Polis Sasar 20 30 Anggota Baharu Bukan Bumiputera Orang Asli



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyasarkan 20 hingga 30% jumlah keanggotaan daripada kalangan bukan Bumiputera serta Orang Asli untuk membentuk satu pasukan lebih dinamik dalam usaha menegakkan undang-undang dan menjaga keselamatan negara.
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata, pengambilan lebih ramai bukan Bumiputera dan Orang Asli penting kerana ia akan mengatasi masalah komunikasi bagi menyelesaikan pelbagai kes.
“Saya takut nanti keanggotaan dalam PDRM terdiri daripada 95% Bumiputera, termasuk Sabah dan Sarawak, perkara itu nanti tidak nampak cantik dan harapan tinggi tidak boleh diletakkan kepada kami untuk bergerak sebagai sebuah pasukan yang dinamik.
“Mungkin 20% atau 30% mengikut komposisinya. Saya mengalu-ngalukan (keanggotaan bukan Bumiputera) sebab lagi bertambah kepelbagaian keanggotaan dalam PDRM, lagi cepat kita dapat bergerak, tiada halangan dalam komunikasi,” katanya semasa ditemu bual Bernama.
Mengenai jurang peratusan kaum itu, Hamid berkata, setakat ini, 1.9% kaum Cina dan 3% kaum India menganggotai PDRM daripada kira-kira 123,000 pegawai dan anggota polis di seluruh negara, manakala jumlah keanggotaan dalam kalangan Orang Asli dilihat semakin berkurangan.
Katanya, dalam usaha menegakkan undang-undang dan menjaga keselamatan negara, PDRM memerlukan pengorbanan, sumbangan dan penyertaan setiap kaum, tetapi pihaknya menghadapi masalah mendapatkan tenaga kerja dalam kalangan bukan bumiputera sejak 2010 lagi.
Menyedari ketandusan kaum bukan bumiputera dalam pasukan itu, beliau berkata, PDRM mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
“Kita buat beberapa syor dan berbincang dengan pihak JPA. Selepas sekian lama dan banyak kali berunding, JPA merumuskan ia boleh melonggarkan syarat, tetapi mengenakan pula syarat-syarat lain.
“Syarat kemasukan itu dilonggarkan, tetapi selepas menyertai latihan, mereka akan dikenakan syarat lain yang ketat, iaitu dalam tempoh enam tahun masuk polis, mereka wajib lulus peperiksaan seperti yang dikehendaki.”
PDRM sebelum ini membuka pengambilan khas bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 melibatkan bukan Bumiputera serta jawatan Konstabel Orang Asli Gred YP1.
Untuk pengambilan khas bukan Bumiputera ini, individu yang tidak mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diberi kelonggaran untuk memohon, dan selepas diterima, dalam tempoh enam tahun kemudiannya mereka mesti lulus, dan meningkatkan komunikasi serta pemahaman dalam Bahasa Melayu.
Hamid berkata, pemohon yang layak akan melalui pelbagai fasa latihan bersama anggota serta pegawai, selain berinteraksi sesama mereka dalam Bahasa Melayu, dan ini pasti akan memberikan mereka pendedahan penuh kepada Bahasa Melayu, sekali gus menjadikan mereka mampu lulus mata pelajaran terbabit dalam tempoh enam tahun.
Bagi pengambilan Orang Asli pula, beliau berkata, pihaknya turut membuat rayuan kepada JPA supaya melonggarkan syarat berhubung tahap ketinggian mereka.
“Saya minta tahap ketinggian mereka diturunkan lagi (untuk diterima) dan pihak JPA ketika ini berkata, perkara itu akan dipertimbangkan, tetapi berhubung penyertaan bukan Bumiputera dalam PDRM, JPA telah buat keputusan.
“Saya akan pastikan dalam tempoh enam tahun itu, sistem pemantauan akan dibangunkan supaya mereka ini benar-benar mematuhi syarat-syarat JPA, enam tahum mereka mesti lulus, mereka kena berusaha,” tegasnya.
The post Polis sasar 20-30% anggota baharu bukan Bumiputera, Orang Asli appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/15/polis-sasar-20-30-anggota-baharu-bukan-bumiputera-orang-asli/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarat Baharu Kemasukan Polis Lahir Anggota Berkualiti Rendah Netizen

Syarat Baharu Kemasukan Polis Lahir Anggota Berkualiti Rendah Netizen

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 215 hits
BANGI 26 Rejab 1442H Khamis Keputusan Polis Diraja Malaysia melonggarkan syarat kemasukan kekosongan jawatan konstabel tanpa kepujian dalam subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia kepada calon bukan Bumiputera dan Orang As
Pengambilan Khas Polis Bukan Bumiputera

Pengambilan Khas Polis Bukan Bumiputera

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 442 hits
PENGUMUMAN PENGAMBILAN KHAS BUKAN BUMIPUTERA BAGI JAWATAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 POLIS DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2021 SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA BUKAN BUMIPUTERA YANG BERKELAYAKAN DAN MEMENUHI SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN BOLEH MEMBUAT PERMOH...
Macau Scam Igp Serah Pada Suruhanjaya Polis Putuskan Hukuman Pada Anggota

Macau Scam Igp Serah Pada Suruhanjaya Polis Putuskan Hukuman Pada Anggota

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 218 hits
Keputusan berhubung 31 anggota polis yang disyaki terlibat dengan Macau Scam akan diserahkan kepada pihak yang lebih tinggi Suruhanjaya Pasukan Polis kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Menjelaskan situasi sedia ada Abdul Hamid berkat...
Samun Kedai 24 Jam Dua Anggota Polis Antara Empat Yang Ditahan

Samun Kedai 24 Jam Dua Anggota Polis Antara Empat Yang Ditahan

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 154 hits
Mereka dipercayai terlibat dalam satu kes di mana seorang wanita memakai ves polis memasuki kedai 24 jam di kawasan SS6 Kelana Jaya dan mengambil beberapa barang sebelum melarikan diri KUALA LUMPUR Polis menahan tiga lelaki termasuk dua ang...
Padah Ambil Barang Tanpa Bayar 2 Anggota Polis Ditahan

Padah Ambil Barang Tanpa Bayar 2 Anggota Polis Ditahan

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 285 hits
1 136 total views 1 136 views today Padah mengambil barang tanpa membayar dua anggota polis antara empat yang ditahan selepas disyaki terbabit kejadian curi di sebuah kedai serbaneka di SS6 Kelana Jaya kelmarin Menurut Ketua Polis Daerah Pe...
Polis Saman Polis Kenderaan Pegawai Anggota Antara Disaman Kerana Nombor Plat Tak Ikut Spec Kelihatan Fancy

Polis Saman Polis Kenderaan Pegawai Anggota Antara Disaman Kerana Nombor Plat Tak Ikut Spec Kelihatan Fancy

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 254 hits
899 total views 899 views today Berintegriti hingga ke akar umbi Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada mana mana pihak berkuasa yang serius melaksanakan tugas masing masing Kebetulan pula akhir akhir ini hangat diperkatakan di med...
Igp Amat Serius 31 Pegawai Anggota Polis Terlibat Macau Scam

Igp Amat Serius 31 Pegawai Anggota Polis Terlibat Macau Scam

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 229 hits
BernamaKUALA LUMPUR Rombakan pegawai kanan polis secara besar besaran baru baru ini bertujuan memberi peluang kepada pegawai polis baharu untuk menggantikan tempat mereka kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador Pertukaran pegawai kanan ya...
Masih Ada Anggota Pdrm Yang Enggan Terima Vaksin Covid19 Akhirnya Ketua Polis Negara Jelaskan Punca Mereka Enggan Ambil

Masih Ada Anggota Pdrm Yang Enggan Terima Vaksin Covid19 Akhirnya Ketua Polis Negara Jelaskan Punca Mereka Enggan Ambil

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 281 hits
Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan bahawa hampir 95 peratus anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia di seluruh negara bersedia terima suntikan vaksin Covid19
Skuad Tok Gajah Dengan Nama Baharu Sri Pahang Fc Sasar Satu Piala Liga M Musim Ini

Skuad Tok Gajah Dengan Nama Baharu Sri Pahang Fc Sasar Satu Piala Liga M Musim Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 345 hits
KUANTAN Skuad Tok Gajah yang tampil dengan nama baharu Sri Pahang FC menyasarkan sekurang kurangnya merangkul satu piala dalam kempen Liga Malaysia musim ini Pengerusi Sri Pahang FC Raja Datuk Shaharuddin Shah Raja Jalil Shah berkata sasara...
Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Kenapa Bini Aku Tak Cantik

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Flexibility In Business Operations

Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Sbdj Siri 201 Tak Dapat Kawal Perasaan

Panduan Pilih Ketam Segar

Perbanyakkan Niat Yang Baik

Sambut Birthday Maira

Declutter Your Life Minimalist Cabinetry Solutions

Zubir Khan Feat Ezra Kairo Omk Chord