Polis Tembak Mati Lelaki Cuba Campak Kanak Kanak Dari Tingkat 4


Minda Rakyat   

TUARAN: Polis Sabah menembak mati seorang lelaki yang menjadikan kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun sebagai tawanan di sebuah apartmen di Telipok, dekat sini, petang tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata tindakan itu diambil selepas suspek cuba mencampak kanak-kanak tersebut dari tingkap dapur sebuah unit di tingkat 4 apartmen berkenaan kira-kira 6 petang tadi.

Katanya, polis menerima laporan kanak-kanak perempuan itu diculik seorang lelaki tidak dikenali pada 4 petang.

“Di tingkat 4 blok apartmen ini ada sebuah gerai dan suspek pergi ke gerai itu, sebelum tiba-tiba mengeluarkan pisau dan menangkap kanak-kanak tersebut yang berada di luar gerai dan mengurungnya di unit rumah tersebut,” katanya di tempat kejadian.

Beliau berkata, suspek yang dianggarkan berusia 30-an sebelum itu mengarahkan penghuni unit berkenaan keluar dari rumah.

“Selepas menerima laporan itu, polis bergegas ke lokasi kejadian dan cuba berunding dengan suspek agar melepaskan kanak-kanak tersebut, namun suspek terus meletakkan pisau di leher kanak-kanak berkenaan sehingga menyebabkan luka.

“Suspek kemudian cuba mencampak kanak-kanak itu dan polis terpaksa mengambil tindakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki berkenaan,” katanya sambil menambah polis mengambil kira-kira 2 jam berunding dengan suspek.

Menurut Omar, suspek maut di tempat kejadian, sementara kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut.

Katanya, pemeriksaan awal polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada badan suspek dan lelaki itu juga dipercayai bukan penduduk setempat.

Omar tidak menolak kemungkinan suspek mengalami masalah mental kerana dia tidak membuat sebarang ugutan mahupun tuntutan, ketika diminta melepaskan kanak-kanak tersebut dan menyerah diri.

Katanya, polis akan menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, nenek mangsa, Sharmala Mohd Akhir menafikan kejadian itu berpunca daripada dendam.

“Kami tidak kenal langsung dan tidak pernah nampak lelaki itu,” katanya di lokasi kejadian.

Katanya, beliau hanya tahu cucunya diculik dan dijadikan tawanan selepas berlaku kekecohan di kawasan itu.

Ibu saudara kanak-kanak itu, Nor Fatihah Nasir pula berkata, ketika kejadian, ibu mangsa berada di dalam rumah.

“Si ibu hanya tahu anak diculik selepas diberitahu jiran.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/polis-tembak-mati-lelaki-cuba-campak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Dipercayai Warga Asing Culik Dan Cuba Campak Budak Dari Tingkat 4 Ditembak Mati

Lelaki Dipercayai Warga Asing Culik Dan Cuba Campak Budak Dari Tingkat 4 Ditembak Mati

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 596 hits
Lelaki dipercayai warga asing culik dan cuba campak budak dari tingkat 4 ditembak matiSeorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental ditembak mati selepas menjadikan kanak kanak perempuan berusia dua tahun sebagai tebusan Dalam kej...
Polis Tembak Mati Lelaki Jadikan Kanak Kanak Tebusan Di Tuaran

Polis Tembak Mati Lelaki Jadikan Kanak Kanak Tebusan Di Tuaran

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 440 hits
TUARAN Polis Sabah pada Ahad berjaya menggagalkan tindakan seorang suspek lelaki yang menculik dan mencederakan seorang kanak kanak perempuan di sini push Dalam kejadian di tingkat empat Pangsapuri
Dia Ada Kes Bunuh Edar Dadah Dan Samun Bersenjata Polis Tembak Mati Lelaki Di Sungai Petani

Dia Ada Kes Bunuh Edar Dadah Dan Samun Bersenjata Polis Tembak Mati Lelaki Di Sungai Petani

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 570 hits
Astro Awani Selepas kejadian itu polis menemui sepucuk pistol Semi Auto 9MM jenis Baretta di tepi suspek serta 74 paket plastik kecil yang mengandungi dadah jenis heroin Foto Astro AWANI SUNGAI PETANI Suspek lelaki yang mati ditembak polis ...
Ungkap 365 Kasus Kriminal Polres Tangsel Tembak Mati 7 Pelaku

Ungkap 365 Kasus Kriminal Polres Tangsel Tembak Mati 7 Pelaku

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 161 hits
Sepanjang tahun 2018 Polres Tangerang Selatan menindak tegas tujuh pelaku kejahatan hingga meninggal dunia Umumnya para pelaku melakukan perlawanan dengan senjata api saat ditangkap
Mati Dipijak Selepas Cuba Memukau Gajah Jantan Liar

Mati Dipijak Selepas Cuba Memukau Gajah Jantan Liar

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 178 hits
Seorang lelaki di Sri Lanka maut dipijak gajah selepas cuba memukau seekor gajah nbsp Rakaman video menunjukkan mangsa berjalan ke arah gajah jantan liar yang sedang bersantai di tanah lapang sebelum mangsa cuba menarik perhatian haiwan itu...
Dia Enggan Menyerahkan Kanak Kanak Terbabit Walaupun Kami Sudah Melakukan Usaha Memujuknya Polis

Dia Enggan Menyerahkan Kanak Kanak Terbabit Walaupun Kami Sudah Melakukan Usaha Memujuknya Polis

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 448 hits
Suspek jadikan budak tebusan ditembak mati Suspek lelaki yang menjadikan kanak kanak perempuan 2 sebagai tebusan di Taman Telipok Ria Tuaran mati ditembak 5 35 petang hari ini Difahamkan tindakan itu dilakukan selepas suspek enggan menyerah...
Polis Tidak Ikut Sop Dalam Operasi Lima Lelaki Ditembak Mati

Polis Tidak Ikut Sop Dalam Operasi Lima Lelaki Ditembak Mati

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 734 hits
George Town 20 Ogos Polis Pulau Pinang menafikan dakwaan anggota keluarga lima geng kongsi gelap yang mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan awal pagi semalam bahawa anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi itu tidak mengikut...
Curang Isteri Tembak Suami Dan Kekasih Gelapnya Sehingga Mati

Curang Isteri Tembak Suami Dan Kekasih Gelapnya Sehingga Mati

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 321 hits
Curang isteri tembak suami dan kekasih gelapnya sehingga matiSeorang wanita dari Lampang Thailand mengekori suaminya sebelum mendapati lelaki itu bertemu dengan kekasih gelapnya lalu ditembak kedua duanya menyebabkan suaminya cedera parah d...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat

Mahathir Sepatutnya Hadapi Sprm Seperti Anak Jantan



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur

Top Commentators March 2024 Tahniah Blogger Na