Polis Serbu 2 Rumah Jadi Makmal Proses Heroin


 Ketua Polis Seberang Perai Selatan Jay January Siowou berkata polis turut menahan tiga lelaki dan rampas sejumlah dadah.
Ketua Polis Seberang Perai Selatan Jay January Siowou berkata semua suspek direman hingga 19 Ogos bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.PETALING JAYA: Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Sri Lanka dalam serbuan di dua buah rumah di Bukit Tambun di Pulau Pinang kerana disyaki dijadikan makmal untuk memproses dadah
Ketua Polis Seberang Perai Selatan Jay January Siowou berkata serbuan pada Selasa lalu itu dibuat sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang hasil maklumat dan risikan, lapor Bernama.
Katanya, dalam serbuan pertama di Taman Tambun Permai, polis menahan dua lelaki warga tempatan dan merampas dadah jenis heroin seberat 1,113g, heroin base (641g), kafein (4kg), beberapa bahan kimia dan peralatan memproses dadah.
“Serbuan kedua di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi pertama, kami menahan seorang lelaki warga Sri Lanka bersama kafein sebanyak 26kg,” katanya.
Menurutnya, semua lelaki yang ditangkap berusia 25 hingga 46 tahun dan semua dadah dirampas itu bernilai RM74,500 serta boleh digunakan untuk 49,500 penagih.
Jay berkata, siasatan awal mendapati rumah pertama dijadikan makmal memproses dadah dan seorang suspek warga tempatan disyaki dalang utama serta mempunyai kepakaran memproses heroin.
Katanya, dua lagi suspek berperanan sebagai pembantu dan penghantar dadah serta bahan kimia.
Tambahnya, sindiket berkenaan aktif memproses heroin sejak sejak Januari lalu dan dadah itu diedarkan untuk pasaran tempatan.
“Dua lelaki warga tempatan mempunyai pelbagai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah, manakala lelaki Sri Lanka tiada rekod lampau,” katanya.
Katanya, polis turut menyita dua kereta jenis Toyota Vellfire dan Honda Civic serta dua buah motosikal Yamaha LC135.
“Tiga lelaki itu kini direman selama tujuh hari hingga 19 Ogos bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/08/polis-serbu-2-rumah-jadi-makmal-proses.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tentera Israel Serbu Bakar Rumah Penduduk Palestin

Tentera Israel Serbu Bakar Rumah Penduduk Palestin

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 601 hits
Buletin TV3 nbsp RAMALLAH Tentera Israel membakar sebuah rumah milik keluarga Palestin selepas menyerbu bandar Kafr Dan barat Jenin di Tebing Barat Menurut agensi berita Wafa yang memetik sumber tempatan rumah keluarga Abu Sultan Abed dibak...
Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Sedap Harum Berempah Mudah Nak Buat Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 3048 hits
Sup ayam tumis darat ialah antara lauk ringkas yang cukup popular di dapur orang Melayu Keistimewaannya terletak pada tumisan bawang putih bawang merah dan rempah ratus yang dimasak berasingan lalu dituangkan ke dalam sup panas Cara ini men...
Kalau Tak Kemas Katil Tak Dapat Apa Mereka Nak Ziha Salleh Didik 2 Anak Lelaki Elak Buli Wanita Buat Kerja Rumah Maya

Kalau Tak Kemas Katil Tak Dapat Apa Mereka Nak Ziha Salleh Didik 2 Anak Lelaki Elak Buli Wanita Buat Kerja Rumah Maya

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 2109 hits
HAMPIR sedekad melayari alam rumah tangga penyanyi dan pelakon Ziha Salleh 30 mengakui ia satu tempoh pembelajaran baginya Selain aktif meneruskan kariernya dalam industri seni Ziha tetap tidak lupa peranannya sebagai isteri dan ibu kepada ...
12 Rumah Kedai Musnah Terbakar Di Semerah

12 Rumah Kedai Musnah Terbakar Di Semerah

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 766 hits
12 rumah kedai musnah terbakar di Semerah Gambar hiasan BATU PAHAT Sekurang kurangnya 12 daripada 15 rumah kedai berusia lebih 40 tahun musnah dalam kebakaran di Pekan Semerah di sini petang tadi Kebakaran dipercayai berlaku pada jam 7 peta...
Makan Malam Awal Di Rumah Panggung Cafe

Makan Malam Awal Di Rumah Panggung Cafe

papar berkaitan - pada 21/8/2025 - jumlah : 1375 hits
Encik suami sampai rumah awal lebih kurang jam 6 00 petang macam tu Ajak makan di luar je lah Makan malam awal sikit di Rumah Panggung Cafe yang tak jauh dari rumah Rumah Panggung Cafe dengan suasana baruIni kali kedua kami singgah makan di...
3 Lelaki Warga China Pecah Rumah Dipenjara 28 Bulan

3 Lelaki Warga China Pecah Rumah Dipenjara 28 Bulan

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 898 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Mahkamah Majistret Kangar menjatuhkan hukuman penjara 28 bulan terhadap tiga lelaki warga China yang mengaku bersalah melakukan pecah rumah di Kuala Perlis bulan lepas Majistret Ana Rozana Mohd Nor memerintahkan Y...
Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Lazada S Christmas Promotion

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

How Virtual Tours Shape The Future Of Architecture In The Metaverse

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hari Konsultasi Fasa 2 Di Smk

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

Lirik Lagu Ayuh Pulang Aina Abdul Amir Jahari

Pulang Bukan Bererti Kalah Tapi Menyelamatkan Diri

Bahaya Pinjaman Ah Long Dan Skim Pinjaman Tidak Berlesen

Kpai Ambon Kebijakan Kontribusi Dalam Melindungi Anak Di Kota Ambon Dan Maluku