadi Atlet Ada Yang Bawa Nama Indonesia Di Ajang Internasional

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 158 hits
Tak banyak yang tahu jika anak dari seleb tanah air banyak yang berprestasi di bidang olahraga Diantara mereka ada yang menjadi atlet Tak hanya menorehkan prestasi mereka juga mengharumkan nama Indonesia di ajang internasional Berikut ulasa...
Nama Kena Petik Puteri Sarah Bengang Dengan Suami Influencer Sendu Nak Tumpang Glamour Ke Bro

Nama Kena Petik Puteri Sarah Bengang Dengan Suami Influencer Sendu Nak Tumpang Glamour Ke Bro

papar berkaitan - pada 26/4/2023 - jumlah : 350 hits
Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa bengang dengan sikap seorang lelaki dipercayai bekas suami kepada seorang pempengaruh yang diceraikan setelah lapan hari mendirikan rumah tangga Menurut aktres itu dia mendakwa dirinya telah digang...
Belum Bubar Brave Girls Akan Kembali Dengan Nama Kumpulan Baru

Belum Bubar Brave Girls Akan Kembali Dengan Nama Kumpulan Baru

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 179 hits
Ada berita gembira buat peminat BRAVE GIRLS ARTIKEL BERKAITAN Sebelum ini kumpulan 4 ahli iaitu BRAVE GIRLS telah dibubarkan selepas kontrak eksklusif mereka tamat dengan agensi Brave Entertainment Kemudian pada April lalu keempat empat ahl...
Politik Kotor Tugas Dan Tanggungjawab Siapa Utk Bersihkan

Politik Kotor Tugas Dan Tanggungjawab Siapa Utk Bersihkan

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 181 hits
Mufti adalah seperti penjawat awam lain yang ada keterbasan Tetapi jika mereka memilih untuk beriman ia bukan satu halangan Fitnah Abad IniPolitik Islam EkstremSering ada kumpulan yang menyerang ulama yang menyertai politik kononnya ulama y...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco