Politik Islam Politik Sekular


 
JAMZURI ARDANI


Ada sorang kawan lebai ni tuduh saya mengamalkan politik sekular kerana katanya saya berpolitik tidak peduli soal dosa dan pahala. Tuduhan ini dibuat kerana kritikan saya ke atas pemimpin parti politik berjenama agama. Dalam kotak pemahaman dia, parti berjenama agama wajib disokong. Kalau tak sampai wajib pun, bagi dia sokong parti berjenama agama sudah tentu dapat pahala. Adapun melawan parti berjenama agama adalah satu dosa. Mendedahkan keburukan pemimpin berjenama agama adalah dosa. Oleh kerana saya dikatakan sering menghentam pemimpin parti berjenama agama, maka mengikut pemahaman dia politik saya ini tidak kenal dosa pahala. Maka itu, dia kata saya adalah pengamal politik sekular. Pemahaman seperti ini sebenarnya membentuk pemikiran sebahagian besar penyokong dan pendokong parti berjenama agama tersebut. Itulah yang sentiasa diasak dalam pemikiran mereka dalam setiap program parti mereka. Itu jugalah yang diasak dalam ucapan-ucapan pemimpin mereka. Bagi saya, pemahaman ini adalah fahaman songsang. Songsang dari sudut ajaran agama dan songsang dari sudut amalan berpolitik. Dari sudut pandangan agama, semua orang Islam wajib meyakini perkara dosa dan pahala. Ia termasuk dalam perkara yang wajib diimani. Pun begitu, persoalan dosa dan pahala adalah perkara ghaibiyyat, seperti juga dengan persoalan syurga dan neraka. Hanya Allah SWT yang mengetahui secara tepat dan terperinci tentang semua perkara ghaibiyyat. Manusia hanya mengetahui perkara ghaibiyyat terhad ke atas apa yang ada di dalam nas sahaja. Manusia tidak berhak untuk membuat takwilan tentang perkara ghaibiyyat di luar dari apa yang dinaskan. Maka itu, membuat takwilan dan andaian bahawa menyokong sesuatu parti politik adalah pahala atau dosa merupakan suatu fahaman yang bathil dan sonsang dari sudut ajaran agama. Perkara ini tidak pernah dinaskan secara jelas dan membuat andaian dalam perkara ghaibiyyat adalah dilarang oleh agama. Semua ahli politik beragama Islam, samada penyokong atau pemimpin boleh melakukan dosa atau pahala. Ianya tergantung di atas amalan dan niatnya, dan bukannya ditentukan di atas parti politik apa. Pemimpin parti berjenama agama yang berbohong tetap berdosa. Pemimpin parti apapun yang beragama Islam yang berbuat amal sholeh tetap dapat pahala. Kalau itu mahu dikatakan sekular, maka sekular itulah yang lebih hampir dengan ajaran agama.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/politik-islam-politik-sekular.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Densus 88 Dalami Dugaan Baiat Anggota Negara Islam Indonesia Di Garut

Densus 88 Dalami Dugaan Baiat Anggota Negara Islam Indonesia Di Garut

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 265 hits
Aswin mengungkapkan perlu upaya tindak lanjut secara menyeluruh dalam menangani kasus tersebut
Susun Atur Kediaman Yang Disarankan Oleh Islam

Susun Atur Kediaman Yang Disarankan Oleh Islam

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 278 hits
Pada artikel lepas IMPIANA telah bawakan ciri ciri kediaman yang berteraskan syariat Islam Jadi kali ini kita akan bincangkan tentang kedudukan rumah yang bersesuaian dengan ajaran Islam pula Sebelum membina rumah idaman sudah tentu anda ak...
Kerajaan Melayu Islam Menganaktirikan Sekolah Agama Rakyat

Kerajaan Melayu Islam Menganaktirikan Sekolah Agama Rakyat

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 366 hits
Oleh AHMAD SHAUQIE SYEIKH MUHAMAD BADERUDIN October 7 2021Sejak mendakap Barisan Nasional untuk menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Parti Islam Se Malaysia ternyata telah terpesong dari perjuangan mereka untuk memartabatkan inst...
Melindungi Umat Islam Daripada Murtad Kenapa Dap Persoal

Melindungi Umat Islam Daripada Murtad Kenapa Dap Persoal

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 233 hits
Semalam sewaktu sesi soal jawab Menteri di Dewan Rakyat ketika giliran Menteri di JPM Hal Ehwal Agama Senator Idris Ahmad ahli Parlimen DAP Bukit Bintang Fong Kui Lin telah bertanya soalan tambahan Antara lain berbunyi mengapa negara perlu ...
Movie Hantu Kelima Lakonan Izzue Islam Elly Mazlein

Movie Hantu Kelima Lakonan Izzue Islam Elly Mazlein

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 1339 hits
Tonton filem komedi seram Hantu Ke Lima yang akan berada di Pawagam Rumah Anda Astro First bermula 7 Oktober 2021 Filem terbitan AT Movies ini mengetengahkan genre komedi seram serta memaparkan kisah pempengaruh dalam mengejar konten yang s...
Persaingan Umno Bersatu Diramal Sengit Di Kawasan Bumiputera Islam Sabah Kata Penganalisis

Persaingan Umno Bersatu Diramal Sengit Di Kawasan Bumiputera Islam Sabah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 652 hits
Penganalisis berkata pertembungan antara Umno dan Bersatu nanti juga bakal menjadi satu ujian besar buat GRS untuk terus kekal bersama mempertahankan mandat rakyat yang diperolehi mereka selepas Pilihan Raya Negeri lalu KOTA KINABALU Persai...
Kaum Perdalaman Yang Tidak Tahu Tentang Islam Adakah Masuk Neraka

Kaum Perdalaman Yang Tidak Tahu Tentang Islam Adakah Masuk Neraka

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 418 hits
Soalan Penyembahan bahala itu dosa besar dalam Islam dan Allah tidak akan ampun seseorang penyembah berhala Bagaimana dengan orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam Sebagai contoh di India hampir semua populasi beragama hindu dan s...
6 Rukun Iman Dalam Islam

6 Rukun Iman Dalam Islam

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 316 hits
Iman merupakan keyakinan yang berkaitan dengan agama Beriman artinya meyakini dengan hati mengucapkan dengan lisan dan mengamalkan dengan perbuatan Seperti Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Dakwaan Umat Islam Malaysia Berisiko Diserang Golongan Kafir Laporan Polis Dibuat Terhadap Penceramah

Dakwaan Umat Islam Malaysia Berisiko Diserang Golongan Kafir Laporan Polis Dibuat Terhadap Penceramah

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 424 hits
October 3 2021 Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia Global S Shashi Kumar di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul selepas membuat laporan terhadap Syakir Nasoha PETALING JAYA Kira kira 30 badan bukan kerajaan membuat laporan polis terhada...
Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63

Belajar Saham Global Dengan Moomoo Panduan Untuk Pemula

Type 26 Auto Fabrica S Elegant Honda Cb750 Caf Racer

The Week Ahead

Percutian Yang Tertangguh Ringkas Tapi Sangat Bermakna

Kerabu Suhun Thai Resipi Sihat Segar Yang Mengujakan Untuk Diet Harian

Poco Launches Poco F8 Series

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Kampung Mat Daling Didakwa Pecah Amanah Rm40 000


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan

10 Nasihat Penting Mengenai Cuaca Buruk Yang Perlu Anda Tahu

Top 45 By Brenna Panama888 5 Pgslot Jili Sa Gaming Panama888 27 2026

Brazil999 Top 6 By Jamila 25 November 2568

Fullslotpg Fullslotpg Run 8 Nov 2568 Fullslotpg Casino Online Top 73 By Lenora

Solat Hajat Khas Esok Di Semua Masjid Surau Jumaat Jakim Dan Jawi