Kemelut Politik Apa Yang Telah Sedang Akan Berlaku Rakyat Malaysia Kena Tahu


KUALA LUMPUR, 27 Feb — Berikut adalah ringkasan peristiwa yang telah, sedang dan akan berlaku di Malaysia susulan cubaan mengatur semula landskap politik negara.
Apa yang telah berlaku 
21 Feb: Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk memberi beliau masa bagi menetapkan tarikh peletakan jawatan sebagai perdana menteri sebelum menyerahkan kuasa kepada penggantinya. Beliau berulang kali memberitahu akan melepaskan jawatannya selepas Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
(Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei 2018, PH memutuskan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri selepas tempoh dua tahun Dr Mahathir menyandang jawatan itu. PKR adalah satu daripada empat parti komponen PH selain Bersatu yang dipimpin Dr Mahathir, DAP dan Amanah.)
23 Feb: Beberapa Ahli Parlimen daripada parti kerajaan PH dan pembangkang berhimpun di sebuah hotel di Petaling Jaya untuk apa yang dilihat sebagai cubaan membentuk kerajaan campuran yang baharu dengan parti-parti komponen berlainan.
(Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang diketahui umum bertelagah dengan Anwar, dipercayai menjadi pemimpin utama dalam usaha itu.)
24 Feb: Dr Mahathir mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu.
(Dr Mahathir menjelaskan kemudian bahawa satu daripada sebab beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri adalah kerana tidak dapat menerima UMNO dalam kerajaan campuran yang akan ditubuhkan. UMNO adalah parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN) yang ditewaskan oleh PH pada pilihan raya umum 2018.)
Beberapa jam selepas meletak jawatan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim.
PKR memecat Mohamed Azmin dan sekutunya Zuraida Kamaruddin yang juga naib presiden parti.
Hampir serentak dengan itu, Mohamed Azmin, Zuraida dan sembilan lagi Ahli Parlimen PKR mengumumkan peletakan jawatan mereka dalam parti.
Bersatu pula mengumumkan keluar daripada PH, yang menyebabkan keruntuhan kerajaan PH kerana kehilangan majoriti di Parlimen.
(PH mempunyai 129 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Selepas Bersatu (26 kerusi) serta Mohamed Azmin dan sekutunya (11 kerusi) keluar daripada pakatan itu, jumlah Ahli Parlimen PH menurun kepada 92 orang yang terdiri daripada DAP (42), PKR (39) dan Amanah (11).)
25 Feb: Al-Sultan Abdullah, mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, memutuskan untuk mencari penyelesaian terbaik bagi kemelut politik itu.
Seri Paduka menemu bual secara individu kesemua Ahli Parlimen bagi mendengar sendiri siapa, pada pendapat mereka, yang menerima sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi perdana menteri.
Gabungan Muafakat Nasional, yang terdiri daripada parti-parti BN dan satu lagi parti pembangkang, PAS, menarik balik sokongan kepada Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri berikutnya dan menggesa pembubaran Parlimen bagi membuka laluan kepada pilihan raya mengejut selepas menyatakan bahawa kerajaan perpaduan pilihan mereka adalah tanpa DAP.
26 Feb: Dalam perutusan secara langsung menerusi televisyen, Dr Mahathir meminta maaf kerana berlakunya krisis politik itu dan menjelaskan mengapa beliau meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Beliau memberitahu tentang rancangannya menubuhkan kerajaan tanpa parti yang terdiri daripada individu berbanding parti politik.
PH menamakan Anwar sebagai Perdana Menteri berikutnya.
Apa yang sedang berlaku
27 Feb: Dr Mahathir menghadap Al-Sultan Abdullah.
Kedah dan Melaka mengumumkan kedudukan kerajaan negeri masing-masing adalah kekal seperti biasa.
Johor mengumumkan kerajaan campuran yang baharu.
Johor dan Melaka masing-masing menangguhkan persidangan Dewan Undangan Negeri masing-masing yang dijadualkan pada 5 Mac dan 6 Mac ini.
Anwar menghadiri mesyuarat bersama-sama Ahli Parlimen PKR.
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu Dr Mahathir di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra.
Dr Mahathir mengumumkan bahawa beliau kembali menyandang jawatan pengerusi Bersatu.
Apa yang akan berlaku
2 Mac: Persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan untuk memilih perdana menteri baharu yang menerima sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen. Sekiranya persidangan khas itu gagal mencapai keputusan, Parlimen akan dibubarkan dan pilihan raya mengejut akan diadakan.

Sumber : BERNAMA
The post Kemelut Politik: Apa Yang Telah, Sedang & Akan Berlaku Rakyat Malaysia Kena Tahu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/27/kemelut-politik-apa-yang-telah-sedang-akan-berlaku-rakyat-malaysia-kena-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ilmu Politik Rakyat Malaysia Bertambah

Ilmu Politik Rakyat Malaysia Bertambah

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 326 hits
Bagi sesuatu yang masih mudah diingat tidak perlu tarik ke belakang sangat memadailah dari 10 tahun yang lepas rakyat dipertonton dengan ilmu politik negara dan JUGA dunia setiap rakyat Malaysia 30 tahun ke atas lulus Diploma Politik Malays...
Kemelut Politik Malaysia Satu Cadangan Penyelesaian Yang Adil Dan Saksama

Kemelut Politik Malaysia Satu Cadangan Penyelesaian Yang Adil Dan Saksama

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 299 hits
Jika saya berada pada kedudukan Yang Di Pertuan Agong apa yang akan saya lakukan bagi menampakkan keputusan pelantikan kerajaan baru dibuat secara adil dan saksama adalah Tidak membenarkan sebarang kerajaan minoriti dibentuk sehingga ruang ...
Mentaliti Rakyat Malaysia Masih Rendah Sampah Penuh Dibuang Dalam Longkang

Mentaliti Rakyat Malaysia Masih Rendah Sampah Penuh Dibuang Dalam Longkang

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 331 hits
Ohmedia agak kecewa apabila melihat mentaliti rakyat Malaysia masih rendah kerana membuang sampah sarap merata rata sehingga tidak memikirkan kesan terhadap alam sekitar dan juga masyarakat sekeliling Cuba korang tengok gambar dekat bawah n...
Rakyat Selangor Semakin Matang Amati Politik Negara

Rakyat Selangor Semakin Matang Amati Politik Negara

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 264 hits
KUALA SELANGOR 28 FEB Rakyat di Selangor disifatkan semakin matang dalam mengamati perkembangan politik negara dengan tidak menimbulkan sebarang provokasi mahupun kekecohan hingga mengganggu ketenteraman awam Ketua Polis Selangor Datuk Noor...
Rampasan Kuasa Dan Kreativiti Rakyat Malaysia

Rampasan Kuasa Dan Kreativiti Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 408 hits
Siapa sangka Tekanan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sama ada yang menyokong BN atau Muafakat Nasional mahupun Pakatan Hancing selama hampir dua tahun mampu menzahirkan kreativiti tahap tinggi hari ini Sejak dari malam semalam membawa ...
Gabungan Rakyat Impian Saya Untuk Malaysia

Gabungan Rakyat Impian Saya Untuk Malaysia

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 514 hits
JENGKAL MASAKEMELUT yang membedal negara kini masih dalam usaha penyelesaian Para berwajib sedang berusaha keras untuk mengatasi segera kemelut dan masalah yang berlaku kini Apa yang terjadikan kini seperti sejenis virus cukup membahayakan ...
Manusia Talam Dua Muka Melacak Dalam Warna Warni Politik Malaysia 9792

Manusia Talam Dua Muka Melacak Dalam Warna Warni Politik Malaysia 9792

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 721 hits
Wednesday February 26 2020INFO TERKINI Yang ke 2 Uturn Detect Hahaha Kamaruddin Jaffar dari ahli Parlimen Bandar Tun Razak Nyatakan sokongan terhadap Dsai sebagai pm ke 8 tak mampu bayar rm 10 juta ke hahahahahaPosted by at Sumber Wednesday...
Insiden Tembakan Rambang Ketika Solat Jumaat Di Masjid Chrischurch Seorang Rakyat Malaysia Turut Jadi Mangsa

Insiden Tembakan Rambang Ketika Solat Jumaat Di Masjid Chrischurch Seorang Rakyat Malaysia Turut Jadi Mangsa

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 273 hits
Beberapa orang terbunuh dalam satu tembakan besar di dua buah masjid di bandar New Zealand Menurut laporan daripada Radio New Zealand terdapat dua insiden penembakan setakat ini Ia berlaku di Masjid Al Noor di sebelah Hagley Park dan satu l...
Situasi Politik Kini Rakyat Terpaksa Pusing 7 Keliling

Situasi Politik Kini Rakyat Terpaksa Pusing 7 Keliling

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 400 hits
Situasi politik negara ketika ini masih tidak menentu Dari usia muda sehingga atuk dan nenek bongkok tujuh turut bercakap malah pokok getah dipercayai ikut berbicara Terkini ketika artikel ini ditulis gabungan baru Perikatan Nasional yang d...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

7 Skim Perkhidmatan Ekonomi Gred E Sspa Yang Disenarai Ikut Pekeliling 2024

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Resipi Kuah Rojak Homemade Ala Penang Manis Pedas Memang Padu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Ayam Phet

Lavazza X Aura Pop Up Coffee Experience Di Suria Klcc Rasai Kemewahan Kopi Itali Asli

Demystifying The Insurance Declaration Page Understanding Your Policy At A Glance

Dah Cuba Hubungi Aaron Aziz Tuntut Agensi Umrah Amp Haji Bayar Hutang Rm65 000 Nantikan Surat Peguam

Hantaran Tiktok Marissa Dania Raih Perhatian Netizen Kata Seperti Menggambarkan Perasaan Jika Kamu Tidak Diperjuangkan

Rafizi Aku Dah Tak Kenal Parti Ini Rafizi Petik Situasi Umno 1998