Polis Siasat Dakwaan Anggota Miang Di Roadblock Ugut Saman Wanita Kalau Tak Angkat Baju


 


February 13, 2021 Selepas seorang wanita berkongsi di Twitter insiden anggota polis mahu “mengenalinya dengan lebih rapat,” beberapa lagi turut mendakwa berdepan situasi sama.
Dalam kejadian terbaru, seorang wanita membuat laporan polis mendakwa dia diganggu secara seksual oleh seorang anggota polis ketika melalui sekatan jalan raya di Jalan Duta hari ini.
Ain Sabrina Yusof, 24, berkata polis itu memintanya mengangkat blaus dipakainya jika tidak mahu dikenakan saman.
“Pada masa itu, saya lupa membawa lesen saya,” katanya menerusi bebenang di Twitternya dengan menggunakan nama akaun @sabiyusof, bagi memperincikan kejadian itu.
“Selepas itu, dia berkeras untuk menukar nombor telefon dengan saya walaupun saya memberitahunya bahawa saya tidak selesa.
“Dia memberi saya telefonnya dan meminta saya membuat panggilan di depannya (untuk mendapatkan nombor wanita itu).”
Sabrina berkata, dia terkejut dengan kejadian itu, sambil menambah polis sepatutnya melindungi rakyat, bukannya mengganggu mereka.
“Saya tidak hanya diganggu secara seksual, tetapi dipaksa memberikannya nombor saya. Saya diugut dengan saman sekiranya tidak patuh. Itu adalah penyalahgunaan kuasa, ”katanya.
Dalam pada itu, polis sedang menyiasat apakah terdapat salah laku seorang anggotanya yang mengirim pesanan kepada seorang wanita yang kononnya “mahu berkenalan dengan lebih rapat”, ketika menahan mangsa di sekatan jalan raya.
Sementara itu di Twitter, akaun rasmi Bukit Aman @PDRMsia memberi maklum balas kepada pengguna Twitter yang menceritakan semula kejadian hampir sama melibatkan anggota polis pada 11 Feb.
Wanita itu berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan untuk membeli beberapa barang runcit sebelum ditahan polis di sekatan jalan raya.
Dia kemudian dikehendaki mencatatkan butiran diri termasuk nombor telefon dan nombor plat kenderaan.
Wanita itu berkata, polis terbabit menghantar pesanan di WhatsApp tidak lama kemudian. Dalam tangkap layar perbualan dilampirkan di tweetnya, polis itu menyatakan ingin mengenali lebih lanjut wanita berkenaan.
Tweetnya, sejak itu menjadi tular, mendorong wanita lain mendedahkan pengalaman mereka ketika ditahan anggota polis di sekatan jalan raya semasa perintah kawalan pergerakan (PKP). 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/polis-siasat-dakwaan-anggota-miang-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Suruh Saya Angkat Baju Atau Kena Saman Dakwa Wanita Ditahan Di Sekatan Jalan Raya

Polis Suruh Saya Angkat Baju Atau Kena Saman Dakwa Wanita Ditahan Di Sekatan Jalan Raya

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 616 hits
Bukit Aman melakukan siasatan dakwaan gangguan seksual di sekatan jalan raya PETALING JAYA Selepas seorang wanita berkongsi di Twitter insiden anggota polis mahu mengenalinya dengan lebih rapat beberapa lagi turut mendakwa berdepan situasi ...
Kes Anggota Polis Suruh Wanita Angkat Baju Jika Tidak Mahu Disaman Dipindah Tugasan Lain

Kes Anggota Polis Suruh Wanita Angkat Baju Jika Tidak Mahu Disaman Dipindah Tugasan Lain

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 371 hits
KUALA LUMPUR Anggota polis yang dikatakan mengugut untuk menyaman seorang wanita jika dia tidak angkat baju sudah dikeluarkan daripada penugasan sekatan jalan raya Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Zamri Yahya ber...
Wanita Terkejut Disuruh Buka Baju Oleh Anggota Polis Jika Tidak Mahu Disaman

Wanita Terkejut Disuruh Buka Baju Oleh Anggota Polis Jika Tidak Mahu Disaman

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 757 hits
Di media sosial baru baru kecoh apabila seorang pengguna Twitter telah mendedahkan di mana dalam satu kejadian di Pulau Pinang dia telah dihubungi oleh seorang anggota polis yang baru sahaja memeriksanya ketika melalui SJR dengan tujuan ing...
Awani Ringkas Pdrm Siasat Dakwaan Dua Wanita Diganggu Rumah Ibadat Bukan Islam Dibenar Beroperasi

Awani Ringkas Pdrm Siasat Dakwaan Dua Wanita Diganggu Rumah Ibadat Bukan Islam Dibenar Beroperasi

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 265 hits
PDRM siasat dakwaan dua wanita diganggu Rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOO...
Segera Pembentangan Ruu Gangguan Seksual Fuziah Bimbang Dakwaan Babit Anggota Polis

Segera Pembentangan Ruu Gangguan Seksual Fuziah Bimbang Dakwaan Babit Anggota Polis

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 225 hits
nbsp KUANTAN Para penggubal undang undang mengulangi permintaan mereka supaya kerajaan menyegerakan pembentangan Rang Undang Undang Gangguan Seksual secepat mungkin selepas dakwaan beberapa insiden melibatkan polis Ahli Parlimen Kuantan Fuz...
Wanita Ph Mahu Hukuman Lebih Tegas Anggota Polis Salah Laku

Wanita Ph Mahu Hukuman Lebih Tegas Anggota Polis Salah Laku

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 321 hits
Meskipun menerima baik pengumuman Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Zamri Yahya menyatakan 11 pegawai polis yang didapati cuai menjalankan tugas dalam insiden hitam mengakibatkan seorang kanak kanak perempuan diro...
Anggota Polis Mesej Wanita Ajak Berkenalan Selepas Tahan Di Sekatan Jalan Disiasat Pdrm

Anggota Polis Mesej Wanita Ajak Berkenalan Selepas Tahan Di Sekatan Jalan Disiasat Pdrm

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 910 hits
Polis sedang menyiasat berhubung kejadian seorang anggota polis yang dikatakan mengambil maklumat peribadi seorang wanita di sekatan jalan sebelum mengirim mesej untuk berkenalan Dalam ciapan di Twitter akaun rasmi polis PDRMsia membalas ci...
Pdrm Respon Dakwaan Gadis Polis Hantar Mesej Nak Berkenalan Selepas Ditahan Di Roadblock

Pdrm Respon Dakwaan Gadis Polis Hantar Mesej Nak Berkenalan Selepas Ditahan Di Roadblock

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 490 hits
757 total views 725 views today Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sudah tentunya terdapat banyak roadblock atau sekatan jalan raya yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia bagi mengawal orang ramai daripada merentas daera...
Polis Panggil Annuar Susulan Dakwaan Langgar Sop

Polis Panggil Annuar Susulan Dakwaan Langgar Sop

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 258 hits
freemalaysiatoday com February 14 2021 5 18 PMPETALING JAYA Polis akan memanggil Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa untuk memberikan keterangan mengenai dakwaan melanggar prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan selepas ga...
Banjir Besar Pakistan Penduduk Sepanjang Sungai Sutlej Diarah Pindah Serta Merta

Aktiviti Kunjungan Hormat Ketua Aktivis Ppim Ke Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Ppim 21 08 2025

Beli Kopi Cafe Mesra Di Stesen Minyak Petronas Desaru

Drama Rumah Tanpa Luka

Tiga Lelaki Ditahan Curi Kabel Rempuh Kenderaan Ketika Cuba Larikan Diri

Makan Malam Lewat Di Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Harapan Yang Hidup Hati Yang Sabar

Lg Brings Ai Powered Comfort To Malaysian Homes With Lg Ai Air


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yummy Bbq Pit Beef Recipe

Kumpulan Bahtera Lancar Album Debut Aura Cintaku

The Noor Eau De Parfum Symphony Of Scents

Speed Read A Moto Morini Str Sport By Biltwell And More

Saksi Sahkan Cek Rm250 000 Milik Nexuscorp

Check In Tunamaya Beach Spa Resort Desaru Tengah Malam