Persaingan Umno Bersatu Diramal Sengit Di Kawasan Bumiputera Islam Sabah Kata Penganalisis


Penganalisis berkata, pertembungan antara Umno dan Bersatu nanti juga bakal menjadi satu ujian besar buat GRS untuk terus kekal bersama mempertahankan mandat rakyat yang diperolehi mereka selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.KOTA KINABALU: Persaingan di kawasan Bumiputera Islam di Sabah dijangka kompetitif sekiranya Umno dan Bersatu bertembung dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang, kata penganalisis.
Tony Paridi Bagang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, selain dua parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu, ia juga diramal sengit dengan kehadiran Warisan yang bertanding di kawasan sama.
Katanya, setiap tiga parti itu mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri termasuk dari segi calon dan jentera.
“Jika pertembungan (Umno dan Bersatu) berlaku, perpecahan undi sudah pasti berlaku. Persoalannya, siapa yg lebih mendapat manfaat?
Tony Paridi Bagang.“Bersatu, Umno dan Warisan mempunyai kekuatan atau kelebihan masing-masing dan ianya dipengaruhi pelbagai faktor seperti personaliti, penaungan, 3M (money, media, machinery) dan lain-lain lagi.
“Sentimen terhadap isu yang diketengahkan nanti pasti memberi pengaruh besar, justeru, persaingan Bumiputera Islam akan sangat kompetitif kali ini.
“Berikutan itu, masyarakat Bumiputera bukan Islam khususnya KDM (Kadazan, Dusun dan Murut) juga dijangka akan menjadi penentu atau ‘kingmaker’ pada PRU nanti,” katanya kepada FMT.
Tony berkata, pertembungan antara Umno dan Bersatu itu nanti juga bakal menjadi satu ujian besar buat GRS untuk terus kekal bersama mempertahankan mandat rakyat yang diperolehi mereka selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.
Katanya, keputusan Umno mempertahankan semua kerusi dimenangi mereka pada PRU14 memang sudah dijangka walaupun mereka sedar bakal bertembung dengan calon Bersatu.
“Ini juga akan menjadi persoalan, sejauh mana Umno Sabah menikmati autonomi yang diberikan sebelum ini dengan mengambil kira dinamik politik Sabah,” katanya.
Awang Azman Pawi.Sementara itu, Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata, Umno dilihat lebih memiliki peluang sekiranya mereka bertembung dengan Bersatu pada PRU15 nanti.
Ini kerana, katanya, parti itu dijangka mendapat lebih manfaat kerana kerajaan persekutuan kini dikuasai Umno.
“Umno dan Bersatu adalah rakan dalam GRS di Sabah, sekiranya pertembungan berlaku antara mereka nanti, Umno dijangka mendapat lebih banyak manfaat kerana kerajaan persekutuan di bawah kuasa Umno.
“Tambahan pula, Umno lebih ramai keahlian berbanding Bersatu di Sabah,” katanya.
Bagaimanapun, Azman berkata pertembungan itu belum tentu akan berlaku kerana mereka masih mempunyai banyak masa sebelum PRU diadakan.
“Masa masih panjang sebelum PRU diadakan dan ada banyak lagi perbincangan politik yang terus berlaku.
“PAU (Perhimpunan Agung Umno) memang memutuskan kerjasama dengan Bersatu hingga PRU15 dan ini bermakna Bersatu perlu berhadapan dengan musuh lama mereka iaitu Umno.
“Bagaimanapun, sekiranya pucuk pimpinan tertinggi Umno berjaya diambil alih oleh Ismail Sabri Yaakob dan pro-Bersatu dalam Umno, maka pertembungan ini dapat dielakkan.
“Namun dari satu segi, ia akan memecahkan akar umbi Umno di bawah kerana ramai menolak Bersatu yang menjadi musuh mereka pada PRU lalu dan sukar bagi akar umbi menerima hakikat bahawa kerusi tradisi Umno ditandingi oleh calon Bersatu,” katanya.
Terdahulu pada Sabtu, bekas Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata, mereka bersedia melawan Umno dalam pilihan raya akan datang sekiranya parti itu kekal dengan keputusannya untuk tidak bekerjasama.
Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin kemudiannya berkata, parti itu juga sedia berdepan dengan Bersatu pada PRU15 akan datang.- FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/10/persaingan-umno-bersatu-diramal-sengit.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Rintangan Besar Umno Sabah Juga Sedia Lawan Bersatu Pada Pru15 Kata Bung

Bukan Rintangan Besar Umno Sabah Juga Sedia Lawan Bersatu Pada Pru15 Kata Bung

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 384 hits
Umno akan mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU lalu seterusnya akan memperkasakan parti kata Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin KOTA KINABALU Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata parti itu sedia berdepan dengan Bersa...
Pencalonan Semula Najib Risiko Kepada Umno Kata Penganalisis

Pencalonan Semula Najib Risiko Kepada Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 268 hits
Mereka turut memberi amaran kesan terhadap imej bekas perdana menteri itu dalam kalangan pengundi Penganalisis politik memberikan amaran sebarang langkah yang diambil bekas perdana menteri Najib Razak untuk dicalonkan semula pada Pilihan Ra...
Umno Dikianati Oleh Pas Dan Bersatu Padan Muka Bersatu Sedia Lawan Umno Kata Muhyiddin

Umno Dikianati Oleh Pas Dan Bersatu Padan Muka Bersatu Sedia Lawan Umno Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 249 hits
Bersatu sedia lawan Umno kata Muhyiddin October 2 2021 Muhyiddin Yassin ketika sidang media selepas menemui pemimpin Bersatu Sabah di Kota Kinabalu hari ini KOTA KINABALU Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Bersatu bersedia melaw...
Umno Sabah Sedia Bertembung Dengan Bersatu

Umno Sabah Sedia Bertembung Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 212 hits
UMNO Sabah bersedia bertembung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 15 Ini seiring dengan kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan parti itu mempertahan semua kerusi dimenangi di bawah...
Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

Dengan Bersatu Zahid Kata No Way Di Melaka Umno Minta Ehsan Dap

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 294 hits
satuberita myBy October 7 2021 KETIKA ditanya oleh portal Malaysiakini adakah UMNO akan bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Negeri Melaka jika diadakan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui pesanan teks menjawab Sa...
Muktamad Umno Tak Kerjasama Bersatu Pn Pada Pru15 Kata Zahid

Muktamad Umno Tak Kerjasama Bersatu Pn Pada Pru15 Kata Zahid

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 481 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulangi keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020 dan Majlis Kerja Tertinggi tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum ke 15 Katanya keputusan itu adalah muktamad Umno juga mengambil pendirian m...
Krisis Melaka Tunjuk Umno Keliru Berpecah Belah Kata Penganalisis

Krisis Melaka Tunjuk Umno Keliru Berpecah Belah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 298 hits
freemalaysiatoday com October 12 2021 8 30 AMEmpat ADUN Melaka menarik sokongan kepada kerajaan negeri pimpinan Umno minggu lalu PETALING JAYA Krisis politik di Melaka menonjolkan tiadanya keselarasan antara pemimpin Umno dan ahli akar umbi...
Umno Tahu Mana Intan Mana Kaca Hanya Terima Ahli Dan Pimpinan Bersatu Yang Jujur Kata Zahid

Umno Tahu Mana Intan Mana Kaca Hanya Terima Ahli Dan Pimpinan Bersatu Yang Jujur Kata Zahid

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 613 hits
October 6 2021 10 30 PMAhmad Zahid Hamidi berkata Umno tidak pernah lupa bagaimana sebahagian mereka meninggalkan perjuangan parti untuk bersama Bersatu PETALING JAYA Umno hanya akan menerima ahli dan pemimpin Bersatu yang benar benar ikhla...
Umno Masih Bergelut Walaupun Dapat Jawatan Pm Kata Penganalisis

Umno Masih Bergelut Walaupun Dapat Jawatan Pm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 206 hits
September 24 2021 Menurut penganalisis untuk jangka pendek Umno perlu bersatu susun semula pemimpin yang ada integriti dalam barisan Majlis Tertinggi parti PETALING JAYA Kenyataan terbaharu Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Umno sudah bersifat...
Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

Kursus Kenegaraan Pelatih Ecrl

The Rise Of Nostalgia Tv Why Reboots Keep Winning Audiences

Kari Sardin Sedap

Cikguku Paling Ohsem

Contemporary Industrial House In Seattle By Rho Architects Blends Raw Steel Aesthetics With Residential Innovation

The Doctrine Of Sindoor India S Red Line Against Terror

Hiburan 50 Hospital Malaysia Diiktiraf Hospital Terbaik Dunia 2025 Ini Senarai Mengikut Ranking Dari Atas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Guru Hebat Menghapus Jurang Demi Anak Anak Kita

Manis Sopan Sangat Fatima Curi Tumpuan Bila Fazura Kongsi Foto Sempena Hari Guru

Hari Guru 2025

Jangan Segala Hal Diceritakan Di Sosial Media Jangan Semua Perkara Diceritakan Di Live

Tetap Jadi Orang Baik Walau Sering Disakiti Dan Tidak Dihargai

Pinjaman Tentera Peruntukan Gaji Bersih Rm500 Ke Atas