Politik Jangan Dipatuk Ular Yang Sama Dari Lubang Yang Sama Wahai Anwar



Untuk menjatuhkan DS Najib, beliau sanggup bekerjasama dengan musuh-musuh lamanya DS Anwar, Lim Kit Siang dan Mat Sabu. Ianya berjaya dan tumbanglah DS Najib dan bersama-samanya kerajaan BN.

Tun Dr. Mahathir menjadi PM kerajaan PH sehingga jawatan itu diserahkan kepada DS Anwar, pada mulanya, kita difahamkan, selepas dua tahun. Kita percaya perjanjian itu wujud. Itulah yang dikatakan oleh PH dari awal lagi, malahTun Dr. Mahathir tidak pernah menafikannya.


Malangnya, dari awal lagi beliau berdolak-dalik, kadang-kadang dia kata boleh jadi dua tahun, boleh jadi tiga. Mahathir juga kerkata beliau akan menjadi PM selagi dikehendaki rakyat dan pernah juga beliau berkata beliau hanya boleh menyerahkan jawatan itu jika DS Anwar mempunyai majoriti dalam Parlimen.

Semua itu menyebabkan orang beranggapan bahawa beliau tidak akan menyerahkan jawatan PM itu kepada DS Anwar.

Kemuncaknya pada 21hb. Feb 2020, dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada hari itu, mesyuarat sebulat suara memutuskan Tun Dr Mahathir akan melepaskan jawatan PM kepada DS Anwar selepas Sidang APAC 2020, tarikhnya akan diumumkan kemudian..

Malang buat DS Anwar... PH terguling ditengah jalan bila Tun Dr. Mahathir melepaskan jawatan PM setelah PN mendakwa mempunyai cukup MP untuk mengambil alih Kerajaan..

Buat DS Anwar..

Sabda Rasulullah S.A.W.

“Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali,” (Riwayat Abu Daud)

========================================

Seorang penganalisis berpandangan perjanjian yang memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan kembali menjadi kerajaan hanya merugikan Anwar.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya memberitahu, Anwar patut belajar dari pengalaman silam dan jangan terlalu percaya pada kesediaan Mahathir menyerahkan kuasa kepadanya.

Beliau mengulas laporan FMT bahawa PH sedia mengangkat Mahathir sebagai calon perdana menteri, kali ini Anwar sebagai timbalannya.

Sumber beritahu perkembangan itu selepas beberapa mesyuarat pimpinan PH minggu lepas.

Azman berkata sukar untuk pemerhati politik membayangkan Mahathir akan berundur.

Beliau berkata Anwar tidak rugi apa-apa sekiranya beliau menolak jawatan timbalan perdana menteri kerana bukan mudah menjadi kerajaan pada masa ekonomi yang amat mencabar.

Adalah lebih baik beliau tumpu pada mengukuhkan parti dan mengisi kekeosongan yang ditinggalkan bekas timbalan presiden Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya.

“Buat masa ini, beliau patut tumpu menjadi ketua pembangkang yang bagus dan membuat persiapan untuk pilihan raya umum akan datang dengan mengukuhkan sokongan akar umbi.”
James Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania precaya perjanjian itu, sekiranya berlaku, menghala ke arah persiapan pilihan raya umum akan datang daripada perubahan kerajaan yang segera kerana PH masih perlukan jumlah sokongan yang mencukupi.

Beliau berpandangan perjanjian itu langkah ke depan bagi PH.

“Anwar ada sokongan dalam kalangan orang Melayu di bandar dan Mahathir ada sokongan dalam kalangan Melayu di luar bandar,” katanya.
Sebaliknya, cabaran paling besar bagi PH adalah “sejarah tinju bayang yang panjang” antara Mahathir dan Anwar.

“Walaupun mereka bersetuju, saya tak pasti penyokong mereka bersetuju.”
Beliau berkata perkara penting dalam sebarang aturan adalah mendapatkan sokongan ahli Parlimen Sabah dan Sarawak, dan beliau ragu-ragu Gabungan Parti Sarawak dan 18 ahli Parlimennya akan menyokong Mahathir selagi DAP sebahagian daripada PH.



Sekiranya PH kembali berkuasa, ada kemungkinan ia hanya ada majoriti tipis, menjadikan ia tidak stabil seperti Perikatan Nasional.

Ahli sains politik, Chandra Muzaffar berkata tiada jaminan PH boleh segera menggantikan PN sekali pun ia ada jumlah sokongan yang mencukupi atau berjaya menyingkir Muhyiddin Yassin menerusi undi tidak percaya.

“Sekiranya Muhyiddin tewas dalam undi percaya itu, beliau perlu menghadap Agong dan saya fikir Agong akan membubarkan Parlimen kerana Agong pernah menegur tentang mengheret negara sekali lagi ke kancah politik,” katanya.
Chandra juga ragu-ragu Agong akan sekali lagi melantik Mahathir sebagai perdana menteri kerana beliau enggan menarik balik peletakan jawatannya apabila Agong meminta beliau berbuat demikian.

“Mahathir yang memulakan kecelaruan politik ini,” katanya. “Jadi saya tak percaya raja-raja akan sekali melantiknya.”“Saya juga tak percaya Mahathir di usia 95 tahun kembali menjadi perdana menteri buat kali ke-3 akan dapat sokongan besar rakyat.”
Laporan dipetik dari FMT

Sumber Artikel: Anak Sungai Derhaka



Ditaja oleh FeedBurner


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/06/politik-jangan-dipatuk-ular-yang-sama.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelacur Politik Murahan Meroyan Salahkan Anwar

Pelacur Politik Murahan Meroyan Salahkan Anwar

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 419 hits
Sudah sudah la Daroyah Kamu telah jadikan diri kamu sebagai pelacur politik murahan kamu mahu salahkan Anwar pula Kalau betul Anwar itu rubber stamp atau ikut telunjuk pimpinan pimpinan lain di dalam parti kamu telah lama disepak keluar dar...
Anwar Diharap Bertegas Jangan Sesekali Mengalah

Anwar Diharap Bertegas Jangan Sesekali Mengalah

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 349 hits
Rata rata ramai yang tidak faham mengapa Tun Mahathir Mohamad masih mahu menjadi Perdana Menteri sekali lagi dan tidak menyokong saja pencalonan Anwar Ibrahim bagi jawatan tersebut Apakah beliau ingin menjatuhkan Muhyiddin Yassin kerana ben...
Tun Jangan Main Politik Kotor

Tun Jangan Main Politik Kotor

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 261 hits
Roslan SMS Hari ini tokoh tokoh di antara penyokong Muhyiddin ke sana ke sini untuk menawar jawatan dan wang untuk menambah sokongan Siapa yang menolak tawaran mereka akan diugut dan didera Demikian nukilan bekas PM Tun Dr Mahathir di dalam...
Kalau Dah Tahu Lebih Baik Tak Ada Pilihan Raya Jangan Main Politik Shahril

Kalau Dah Tahu Lebih Baik Tak Ada Pilihan Raya Jangan Main Politik Shahril

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 368 hits
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan menggesa pembangkang untuk tidak bermain politik dengan membuat kenyataan yang tidak konsisten sehingga merisikokan pilihan raya berlaku Beliau berkata demikian ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir ...
Anwar Diingatkan Jangan Terlalu Percaya Pada Dr M

Anwar Diingatkan Jangan Terlalu Percaya Pada Dr M

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 343 hits
Seorang penganalisis berpandangan perjanjian yang memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan kembali menjadi kerajaan hanya merugikan Anwar Awang Azman Aw...
Anwar Jangan Bimbang Kami Sentiasa Bersama Mu

Anwar Jangan Bimbang Kami Sentiasa Bersama Mu

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 286 hits
Kalaulah kerana Keadilan bertegas mahu Anwar sebagai calon PM maka rakan2 sekutu di dalam PH mahu tendang Anwar dan Keadilan keluar dari PH demi untuk pertahankan Tun M kami penyokong bawahan bersedia bersama Keadilan walaupun bersendirian ...
Anwar Jangan Abai Rakyat Walau Negara Berdepan Banyak Isu

Anwar Jangan Abai Rakyat Walau Negara Berdepan Banyak Isu

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 349 hits
SHAH ALAM 7 JUN Wakil rakyat diingatkan tidak lupa tanggungjawab masing masing walaupun negara berdepan isu politik rangsangan ekonomi serta pandemik Covid 19 Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelonggaran pergerakan ketika ini membolehkan Ah...
Anwar Jangan Dok Percaya Sangat Mahathir Tu

Anwar Jangan Dok Percaya Sangat Mahathir Tu

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 343 hits
Seorang penganalisis berpandangan perjanjian yang memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan kembali menjadi kerajaan hanya merugikan Anwar more Awang Azm...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri