Politik Itu Servis Bukan Karier


MUKADIMAH
MINGGU sudah rakyat marah apabila agensi dan jabatan kerajaan tidak cepat bertindak menyelamatkan mangsa banjir di Shah Alam, Klang dan Hulu Langat. Khabarnya, ‘kerana lambat terima arahan pihak atasan iaitu ahli politik’.

Kemarahan semakin meluap apabila ada ahli politik menyebut itu bukan bidang tugas agensi di bawahnya sehingga tular pelbagai gambar termasuk bapa dan anak kecil menebuk atap genting rumah dengan keterangan gambar: “YB tebuk atap dapat jadi menteri, rakyat tebuk atap untuk selamatkan diri”.

Berkongsi isu itu kepada wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLI JALIL kelmarin, pengasas rangkaian klinik Kumpulan SP Care, DR. N. SATHIA PRAKASH, yang terlibat membantu mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam berkata, beliau memahami perasaan kecewa mangsa. Akuinya lagi, situasi di kawasan bencana tempoh hari memang huru-hara.

UTUSAN: Kelihatan ada ahli politik hanya melihat skop sempit bidang tugas diberi kerajaan dan tidak mengutamakan membantu rakyat?SATHIA PRAKASH: Ini kerana di Malaysia mereka lihat politik adalah satu profesion (pekerjaan), sedangkan sebenarnya ia untuk memberi perkhidmatan.
Di Malaysia sekarang orang mahu masuk politik tetapi apabila ditanya apa profesion anda, mereka menjawab saya berkhidmat untuk parti selama bertahun-tahun ini. Tapi itu bukan profesion, kerja atau karier

Politik ini adalah anda berkhidmat kepada orang ramai dan kalau anda pilih yang muda-muda (sebagai wakil rakyat)…saya bukanlah anti orang muda, ya…cuma mereka tidak melihat apa itu kehidupan.

Bagaimana mereka akan membantu orang jika tidak (pernah) menjalani kehidupan, merasai bagaimana anda bekerja untuk menyara hidup. Dan tidak benar-benar merasakan kesakitan setiap individu yang berada di bawah

Jadi, semua orang harus mempunyai profesion terlebih dahulu sebelum anda pergi ke perkhidmatan (menjadi ahli politik). Pernah tak kita tengok di luar negara mana-mana orang menyatakan profesion mereka ialah ahli politik? Tidak ada seperti ini.

Okey, katakan ahli politik ini pengalamannya tahu politik sahaja. Dia tiada profesion dan tak ada apa-apa pun. Jadi, macam mana dia nak tolong (membantu mangsa banjir)? Apa kepakaran yang anda ada? Sekurang-kurangnya saya boleh membantu dari segi perubatan

Tidak semua orang hanya memberi makanan. Kita memerlukan pelbagai pengkhususan. Sistem perparitan kita apa yang berlaku, kebersihan kita, sistem tandas dan pembetungan. Ahli politik juga perlu ada pengalaman menghadapi kebakaran besar dan taufan dengan pergi menolong di luar negara. Jangan ada keinginan hendak tolong tetapi jaket keselamatan dan kasut diguna pun tidak sesuai.

Mungkin mereka tidak dapat membantu kerana kereta baharu MPV tak dapat masuk kawasan banjir?
Kita lakukan sesuatu hendaklah kerana untuk beri perkhidmatan, bukan disebabkan kemewahan. Terus terang apabila saya dengar beli kereta besar-besar, beli Vellfire, beli itu beli ini, tetapi bila kecemasan macam ini, nak masuk dalam banjir, kena kenderaan mana yang boleh berguna untuk segala keadaan.

Boleh kongsi pengalaman bantu mangsa banjir di Taman Sri Muda?
Saya lihat keadaan huru-hara dan tiada kawalan apa-apa. Siapa harus disalahkan, saya tidak tahu. Saya pergi pada Ahad malam. Bila turun tolong kena buat betul-betul.

Kita kena pergi untuk melihat apa yang berlaku di sana terlebih dahulu, apa yang kita boleh tolong.

Kena buat analisis situasi terlebih dahulu kerana perlu menjaga keselamatan penduduk dan petugas-petugas yang memberi pertolongan. Saya lihat kawasan dipenuhi banjir dan ramai orang cuba membantu penduduk keluar tetapi tiada penyelarasan.

Mungkin sebab bencana itu telah berlaku dalam masa sangat singkat. Tetapi masalahnya organisasi yang besar sepatutnya sudah ada sistem amaran. Kalau kecemasan apa yang akan berlaku, selamatkan orang terlebih dahulu

Saya sedar helikopter hanya berlegar pada hari ketiga banjir. Ke mana perginya helikopter pada hari pertama banjir? Saya dengar berita kita membeli dron bernilai berjuta-juta ringgit. Mana dron ini ketika banjir untuk mengenal pasti kawasan, masalah dan keadaan yang sedang berlaku.

Janganlah beri alasan CCTV (kamera litar tertutup) tidak berfungsi kerana tiada elektrik untuk kenal pasti apa yang berlaku di kawasan sekeliling kerana kita masih mempunyai dron. Kita belanjakan wang yang banyak untuk teknologi ini. Dengan 20 hingga 30 dron, kita sudah boleh mendapat maklumat terkini apa yang perlu dibuat

Kenapa kita tidak gunakan pengalaman dan teknologi menangani Covid-19 bagi membantu mangsa banjir?
Macam saya katakan tadi, SMS (khidmat pesanan ringkas) itu benda yang mudah. Adakah kerajaan SMS (maklumkan) tentang banjir? Kalau kita terima pun lambat, sedangkan benda itu perlu segera dengan menyatakan banjir sedang berlaku. Ada SMS menyatakan “Warga Malaysia siap sedia menghadapi bencana banjir dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP)…” tetapi itu baru sahaja diterima

Ada penduduk mendakwa telah menelefon agensi berkaitan tetapi bantuan tak juga tiba?
Saya diberitahu, mereka telah hubungi lima, enam agensi. Tapi tak ada orang nak tolong, kata bukan kecemasan. Tetapi ibu dekat sana dengan dua anak sudah mula menangis dan dalam keadaan keliru. Itu sebenarnya yang berlaku

Kalau kita ada sistem, benda itu pun dah ada waktu kita melawan pandemik, jadi, tak perlu sediakan yang baharu. Cuma serapkan. Katakan nombor ini panggil, kita tahu kod nombor ini dan boleh semak untuk mengetahui apa status

Adakah mereka tanpa makanan atau ada masalah memerlukan bantuan perubatan. Dan adakah kawasan itu perlu diletakkan dalam zon merah untuk bantuan segera? Kawasan kuning pula berwaspada supaya tidak menjadi zon merah

Jika ada sistem seperti ini, penduduk akan puas hati kerana tahu ada prosedur perlu diikuti disebabkan tidak semua orang dapat diselamatkan secara serentak dengan pihak penyelamat masih cuba lakukan yang terbaik.

Sebagai doktor, apa kelemahan yang masih wujud dalam menangani banjir kali ini?
Kesihatan itu sangat penting. Jadi, soalan pertama saya, di mana mereka (mangsa banjir) hendak guna tandas. Kita sepatutnya menyediakan tandas bergerak di semua tempat. Saya tidak pasti sudah disediakan atau tidak. Ini kemudahan asas yang harus disediakan.

Kedua, perlu disediakan tempat untuk membuang sampah dan sampah perlu dikutip serta dibersihkan dengan segera. Saya dapati ada kawasan banjir dipenuhi minyak. Ini akan menyebabkan jangkitan penyakit kepada kulit. Saya tahu soal menjaga kebersihan bukan senang tetapi kesihatan persekitaran asas harus diutamakan. - UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/politik-itu-servis-bukan-karier.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlekeh Muda Ini Formula Tua Dan Lapuk Kata Syed Saddiq Apok Atau Tidak Itu Lah Politik

Perlekeh Muda Ini Formula Tua Dan Lapuk Kata Syed Saddiq Apok Atau Tidak Itu Lah Politik

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 222 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE January 5 2022Susulan tular gambar beberapa ahli yang didakwa dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia berpesta minum bir menggunakan duit crowdfunding Pengasas Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan itu Sy...
Piala Aff Singapura Sudah Kerahkan Semuanya Tapi Itu Tak Cukup

Piala Aff Singapura Sudah Kerahkan Semuanya Tapi Itu Tak Cukup

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 203 hits
Timnas Singapura tersingkir dari Piala AFF 2020 Singapura sudah mengerahkan seluruh tenaga saat melawan Namun segala upaya The Lions belum cukup mengantarkan mereka ke final Leg kedua semifinal Piala AFF 2020 antara terjadi di National Stad...
Itu Bukan Oven Saya Letak Biskut

Itu Bukan Oven Saya Letak Biskut

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 188 hits
Seorang wanita yang tular di media sosial sebelum ini kerana dilihat mengangkut kotak ketuhar bersama beberapa individu membawa keluar barangan dipercayai dari premis Mydin Mart Sri Muda Shah Alam Wanita itu tampil menjelaskan perkara seben...
Muka Tiba Menjadi Tuiar Akhirnya Makcik Ini Tampil Dedahkan Apa Yg Dia Lakukan Masa Itu

Muka Tiba Menjadi Tuiar Akhirnya Makcik Ini Tampil Dedahkan Apa Yg Dia Lakukan Masa Itu

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 206 hits
Shah Alam Datuk Ameer Ali Mydin sebelum ini menghalalkan mereka yang mencvri barangan di cawangan Mydin Mart di Taman Sri Muda Shah Alam Selangor pada Sabtu RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI Ia berlaku berikutan banjir yang yang mengakibatkan s...
Curang Itu Pilihan Bukan Takdir Yang Tak Mampu Dihalang

Curang Itu Pilihan Bukan Takdir Yang Tak Mampu Dihalang

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 269 hits
Beberapo minggu tuk negara bukan hanya dikambohkan dengan peristiwa banjir terok yang menyebabkan banyak kerosakan dan turut menyebabkan kehilangan nyawo tapi juak kesah kesah kontroversi lain antaranya video viral mengenai kecurangan seora...
Adakah Anda Tahu Apa Itu Nikotin

Adakah Anda Tahu Apa Itu Nikotin

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 306 hits
Adakah Anda Tahu Apa Itu Nikotin Assalammualaikum para semua pembaca Hari ini Ruby ingin berkongsi tentang Nikotin kajian yang telah Ruby laksanakan bertahun dan tidak pernah berkongsi maklumat yang telah Ruby perlolehi Sebagai manusia kita...
Saya Alami Waktu Sukar Kini Sebab Itu Saya Potong Rambut Song Jihyo

Saya Alami Waktu Sukar Kini Sebab Itu Saya Potong Rambut Song Jihyo

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 321 hits
Segala gerak geri Song Ji hyo nyata menjadi perhatian ramai memandangkan dirinya yang popular di serata Asia Bahkan isu rambutnya yang dipotong pendek turut menjadi perdebatan ramai sehingga menjadi topik trending berminggu lamanya Menerusi...
Itu Bukan Suara Saya Rosmah

Itu Bukan Suara Saya Rosmah

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 187 hits
Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menafikan bahawa suara wanita dalam rakaman audio can I advise you something adalah suaranya Beliau turut menyifatkan isi kandungan rakaman tersebut sebagai sampah Selain itu wanita terbabit ketika disoal b...
Pelat Itu Comel Tapi Sementara

Pelat Itu Comel Tapi Sementara

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 179 hits
PELAT ITU COMEL TAPI SEMENTARA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt Comel Ini yang PC rasakan bila dengar anak kecil pelat dalam pertuturannya diawal awal dia sedang mahu dan belajar berbicara Ada anak...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024